Kempen Kesedaran Gaya Permakanan Dan Kesihatan

Kempen Kesedaran Gaya Permakanan Dan Kesihatan Mengajak rakyat Malaysia mengamalkan hidup sihat dan menurunkan berat badan cara selamat dengan IF

Setuju dengan saya?
07/11/2024

Setuju dengan saya?

27/01/2023
BUKAN SEKADAR PENURUNAN BERAT BADAN...BANYAK BENDA YANG PERLU DIAMBIL KISAH. DAN BAGAIMANA OBESITI ITU BERMULA. Topik ha...
25/01/2023

BUKAN SEKADAR PENURUNAN BERAT BADAN...

BANYAK BENDA YANG PERLU DIAMBIL KISAH.
DAN BAGAIMANA OBESITI ITU BERMULA.

Topik hari ini : Insulin Resistance

Sifir ini untuk orang yang sedentari atau dengan kata mudah malas bersenam, cuma nak jaga makan. Orang yang aktif dengan...
14/01/2023

Sifir ini untuk orang yang sedentari atau dengan kata mudah malas bersenam, cuma nak jaga makan.

Orang yang aktif dengan berat 60 kg boleh makan 2500 kalori berbanding orang yang sedentari berat 60 kg cuma boleh makan 1500 kalori. Jadi anda pilihlah nak jadi manusia sedentari atau manusia yang aktif.


BEBERAPA FAKTA BERKAITAN ANXIETY DISORDER DAN PANIC ATTACKApa yang dimaksudkan oleh Anxiety Disorder dan Panic Attack?1....
13/01/2023

BEBERAPA FAKTA BERKAITAN ANXIETY DISORDER DAN PANIC ATTACK
Apa yang dimaksudkan oleh Anxiety Disorder dan Panic Attack?
1. Anxiety Disorder adalah suatu keadaan di mana pesakit secara tetap mudah berasa sedih, takut, risau, tidak tenang dan pelbagai perasaan negatif lain sehingga mengganggu rutin seharian pesakit dan menjejaskan hubungan pesakit dengan keluarga, teman dan rakan sekerja.

2. Panic Attack adalah satu tempuh keadaan tanpa diketahui puncanya, berlaku dengan tiba-tiba berlangsung selama sepuluh minit hingga sejam, pesakit mengalami pelbagai perasaan hingga pesakit tidak mampu bernafas, berasa akan mati.

3. Tidak semua pesakit sedar mereka mengalami Anxiety Disorder. Mereka menyangka kerisauan, kesedihan, ketakutan mereka adalah benar (real).
APA YANG MEREKA RASA BILA MENGALAMI PANIC ATTACK?
1. Dalam kebanyakan masa pesakit berfikir di luar logika. Pemikiran begini menguasai pesakit sehingga terlalu risau, sedih dan tidak tenang.

2. Bila Panic Attack menyerang, pesakit akan takut sehingga berfikir akan mari. Pesakit bertarung dengan fikirannya sendiri dan orang lain takkan dapat menenangkan pesakit. Serangan ini boleh berlangsung antara 10 min hingga 1 jam.

3. Tanda awal adalah jantung berdegup laju dan rasa tidak selesa pada dada. Pesakit fikir mereka diserang sakit jantung.

4. Pesakit berasa sesak nafas. Mereka bernafas laju akhirnya otot-otot jari tangan akan kejang.

5. Mereka kerap berasa sakit di ulu hati. Mereka mendiagnosa sendiri atau didiagnosa oleh doktor yang tidak berpengalaman akan mendiagnosa pesakit sebagai pesakit gastritis atau GERD.

6. Ada pesakit merasa badan mereka berdenyut-denyut dan penuh angin. Mereka berasa letih walaupun tidak membuat sebarang kerja.

7. Ada pesakit berasa sakit kepala sehingga tidak mempu melakukan kerja.

8. Mereka takut berjalan jauh kerana takut mendatangkan bahaya. Mereka takut menaiki kapalterbang, takut akan terhempas. Mereka takut menaiki feri, takut akan tenggelam. Mereka tidak boleh bermusafir sendirian. Mereka perlukan teman. Mereka juga takut untuk memandu.

9. Pesakit boleh mengigil dan mengeletar tanpa sebab.

10. Pesakit boleh mengalami masalah tidur yang kronik (insomnia). Mereka bimbang tidur mereka mengundang bahaya.

11. Pesakit sangat peka terhadap bunyi.

10. Pesakit merasa mudah sunyi, terkejut, takut, risau, kecewa, rasa tertekan tanpa sebab.

12. Pesakit mungkin berasa pening, dan kadang kala pitam. Mereka akan sedar semula selepas 2-3 minit tanpa rawatan.
APA PERASAAN PESAKIT TERHADAP ORANG DI SEKELILING?
1. Pesakit tidak s**a berada dalam kelompok ramai dan akan berusaha lari daripada keadaan itu. Pesakit lebih selesa bersendirian. Mereka adakalanya akan menangis tanpa sebab.

2. Orang sekeliling tidak akan faham apa yang dialami oleh pesakit. Pesakit cuba bercerita kepada orang lain dan mahu orang lain turut merasai tetapi mereka akhirnya menolak perasaan ingin berkongsi kerana merasakan tiada orang yang akan faham.

3. Orang yang mendengar masalah yang diceritakan oleh pesakit cuba memberi nasihat tetapi pesakit tidak mempedulikan nasihat itu jika nasihat itu tidak dapat membuat mereka tenang.

4. Pesakit berasa lega dan seronok bila berkongsi masalah dengan pesakit lain.

5. Pesakit selalu mengkaji sendiri penyakit ini dan mereka lebih risau bila membacanya.

6. Pesakit menjadi sensitif dengan semua perkara. Tekanan emosi akan menyebabkan mood mereka menjadi turun naik.

7. Bersosial dengan orang di luar menjadi perkara yang tidak menyeronokkan.

8. Mereka memerlukan orang lain untuk membantu mereka.

9. Tekanan yang diberi oleh orang lain kepada pesakit sangat memberi kesan kepada mereka.

10. Anxiety Disorder dan Panick Attack boleh memusnahkan sebuah perhubungan.

11. Pesakit akan berasa putus asa dan kurang bersemangat untuk melakukan kerja.

12. Mood akan berubah 180 darjah apabila pemikiran yang negatif.
APA PERASAAN PESAKIT PADA DIRI SENDIRI?
1. Pesakit merasakan tiada hari yang dilaluinya tanpa perasaan sedih, takut, bimbang, kecewa dan risau. Perasaan ini berlaku pada perkara yang remeh.

2. Setiap hari, pesakit berharap dapat menjadi diri mereka yang dulu. Pesakit sering berfikir kenapa ianya terjadi kepada mereka.

3. Pesakit hilang keyakinan diri dan boleh menyebab kemurungan.

4 . Setiap perkara yang dianggap negatif akan menjadi pencetus untuk Panic Attack datang menyerang.

5. Pesakit akan banyak menghabiskan masa dengan membaca
dan mencari maklumat tentang masalah ini kerana mereka mereka menghidapi penyakit fizikal yang kronik.
APA RAWATAN UNTUK PENYAKIT ANXIETY?
1. Anxiety Disorder dan Panic Attack adalah mainan minda. Tiada ubat dan ianya boleh dikawal oleh pesakit itu sendiri. Oleh itu meteka harus dibantu dengan panduan pakar kaunseling.

2. Beberapa kaedah psikoterapi dan terapi kognitif-kelakuan dapat membantu pesakit.

3. Ubat penenang hanya untuk mengawal keadaan terdesak dan Panic Attack yang tidak terkawal.

Kredit Dr. Zubaidi

12/01/2023

8 TIPS ELAK SEMBELIT:

1. Pastikan anda minum air secukupnya.

2. Elak makanan yang menyebabkan sembelit seperti makanan segera, makanan terproses, susu, dan hasil tenusu.

3. Tingkatkan pengambilan fiber dari sayuran dan buah-buahan. Pengambilan yang dicadangkan ialah 20-35 gram sehari.

4. Seimbangkan microbiome atau koloni bakteria dalam usus dengan pengambilan prebiotik dan probiotik seperti yogurt, kefir, kombucha tea, tauhu, tempe dan kimchi.

5. Bersenam dan bergerak aktif akan membantu pergerakkan usus yang lebih baik.

6. Pengambilan Supplimen seperti probiotik, magnesium, minyak kelapa dara dan MCT Oil juga dapat membantu melawaskan.

7. Pengambilan laxatives atau ubat yang membantu melawaskan boleh tetapi hanya untuk sementara sahaja. Jangan bergantung pada ubat untuk menyelesaikan masalah sembelit

8. Cara membuang air besar juga penting. Kedudukan mencangkung lebih baik daripada duduk. Gunakan bangku alas kaki jika anda menggunakan tandas duduk.

Coach Wana

12/01/2023

Soalan :

Apabila mengamalkan IF, saya mengalami masalah sembelit. Bagaimana untuk mengatasinya?

Jawapan :

Apabila berpuasa, pengambilan makanan akan berkurangan secara keseluruhan dan kesan pada sistem usus adalah sesuatu yang dijangkakan akan berlaku.

Anda tidak perlu risau kerana ia adalah perubahan normal pada peringkat awal.

Puasa memberi masa kepada sistem pencernaan usus untuk berehat dan fokus kepada pembaik pulih.

Sistem usus perlu sedikit masa untuk mengadaptasi dengan gaya permakanan anda yang baru.

Pastikan anda membantu usus anda untuk berfungsi dengan lebih baik dengan pengambilan makanan yang lebih sihat.

Coach Wana

PUNCA GEMUK AIRPunca diet selalu   ialah sebab dalam sedar tak sedar rupanya banyak ambil Makanan tinggi garam ni..Penti...
12/01/2023

PUNCA GEMUK AIR

Punca diet selalu ialah sebab dalam sedar tak sedar rupanya banyak ambil Makanan tinggi garam ni..

Penting ke untuk nak turunkan berat ni??

SANGAT PENTING..!!

kalau nak tahu, garam adalah punca utama water retention atau gemuk air.

BESTFRIEND dia adalah gula. Gemuk air bukan berpunca dari banyak minum air yerrr...

Tapi banyak makan makanan tinggi garam dan gula

Ia mengakibatkan selalu rasa lapar dan craving, cepat rasa letih dan senang sakit kepala dan jika diambil berlebihan untuk jangkamasa yang lama mengakibatkan tekanan darah tinggi dan boleh membawa kepada banyak penyakit dalam badan.

Selain itu, pengambilan garam berlebihan juga menyebabkan tekanan darah meningkat, dan mengakibatkan selulit yang sangat dibenci oleh kaum wanita ni dan menyebabkan flabby di bahagian-bahagian badan.

-Perkongsian Coach Wana-

Pada awal diet, penurunan berat badan akan mendadak diantara 500gram - 1kg sehari..Ini disebabkan terlampau banyak Penga...
12/01/2023

Pada awal diet, penurunan berat badan akan mendadak diantara 500gram - 1kg sehari..

Ini disebabkan terlampau banyak Pengambilan garam dalam masakan sebelum ni. Jika anda berdiet dengan pengambilan garam yang tinggi..

Secara keseluruhannya kadar pengambilan sodium jugak meningkat. Ini bermakna tubuh anda akan menyimpan air dalam kuantiti yang banyak untuk mengimbanginya (Water Retention).

Sebab itulah, apabila kita mengamalkan Suku2 separuh dan IF (berpuasa), secara semulajadinya kita akan kurangkan pengambilan garam, manisan, dan Lain2 yang membuatkan kita naik badan.

Dari situlah berat air dikurangkan dan berlakulah Pernurunan berat badan..

Ramai yg berikan istilah yg salah iaitu banyak minum air berat akan naik..

Air mineral ni adalah detok untuk badan, membuang segala kekotoran dalam sel2 badan, termasuk organ2 yang lain, terutama pembersihan usus dan buah pinggang.

Perkongsian Coach Wana



Ingin Wana guide 5 bulan cara hidup sihat boleh Wasap di 👇

www.wasap.my/60147588075/CoachWanaNakJoinKempen5bulan

Data punca kematian dan umur mengikut kes tuntutan.Paling tinggi lingkungan umur 30~39thn. Dan apa puncanya??Dan satu pe...
11/01/2023

Data punca kematian dan umur mengikut kes tuntutan.

Paling tinggi lingkungan umur 30~39thn. Dan apa puncanya??

Dan satu perkara lagi, telah menjadi satu trend peristiwa apabila pesakit diabetes dipotong kaki terus meninggal selepas itu.

"Punca penyakit datang dari apa yang kita makan"


Address

65, Hala Pantai Baru 1, Taman Pantai Baru, Pantai Remis
Pengkalan Baharu
34900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kempen Kesedaran Gaya Permakanan Dan Kesihatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category