Kinaluck SEA Birdnest

Kinaluck SEA Birdnest Natural organic dried seaweed Produk berkenaan tidak perlu disimpan di dalam alat peti sejuk atau bilik sejuk beku dan hanya perlu disimpan pada suhu bilik.

Kinaluck Sea Birdnest (KLSB) telah diwujudkan pada tahun 2004 dan milik penuh bumiputra Sabah dimana bidang pengkhususan adalah pembersihan semula dan memasarkan produk rumpai laut kering natural. Sumber rumpai laut di perolehi dari Daerah Semporna sahaja disebabkan lokasi penanaman rumpai laut yang tidak tercemar serta kaya dengan nutirien semulajadi. Rumpai laut kering yang diperolehi dari Semp

orna akan dibersihkan semula melalui pembersihan, pengeringan dan pemeriksaan kualiti rumpai laut. Pada masa kini, tapak pemerosesan dibuat secara “Cottage Industry” disebabkan volum untuk pasaran semasa masa kini tidak memerlukan KLSB untuk mencari tapak komersil. Kapasiti pengeluaran pada masa kini adalah sebanyak 3,000 kgs rumpai laut mentah sebulan dan bilamana siap diproses menghasilkan lebihkurang 300 hingga 400 Kgs produk rumpai laut kering yang sedia untuk dipasarkan atau lebihkurang 3,000 hingga 4,000 bungkus sebulan dengan berat 100 gram sebungkus. KLSB juga telah menyertai program “Groom Big” atas pelawaan pihak SIRIM pada tahun 2007 dan 2008 dengan tiga (3) bengkel keseluruhannya. VISI:

Matlamat utama KLSB memproses dan memasarkan produk rumpai laut kering berkualiti adalah memberikan opsyen kepada para pengguna dimana produk KLSB adalah salah satu makanan sehat yang kaya dengan mikro nutrien seperti Kalsium, Besi, Fosforus dan Magnesium. Produk tersebut adalah baik untuk segenap lapisan masyarakat khususnya bagi golongan muda untuk tumbesaran dan masyarakat warga emas untuk mengurangkan penyakit “osteoporosis”

PROFAIL PRODUK:

Bahan mentah rumpai laut hanya diperolehi dari Daerah Semporna disebabkan kualiti rumpai laut yang tinggi disamping perairannya tidak tercemar. Ini dapat dilbuktikan dan diperakui bahawa produk rumpai laut dari Daerah Semporna adalah merupakan produk berkualiti tinggi di rantau ini. Terdapat juga bekalan bahan mentah rumpai laut dari Daerah Kunak dan Lahad Datu akan tetapi KLSB tidak mendapatkan bekalan dari daerah berkenaan disebabkan kualiti rumpai laut tersebut tidak sesuai untuk dijadikan makanan sehat dan hanya sesuai untuk produk sampingan industri seperti produk farmasi perubatan, komestik kecantikan dan sebagainya. Kualiti produk rumpai laut kering adalah mantap dimana setelah berada di pasaran domestik selama lapan (8) tahun lebih, KLSB tidak pernah menerima aduan berhubung kualiti produk dan produk berkenaan mampu bertahan sehingga tiga (3) tahun untuk mencapai tarikh luputnya dengan cara pembungkusan masa kini. Dalam makna kata lain, produk rumpai laut yang berada dalam pasaran masa kini tidak mampu bertahan panjang sehingga satu (1) tahun disebabkan kandungan air (moisture contain) adalah tinggi iaitu 40% - 60% sedangkan produk KLSB hanya mengandungi kandungan air di bawah 15% serta bersih dan selamat digunakan untuk tujuan pemakanan. Produk KLSB diproses sedemikian agar dapat digunakan secara segera dengan merendamnya dalam air untuk selama satu (1) hingga dua (2) jam sahaja tanpa perlu merendam selama semalaman hingga tiga (3) hari sepertimana produk rumpai laut yang terdapat pada pasaran masa kini. Dengan merendam 100 gram produk KLSB ke dalam air selama satu (1) hingga dua (2) jam, produk KLSB akan mencapat berat 1,400 gram sehingga 1,700 gram atau 14 kali sehingga 17 kali ganda besar dari berat asal produk KLSB. Berdasarkan pengalaman sedia ada serta produk KLSB telah berada di pasaran domestik selama lapan (8) tahun lebih maka KLSB berkeyakinan sepenuhnya bahawa sudah sampai masanya produk syarikat boleh dipasarkan di Semenanjung Malaysia dan luar negeri. PASARAN MASA KINI:

Pasaran utama produk berkenaan pada masa kini lebih tertumpu di Bandaraya Kota Kinabalu. Antara lokasi utama adalah di LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU, LAPANGAN TERBANG TAMBANG MURAH TANJUNG ARU, Pusat Jualan Produk Perikanan seperti di JKL FROZEN SEAFOOD , SABAH FISH MARKETING SDN BHD (SAFMA), FAR EAST FROZEN SEAFOOD, TETAP JAYA FROZEN SEAFOOD, FUNG SENG FROZEN SEAFOOD, F**K SOON FROZEN SEAFOOD serta kedai-kedai jualan dan kompleks membeli belah di sekitar Kota Kinabalu termasuk gerai jualan di 1 Borneo. Jaminan juga diberikan oleh KLSB kepada para pemborong tersebut diatas dimana produk KLSB jika telah luput tarikh sahguna (sekiranya ada) maka KLSB akan mengantikan produk syarikat dengan stok produk yang berkualiti dan baru. Volum pasaran domestik pada masa kini adalah sekitar 700 sehingga 1,000 bungkus sebulan (100gram/bungkus) dan dipasarkan melalui syarikat FRONTIER SERVICES TRADING yang mana syarikat tersebut dimiliki sepenuhnya oleh KLSB. Volum berkenaan tidak termasuk tempahan dari Sarawak khususnya Sibu dan Miri yang menempah produk KLSB mengikut permintaan semasa. PASARAN MASA DEPAN:

Pelan Pembangunan Perniagaan KLSB peringkat akhir adalah memasarkan produk KLSB ke luar negeri dimana dengan adanya logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Negeri Sabah maka pasaran lebih luas akan dapat dicapai di masa hadapan.

Address

Penampang

Telephone

+60198713337

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kinaluck SEA Birdnest posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kinaluck SEA Birdnest:

Share

Category

Our Story

Kinaluck Sea Birdnest (KLSB) telah diwujudkan pada tahun 2004 dan milik penuh bumiputra Sabah dimana bidang pengkhususan adalah pembersihan semula dan memasarkan produk rumpai laut kering natural. Sumber rumpai laut di perolehi dari Daerah Semporna sahaja disebabkan lokasi penanaman rumpai laut yang tidak tercemar serta kaya dengan nutirien semulajadi. Rumpai laut kering yang diperolehi dari Semporna akan dibersihkan semula melalui pembersihan, pengeringan dan pemeriksaan kualiti rumpai laut. Pada masa kini, tapak pemerosesan dibuat secara “Cottage Industry” disebabkan volum untuk pasaran semasa masa kini tidak memerlukan KLSB untuk mencari tapak komersil. Kapasiti pengeluaran pada masa kini adalah sebanyak 3,000 kgs rumpai laut mentah sebulan dan bilamana siap diproses menghasilkan lebihkurang 300 hingga 400 Kgs produk rumpai laut kering yang sedia untuk dipasarkan atau lebihkurang 3,000 hingga 4,000 bungkus sebulan dengan berat 100 gram sebungkus. KLSB juga telah menyertai program “Groom Big” atas pelawaan pihak SIRIM pada tahun 2007 dan 2008 dengan tiga (3) bengkel keseluruhannya. VISI: Matlamat utama KLSB memproses dan memasarkan produk rumpai laut kering berkualiti adalah memberikan opsyen kepada para pengguna dimana produk KLSB adalah salah satu makanan sehat yang kaya dengan mikro nutrien seperti Kalsium, Besi, Fosforus dan Magnesium. Produk tersebut adalah baik untuk segenap lapisan masyarakat khususnya bagi golongan muda untuk tumbesaran dan masyarakat warga emas untuk mengurangkan penyakit “osteoporosis” PROFAIL PRODUK: Bahan mentah rumpai laut hanya diperolehi dari Daerah Semporna disebabkan kualiti rumpai laut yang tinggi disamping perairannya tidak tercemar. Ini dapat dilbuktikan dan diperakui bahawa produk rumpai laut dari Daerah Semporna adalah merupakan produk berkualiti tinggi di rantau ini. Terdapat juga bekalan bahan mentah rumpai laut dari Daerah Kunak dan Lahad Datu akan tetapi KLSB tidak mendapatkan bekalan dari daerah berkenaan disebabkan kualiti rumpai laut tersebut tidak sesuai untuk dijadikan makanan sehat dan hanya sesuai untuk produk sampingan industri seperti produk farmasi perubatan, komestik kecantikan dan sebagainya. Kualiti produk rumpai laut kering adalah mantap dimana setelah berada di pasaran domestik selama lapan (8) tahun lebih, KLSB tidak pernah menerima aduan berhubung kualiti produk dan produk berkenaan mampu bertahan sehingga tiga (3) tahun untuk mencapai tarikh luputnya dengan cara pembungkusan masa kini. Produk berkenaan tidak perlu disimpan di dalam alat peti sejuk atau bilik sejuk beku dan hanya perlu disimpan pada suhu bilik. Dalam makna kata lain, produk rumpai laut yang berada dalam pasaran masa kini tidak mampu bertahan panjang sehingga satu (1) tahun disebabkan kandungan air (moisture contain) adalah tinggi iaitu 40% - 60% sedangkan produk KLSB hanya mengandungi kandungan air di bawah 15% serta bersih dan selamat digunakan untuk tujuan pemakanan. Produk KLSB diproses sedemikian agar dapat digunakan secara segera dengan merendamnya dalam air untuk selama satu (1) hingga dua (2) jam sahaja tanpa perlu merendam selama semalaman hingga tiga (3) hari sepertimana produk rumpai laut yang terdapat pada pasaran masa kini. Dengan merendam 100 gram produk KLSB ke dalam air selama satu (1) hingga dua (2) jam, produk KLSB akan mencapat berat 1,400 gram sehingga 1,700 gram atau 14 kali sehingga 17 kali ganda besar dari berat asal produk KLSB. Berdasarkan pengalaman sedia ada serta produk KLSB telah berada di pasaran domestik selama lapan (8) tahun lebih maka KLSB berkeyakinan sepenuhnya bahawa sudah sampai masanya produk syarikat boleh dipasarkan di Semenanjung Malaysia dan luar negeri. PASARAN MASA KINI: Pasaran utama produk berkenaan pada masa kini lebih tertumpu di Bandaraya Kota Kinabalu. Antara lokasi utama adalah di LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU, LAPANGAN TERBANG TAMBANG MURAH TANJUNG ARU, Pusat Jualan Produk Perikanan seperti di JKL FROZEN SEAFOOD , SABAH FISH MARKETING SDN BHD (SAFMA), FAR EAST FROZEN SEAFOOD, TETAP JAYA FROZEN SEAFOOD, FUNG SENG FROZEN SEAFOOD, F**K SOON FROZEN SEAFOOD serta kedai-kedai jualan dan kompleks membeli belah di sekitar Kota Kinabalu termasuk gerai jualan di 1 Borneo. Jaminan juga diberikan oleh KLSB kepada para pemborong tersebut diatas dimana produk KLSB jika telah luput tarikh sahguna (sekiranya ada) maka KLSB akan mengantikan produk syarikat dengan stok produk yang berkualiti dan baru. Volum pasaran domestik pada masa kini adalah sekitar 700 sehingga 1,000 bungkus sebulan (100gram/bungkus) dan dipasarkan melalui syarikat FRONTIER SERVICES TRADING yang mana syarikat tersebut dimiliki sepenuhnya oleh KLSB. Volum berkenaan tidak termasuk tempahan dari Sarawak khususnya Sibu dan Miri yang menempah produk KLSB mengikut permintaan semasa. PASARAN MASA DEPAN: Pelan Pembangunan Perniagaan KLSB peringkat akhir adalah memasarkan produk KLSB ke luar negeri dimana dengan adanya logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Negeri Sabah maka pasaran lebih luas akan dapat dicapai di masa hadapan.