24/02/2026
Alhamdulillah hari ini telah berlangsung satu pertemuan dua hala bersama Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPBPP) Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang bertempat di Bangunan Persekutuan Jalan Anson, Pulau Pinang.
Pertemuan ini telah disertai oleh Encik Norhisham Ramli, Timbalan Pengarah Seksyen Pembangunan Sektoril, Puan Nur Atiqah Ariffin, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Ekonomi, serta Encik Syukri selaku wakil pegawai dari ICU.
Turut bersama ialah Puan Firyal Harlina, Penasihat Utama HAQ Consultant, serta Dr. Nur Afini dari Lunara Wellness selaku rakan strategik HAQ Consultant.
Antara intipati utama pertemuan ini adalah bagi memperkenalkan Modul Intervensi EMK, khusus kepada usahawan Bumiputera Pulau Pinang yang menekankan pendekatan psikososial dan kaunseling sebagai sokongan kepada pembangunan keusahawanan yang lebih holistik dan mampan.
Semoga pertemuan ini memberi manfaat besar serta membuka lebih banyak ruang kerjasama dalam usaha memperkasa pembangunan usahawan dan komuniti setempat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pn Mentor Firyal Harlina atas segala tunjuk ajar serta bimbingan berterusan. Semoga Allah membalas segala kebaikan dengan sebaik-baik ganjaran, insya-Allah.
HAQ Consultant
24 Februari 2026