14/03/2020
Batuk berpanjangan: Punca dan Rawatan
Batuk berpanjangan adalah satu perkara yang tidak menyenangkan jika ia berlaku secara berterusan dan mengganggu urusan harian seperti batuk ketika bekerja, ketika dalam mesyuarat, ketika bercakap dengan pelanggan dan sebagainya.
Walaupun batuk tersebut tidak mendatangkan kesan seperti sesak nafas, ia masih mengganggu urusan harian seseorang jika dia batuk teruk dan batuknya berterusan lebih daripada 2 minggu. Batuk yang kronik didefinisikan sebagai batuk yang melebihi 8 minggu.
Apakah punca kepada masalah batuk berpanjangan?
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan masalah batuk yang lama.
1. Penyakit tibi
Selain daripada batuk yang lama pesakit Tibi juga akan mempunyai simptom yang lain seperti berat badan yang turun mendadak, berpeluh pada waktu malam dan batuk berdarah.
Penyakit tibi adalah disebabkan jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis dan selalunya akan menyerang mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit HIV dan juga kencing manis.
2. Asma
Asma adalah salah satu penyakit yang berkaitan dengan alahan. Pesakit selalunya akan batuk pada waktu malam atau awal pagi kerana cuaca yang sejuk akan menyebabkan asma tersebut menyerang pesakit.
Selain daripada itu, pesakit juga akan mengeluarkan bunyi(Wheezing) ketika menghebuskan nafas jika asma tersebut teruk.
Mereka yang tidak mempunyai kawalan asma yang baguk boleh menyebabkan diri mereka mengalami batuk yang berpanjangan.
3. Gastro-esophageal reflux disease(GERD)
Gastro-esophageal reflux disease(Asid refluks) berlaku apabila asid di dalam perut refluks naik ke bahagian tekak dan menyebabkan tekak mengalami keradangan. Ini adalah disebabkan otot sfinkter yang berfungsi sebagai pintu pagar sebelum masuk ke dalam perut menjadi lemah. Oleh itu, ia membenarkan asid naik semula ke dalam esofagus.
Keadaan GERD yang tidak dirawat menyebabkan keradangan tersebut berterusan dan tekak yang radang lebih mudah menyebabkan batuk.
Pesakit selalunya akan batuk ketika waktu baring pada waktu malam kerana pada ketika itu asid akan lebih mudah bergerak ke bahagian tekak mengikut graviti.
4. Resdung(allergic rhinitis)
Resdung boleh menyebabkan penghasilan hingus yang berterusan dan mengalir ke belakang tekak. Ini boleh menyebabkan kerengsaan dibahagian tekak dan pesakit akan batuk disebabkan perkara tersebut.
5. Ubat tekanan darah tinggi
Terdapat ubat tekanan darah tinggi yang boleh menyebabkan batuk yang lama. Selalunya pesakit akan mengadu batuk yang tidak berkahak dan batuk tersebut bukan disebabkan jangkitan kuman.
6. Kanser paru-paru
Pesakit yang mengalami kanser paru-paru selalunya akan mempunyai simptom yang lain seperti kurang makan, penurunan berat badan yang mendadak, batuk berdarah, asyik rasa letih, sesak nafasa dan pelbagai lagi.
7. Jangkitan virus biasa
Terkadang ada juga terdapat jangkitan virus biasa yang menyebabkan batuk yang lama. Ada yang batuk hingga 4 – 8 minggu disebabkan virus ini dan selalunya batuk tersebut akan baik dengan sendiri.
Kini dalam masa 7 hari saja batuk berpanjangan dapat diatasi dengan hanya.. Tekan sini untuk info lebih lagi.
https://khasiatsusuharimau.wordpress.com/
https://khasiatsusuharimau.wordpress.com/