Hospital Pekan Rasmi

Hospital Pekan Rasmi Hospital Pekan mula beroperasi pada tahun 1936.

NOTIS TAWARAN SEBUT HARGA KERJA-KERJA PEMASANGAN SISTEM PENDINGIN HAWA DI WAD HOSPITAL DAERAH SERTA KERJA-KERJA BERKAITA...
07/05/2026

NOTIS TAWARAN SEBUT HARGA KERJA-KERJA PEMASANGAN SISTEM PENDINGIN HAWA DI WAD HOSPITAL DAERAH SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI HOSPITAL PEKAN, PAHANG.

Tarikh Taklimat dan Lawatan Tapak : 12 Mei 2026 (Selasa) bermula jam 10.00 pagi.

07/05/2026

Kanser serviks boleh dicegah, dan perlindungan terbaik bermula dari sekarang. Mulai tahun 2026, suntikan vaksin HPV akan diawalkan kepada murid perempuan Tahun 6 di sekolah seluruh Malaysia!

Ibu bapa, pastikan anda:

โœ… Memberi kebenaran bertulis.
โœ… Memastikan anak hadir semasa lawatan pasukan kesihatan ke sekolah.

Bagi murid sekolah swasta atau yang terlepas janji temu di sekolah, jangan risau! Anda boleh membuat janji temu di Klinik Kesihatan berhampiran melalui aplikasi MySejahtera.

Langkah kecil hari ini, perlindungan besar untuk masa depan.



Sumber:
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

Kami ingin mengingatkan semula bahawa terdapat 28 kawasan atau tempat yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan mer...
06/05/2026

Kami ingin mengingatkan semula bahawa terdapat 28 kawasan atau tempat yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

Semua pihak diminta mematuhi larangan ini demi menjaga kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Imunisasi adalah proses pembentukan imuniti di dalam badan individu selepas disuntik dengan vaksin.Imunisasi melindungi ...
05/05/2026

Imunisasi adalah proses pembentukan imuniti di dalam badan individu selepas disuntik dengan vaksin.

Imunisasi melindungi komuniti apabila sebahagian besar daripada mereka telah menerima vaksin.

Vaksin bukan sekadar untuk perlindungan individu, ia adalah tanggungjawab bersama untuk memastikan komuniti kita kekal selamat daripada penyakit cegahan vaksin.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Demam Campak boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Namun, kanak-kanak berumur kurang 5 tahun merupakan go...
04/05/2026

Demam Campak boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Namun, kanak-kanak berumur kurang 5 tahun merupakan golongan yang berisiko mengalami komplikasi jangkitan yang teruk.

Berikut merupakan gejala dan komplikasi demam campak.

Lindungi si manja anda dengan vaksinasi lengkap. Ia adalah perisai terbaik untuk mengelakkan komplikasi jangkitan yang teruk.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Elak Keracunan Makanan Di Tanah SuciSakit perut dan cirit-birit boleh mengganggu kelancaran ibadah haji. Oleh itu, jemaa...
03/05/2026

Elak Keracunan Makanan Di Tanah Suci

Sakit perut dan cirit-birit boleh mengganggu kelancaran ibadah haji. Oleh itu, jemaah dan petugas haji diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dalam pemilihan dan pengambilan makanan.

Ikuti panduan mudah ini

๐Ÿงผ Jaga kebersihan diri dan kerap cuci tangan
๐Ÿ’ง Minum air yang dimasak atau air mineral dibotolkan
๐Ÿ‘ƒ Amalkan konsep Lihat, Hidu dan Rasa sebelum makan
โณ Elakkan makan makanan bermasak yang telah disimpan melebihi 4 jam pada suhu bilik atau makanan yang terdedah
๐Ÿช Pilih kedai atau premis makanan yang bersih

Pastikan makanan anda bersih, agar ibadah anda lebih selesa!



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Ketahui Faktor Risiko Utama demam campak๐Ÿ‘ฅ Terdedah kepada pesakit demam campak๐Ÿฅ— Malnutrisi (Kurang zat makanan) ๐Ÿ’‰ Tidak ...
02/05/2026

Ketahui Faktor Risiko Utama demam campak

๐Ÿ‘ฅ Terdedah kepada pesakit demam campak
๐Ÿฅ— Malnutrisi (Kurang zat makanan)
๐Ÿ’‰ Tidak mengambil Imunisasi
๐Ÿ›ก Imuniti lemah
๐Ÿ“ Perjalanan atau pernah berada di kawasan wabak

Jangan biarkan anak kita menjadi mangsa. Vaksinasi adalah pelindung terbaik!

Pastikan jadual imunisasi anak anda sentiasa dikemas kini.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

01/05/2026

Imunisasi Untuk Semua, Ayuh Kita Jayakan!

Program Imunisasi Kebangsaan bermula sejak tahun 1950-an lagi. Sepanjang 7 dekad, jutaan nyawa telah diselamatkan daripada penyakit berbahaya seperti Polio, Campak dan Hepatitis B.

Kini, dengan kemajuan dalam bidang imunisasi, perlindungan boleh bermula seawal dalam kandungan.

๐Ÿคฐ Ibu Hamil : Vaksin Tdap (mulai 2025) untuk melindungi bayi daripada penyakit Pertusis.
๐Ÿ‘ถ Kanak-kanak & Remaja: Perlindungan berterusan termasuk dos penggalak difteria dan tetanus serta vaksin HPV.
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿณ Pengendali Makanan: Vaksin tifoid bagi mengelakkan risiko jangkitan tifoid melalui makanan
๐Ÿง• Bakal jemaah haji - Vaksin Pneumokokal diberi agar mereka kekal sihat dan dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna
๐Ÿ‘ต Warga Emas (berkomorbid): Vaksin Influenza percuma untuk mengurangkan risiko komplikasi serius.

Imunisasi bukan sekadar untuk kanak-kanak tetapi untuk semua sepanjang hayat. Ayuh, kita jayakan!



Sumber : Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

1 Mei: Hari untuk menghargai setiap titisan peluh para pekerja. Selamat Hari Pekerja!
01/05/2026

1 Mei: Hari untuk menghargai setiap titisan peluh para pekerja. Selamat Hari Pekerja!

NOTIS TAWARAN SEBUT HARGA KERJA-KERJA NAIK TARAF TANDAS DI KESELURUHAN TANDAS SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI HOSPITAL PE...
30/04/2026

NOTIS TAWARAN SEBUT HARGA KERJA-KERJA NAIK TARAF TANDAS DI KESELURUHAN TANDAS SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI HOSPITAL PEKAN, PAHANG.

Tarikh Taklimat dan Lawatan Tapak : 8 Mei 2026 (Jumaat) bermula jam 3.00 petang.

Kebersihan diri adalah sebahagian daripada iman. Bagi jemaah dan petugas haji, menjaga kebersihan di Tanah Suci adalah k...
30/04/2026

Kebersihan diri adalah sebahagian daripada iman. Bagi jemaah dan petugas haji, menjaga kebersihan di Tanah Suci adalah kunci untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang tempoh beribadah.

Dua perkara utama yang perlu diamalkan:

โœ… Cuci tangan dengan sabun sebelum & selepas makan serta setiap kali selepas keluar dari tandas.
โœ… Elakkan berkongsi barangan peribadi dengan orang lain

Amalkan 7 langkah mencuci tangan dengan betul.

Semoga perjalanan ibadah anda dipermudahkan dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

๐Ÿ“ข Peringatan Buat Pesakit Respiratori Kronik di Musim Panas!Cuaca panas melampau bukan sekadar membuatkan kita berpeluh,...
29/04/2026

๐Ÿ“ข Peringatan Buat Pesakit Respiratori Kronik di Musim Panas!

Cuaca panas melampau bukan sekadar membuatkan kita berpeluh, malah ia boleh memberi kesan buruk kepada sistem pernafasan, terutamanya bagi penghidap asma dan penyakit paru-paru kronik.

Pastikan anda amalkan langkah-langkah berikut:

โœ… Berada dalam persekitaran yang sejuk
โœ… Elak terdedah kepada cuaca panas dan kualiti udara yang tidak sihat.
โœ… Dapatkan nasihat doktor dan rawatan dengan segera sekiranya bergejala.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Address

Jalan Batu Balik
Pekan
26600

Telephone

+6094223333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Pekan Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category