Klinik Ikhtiar 24 Jam

Klinik Ikhtiar 24 Jam Klinik Ikhtiar menyediakan perkhidmatan rawatan dan konsultasi dengan penuh mesra , amanah da

Ada 2 situasi sekarang ni…Bila duduk klinik, baru tau apa pengalaman yg perlu aku share dengan parent2 kat rumah..kita r...
03/05/2024

Ada 2 situasi sekarang ni…

Bila duduk klinik, baru tau apa pengalaman yg perlu aku share dengan parent2 kat rumah..kita rasa benda kecik saja..tapi ramai yg masih tak tahu…

Situasi 1
parent bawa anak 7 bulan…demam panas, suhu 39•c..tinggi!! berisiko untuk sawan demam..

Ibu ada bagi ubat demam tak?
“Dah boleh makan ubat ka dr?saya takut nak bagi ubat sebab kecik lagi…”

“7 bulan dah boleh bagi ubat demam ibu…kalau sawan lagi berisiko kat baby..kita pon panik kalau baby tiba sawan..”

So umur berapa sebenarnya boleh bagi ubat demam ni???
Sebelum jawab nak tanya dulu…
Pernah tak dulu2 misi bagi ubat demam lepas cucuk vaksin…agak2 umur berapa baby masa tu??

Situasi 2
Sama juga…bawa budak dengan demam panas…suhu tinggi..

Kenapa ibu…tak bagi ubat demam??
“Owh…semalam ada bagi ubat…hari ni tak bagi lagi sebab ingat nak bawa datang klinik dulu..bagi dr check demam..”

Kesian budak..bagi la ubat dulu..bagi kebah demamnya…tak perlu nak tunjuk bukti yg baby betul2 demam..suhu tinggi…kalau ibu kata baby demam…dr percaya baby demam walaupon suhu di klinik normal, sebab makan ubat…

So umur berapa boleh bagi sy paracetamol???
2 bulan keatas dah boleh bagi ubat demam…tapi kena la tahu dose yg betul mengikut berat badan baby..

Klinik Ikhtiar Nibong Tebal

Roseola Infantum @ Campak Sekam???
03/05/2024

Roseola Infantum @ Campak Sekam???

Selamat Hari Pekerja!Buat semua pekerja2 di Malaysia…terutamanya staff2 Ikhtiar Medic sdn bhd…Esok ramai yg akan cuti…ra...
30/04/2024

Selamat Hari Pekerja!

Buat semua pekerja2 di Malaysia…terutamanya staff2 Ikhtiar Medic sdn bhd…

Esok ramai yg akan cuti…ramai jugak pekerja yg akan bekerja di hari pekerja…itulah pengorbanan yg dipikul dengan penuh tanggungjawab..

Semua cawangan klinik ikhtiar akan beroperasi seperti biasa..🙂🙂🙂

Lewat sikit tutup malam ni..Settlekan patient asthma…Tanya pt penat tak..sesak nafas tak…dia cakap ok ja dr..Sekali deng...
30/04/2024

Lewat sikit tutup malam ni..

Settlekan patient asthma…
Tanya pt penat tak..sesak nafas tak…dia cakap ok ja dr..

Sekali dengar paru2 bunyi macam wisel..
Neb 2 kali…cucuk sejarum…

Alhamdulillah…dah kurang banyak..
Esok kita kol dia balik…tanya boleh tidoq tak…
kalau tidoq lena…alhamdulillah boleh teruskan makan ubat…

Moga Allah berikan kesemnuhan buat pesakit2 klinik ikhtiar…

29/04/2024

Kenapa pi klinik lain tak berapa nak sembuh…bila pi klinik ni terus sembuh..

Walaupon ubat sama..🤔

Salam jumaat…sayyidul ayyam….
25/04/2024

Salam jumaat…sayyidul ayyam….

BATAL TAK PUASA Dr?Bila bertitlekan dr muslim/muslimah, perkara2 ini boleh kata menjadi kewajiban kepada kami utk belaja...
06/04/2023

BATAL TAK PUASA Dr?

Bila bertitlekan dr muslim/muslimah, perkara2 ini boleh kata menjadi kewajiban kepada kami utk belajar fiqh perubatan..terutamanya yg melibatkan ibadah solat dan juga ibadah puasa.

So..semperna bulan ramadhan ni, benda2 basic berkenaan dengan puasa kena la tahu, supaya kita boleh yakinkan pesakit apa rawatan yg boleh batal dan yg tak membatalkan puasa.

“Dr..pinggang meletup dr..sakit tak boleh nak beralih ni..!”

Ok..kita cucuk dulu yer..bagi hilang sakit..lagi pon xbatal puasa kalau cucuk..lepas berbuka nanti boleh makan ubat..

Sama juga utk pesakit gastrik…mungkin boleh cucuk dahulu..dan pantau keadaan..kalau dah ok dengan ubat cucuk..boleh berpuasa penuh..

“Dr…saya ada asma..boleh tak nak guna inflhaler waktu puasa…?”

Boleh..guna bila perlu..dah ada fatwa yg kata penggunaan inhaler tak membatalkan puasa..

“Dr..saya sakit perut..muntah cirit tak berhenti ni..bada pon dah tak larat…boleh tak masuk air (iv drip)..xnak la minum air..takut batal puasa!”

Kalau tgk keadaan awak ni..mmg nampak kekurangan air dalam badan (dehydrated)..saya akan masukkan air..tapi puasa awak akan juga terbatal..walaupon awak tak minum..sebab masuk air ni akan memberi tenaga kepada badan..so akan batal puasa..xpa..bila sakit, ada rukhsah utk membenarkan kita tak berpuasa..tapi nanti kena ganti balik puasa.

Ada macam2 lagi contoh prosedur2 perubatan yg berkaitan dgn ibadah puasa..boleh baca di bawah👇👇👇👇

Kredit gambar dari page

Indahnya Islam tak akan menyusahkan umatnya..
Salam dari klinik ikhtiar😊

Welcome Dr Afiq Adnan!Alhamdulillah sudah 2 bulan lebih Dr Afiq berkhidmat di Klinik Ikhtiar Penaga sebagai residence do...
13/10/2022

Welcome Dr Afiq Adnan!

Alhamdulillah sudah 2 bulan lebih Dr Afiq berkhidmat di Klinik Ikhtiar Penaga sebagai residence doctor…

Sebagai owner klinik dan juga rakan sekerja, saya sangat berpuas hati dengan khidmat yg Dr Afiq berikan kepada pesakit2 di klinik Ikhtiar…

Seorang doktor yg sangat peramah, sangat baik, pandai melayan pesakit dan mengambil berat setiap aduan pesakit tak kira pesakit muda atau tua…sudah pasti kelebihan ni datang dengan pengalaman lama dan luas sebagai seorang doktor sebelum ini..

Saya yakin sapa yg dah jumpa dr afiq di klinik, insyaA, akan berpuas hati dengan perkhidmatan yg diberikan..

Kepada pesakit2 klinik ikhtiar yg sudah lama dengan kami…menjadi pelanggan setia kami..jangan sedih tak jumpa dr nizam dan dr mustaffa..😍😍
InsyaA dr Afiq terbaik!!

Address

No. 9, Ground Floor, Jalan Seri Muda, Pusat Perniagaan Seri Muda
Penaga
13100

Telephone

+6043511630

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Ikhtiar 24 Jam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Ikhtiar 24 Jam:

Share

Category