16/04/2026
CLINICAL GOVERNANCE ROUND BIL 4/2026
Tarikh: 13 April 2026
Lokasi: Klinik Pakar Pediatrik dan Klinik Pakar Obstetrik & Ginekologi, Aras 2, Kompleks Klinik Pakar
Hospital Pendang
Clinical Governance Rounds Bil 4/2026 telah dilaksanakan di Klinik Pakar Pediatrik & Klinik Obstetrik & Ginekologi Hospital Pendang pada 13 April bermula jam 8.30 pagi. Rondaan ini diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah (Perubatan) II Hospital Pendang, Dr. Nurulsyuhadah binti Mohd Ramli, dan disertai oleh pasukan rondaan yang melibatkan pegawai dari Unit Pengurusan, UPRSK, UKKP, Unit Kawalan Infeksi, Jabatan Farmasi, Unit Penyeliaan, Unit Kejururawatan, dan Unit Kejuruteraan. Pasukan rondaan telah disambut dan disantuni oleh Ketua Jabatan Pediatrik Dr. Nur Erni Suryani binti Meor Mohd Zumir dan Ketua Jabatan Obstetrik & Ginekologi Nadia binti Said.
Rondaan telah dilakukan untuk meninjau kualiti perkhidmatan kesihatan di unit terbabit yang melibatkan aspek seperti berikut:
1. Clinical Effectiveness
2. Risk Management
3. Patient-centred Care
4. Staff Management
5. Audit
6. Education & Training
7. Information Management
Secara keseluruhannya, aktiviti tinjauan telah berjalan lancar dan hasil tinjauan yang memerlukan penambahbaikan telah diberi teguran secara langsung dan disusuli dengan memo untuk tindakan pemantauan.
Pasukan Clinical Governance Round Hospital Pendang mengucapkan tahniah dan berterima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh Klinik Pediatrik dan Klinik Pakar Obstetrik & Ginekologi sepanjang rondaan.