09/01/2026
♻️ Pelupusan Ubat Secara Selamat dengan Medisafe ♻️
Tahukah anda? Ubat yang telah luput, rosak atau tidak digunakan tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah atau tandas kerana boleh membahayakan kesihatan dan alam sekitar.
💊 Orang awam digalakkan membawa ubat-ubatan tersebut ke fasiliti kesihatan terdekat yang menyediakan perkhidmatan MyMedisafe untuk pelupusan yang selamat dan terkawal.
👉 Jom sama-sama lindungi keluarga, komuniti dan alam sekitar kita.
Ubat lama? Jangan simpan, jangan buang sendiri — lupuskan melalui MyMedisafe.