Makanan Sunnah by Mek

Makanan Sunnah by Mek Menjual makanan sunnah iaitu kekacang dan buahan kering yang berkhasiat, sedap dan bermanfaat untuk tubuh badan dan minda. Hanya postage sahaja, tiada cod.

This post has been hide well by Facebook, hope you can see my post.This is too much!!! Ya Allah, sesungguhnya mereka san...
04/12/2023

This post has been hide well by Facebook, hope you can see my post.

This is too much!!! Ya Allah, sesungguhnya mereka sangat melampaui batas! Peliharalah saudara kami di sana. 😭😭😭

30/11/2020

MUHASABAH PAGI 💓

Hati yang HIDUP ialah hati yang penuh
Dengan IMAN.

Hati yang MATI ialah hati yang KUFUR
kepada ALLAH.

Hati yang SIHAT ialah hati yang TAAT
Pada ALLAH.

Hati yang SAKIT ialah hati yang dipenuhi Dengan MAKSIAT.

Hati yang TERJAGA ialah hati yang
INGAT ALLAH.

Hati yang TERTIDUR ialah hati yang LALAI.

SAYYIDUL ISTIGHFAR اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَ...
22/11/2020

SAYYIDUL ISTIGHFAR

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ.

Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan selain Engkau
Engkau ciptakan aku dan aku hambaMu
Dan aku berada dalam janjimu
Menurut kemampuanku
Aku berlindung denganMu
Daripada kejahatan yang kulakukan
Aku sedari nikmatMu kepadaku
Dan kusedari akan dosa-dosaku
Ampuni aku...
Ampuni aku...
Ampuni aku kerana sesungguhnya
Tiada yang dapat mengampunkan dosa
Kecuali Engkau.

Jom sayyidul istighfar, jom amalkan 7x setiap pagi.

Saya doakan semoga Allah kurniakan kesihatan dan rezeki yang berkat lagi tiada henti² buat kita semua.

Dan semoga Allah bukakan pintu² rezeki dan dipermudahkan segala urusan kita semua untuk hari ini, esok dan sehingga hari terakhir kita di bumi, aamiin.

21/11/2020

MUHASABAH PAGI

JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik.

Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, Kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan.

Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yg masih ada pd dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.

Kita Bukan Siapa-siapa
Untuk Menilai Siapa-siapa.

Eratkan silaturahim,
Walau sekadar berdoa untuk
semua ahli keluarga, jiran dn sahabat

Ketika kita menanam padi, rumput pun ikut tumbuh.

Tapi ketika kita menanam rumput, tidak pernah padi turut tumbuh.

Dalam kita melakukan “ kebaikan ”, kadang-kadang ada yang buruk turut ikut sama.

Tapi Ketika kita melakukan “ keburukan
”, tidak ada kebaikan turut ikut serta.

Jangan bosan untuk berbuat baik walaupun kadang-kadang kita tidak sempurna.

Jika melawat ke hospital, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat kesihatan.
Jika melawat ke penjara, kita akan menyedari betapa besarnya nikmat kebebasan.
Jika kita ke kubur, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat hidup.

Pesakit akan keluar wad bila sakitnya sembuh. Manakala banduan akan keluar penjara bila tamat tempoh hukumannya.

Tetapi kubur TIADA JALAN KELUAR.

Sentiasa ingat mati dan Buatlah persiapan untuk kematian. Sedarlah diri segala yg kita miliki termasuk diri kita, milik ALLAH SWT.

SILA SHARE
Ustaz Iqbal Zain

19/11/2020

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

SELAMAT PAGI

Barangsiapa yang benar-benar ikhlas beramal kerana Allah SWT, maka hinaan atau pujian manusia sama sekali tidak akan mempengaruhi hatinya.

Amalannya hanya terikat dengan Allah SWT tanpa ada campur tangan makhluk didalamnya.

Ramai yang awal kerjanya niat kerana Allah SWT. Lalu niat itu berubah seiring dengan hadirnya pujian orang kepadanya.

Hati tersangat mudah menerima pujian umpama mudahnya pohon menyerap air.

Maka barangsiapa yang mengharapkan perhatian Allah SWT, dia akan selalu menyucikan niatnya setiap detik!

Salam Jumaat.

14/11/2020

Ingat mati itu ibadah.

Bila ibadah, ia berpahala.

Fokus urusan akhirat.

Takda rasa nak terkejar duniawi.

Tak fokus, ->>> maka gagal.

Nak berjaya, ->>> fokus betul-betul tujuan/matlamat dan usaha buat untuk capai kejayaan.

Kejap semangat, kejap down.

Tak jadi!

Mesti maintain dan konsisten.
Gituuu.

Fokus apa?

Fokus ibadahlah.

Solat tu ibadah
Kerja tu ibadah
Berniaga tu ibadah
Dakwah tu ibadah
Ingat mati tu ibadah
Berkahwin itu ibadah

Ibadah itu rezeki. Sempurna ibadah, maka sempurnalah rezeki.

Kredit : Rahsia Rezki Melimpah

REZEKIKita lupa yang memberi rezeki itu Allah. Dan perlu juga kita ingat walaupun atas 'usaha' kita.Tapi kalaulah Allah ...
10/11/2020

REZEKI

Kita lupa yang memberi rezeki itu Allah.

Dan perlu juga kita ingat walaupun atas 'usaha' kita.

Tapi kalaulah Allah tak izinkan untuk kita dapat rezeki tu, maka kita takkan dapat!

Semuanya berlaku dengan izinNya.

Semoga Allah hapuskan wabak ini dari bumi, aamiin Ya Allah Ya Mujiib.
08/11/2020

Semoga Allah hapuskan wabak ini dari bumi, aamiin Ya Allah Ya Mujiib.

Your First Choice -- HALAL Healthy Snack 👍
05/11/2020

Your First Choice -- HALAL Healthy Snack 👍

Salam dried fruits lovers 💃🏻💃🏻Pakat duk senyum lebar selebar Sungai Pahang lah belaka, sebab dah musim gaji kann. Yang d...
05/11/2020

Salam dried fruits lovers 💃🏻💃🏻

Pakat duk senyum lebar selebar Sungai Pahang lah belaka, sebab dah musim gaji kann.

Yang dah dapat gaji, Shikin nak pesan, berbelanjalah dengan berhemah. pembahagian gaji anda dan ikut.

Jangan rancang dah ok, tapi tak ikut p**ak 😂😂, memang jem la.

Dan jangan lupa untuk bagi hadiah pada diri anda.

Please Reward Yourself.
Supaya anda semangat untuk terus bekerja.

Yang nak dapatkan,
🌷
🌷
🌷
🌷
🌷
🌷
🌷
🌷
🌷 Dan banyak lagi
boleh terus pm @ wassap no di bawah.

Berikan snek yang terbaik untuk diri anda dan keluarga.😘

Ore kelate kato, tunggu gapo lagi, fast action fast result, silap silap pembelian yang terawal dapat lagi.

www.wasap.my/60139187628/Driedfruits

05/11/2020

BAGAIMANA NAK BERSIHKAN HATI ?

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. (Diolah oleh Datuk Haji Fadilah Kamsah)

1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa.

° Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan :

"Ya, Allah jadikan hatiku bersih".

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur.

° Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, rezeki melimpah, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat.

° Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran.

Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

Semoga bermanfaat.

03/11/2020

❤ LILLAHITAALA ❤

Jika sedekah pagi, jangan pernah harap sedekah selesaikan masalah.

Jika buat baik, jangan pernah harap dapat baik dari orang lain.

Jika buat tahajud, jangan sampai merasa tahajud penyelesaian masalah.

Jika baca Quran dan berharap Quran mampu menyembuhkan itu juga akan mengecewakan.

Namun sebenar benarnya adalah...

Buat la tahajud, sedekah, baca al-Quran semata-mata kerana Allah.

Istiqomah. Istiqomah. Istiqomah.

Jalan penyelesaian Allah akan buka bila kita yakin dan percaya Allah yang selesaikan. Bukan tahajud,dhuha atau sedekah.

Kerana Allah halang kita. Bila buat tahajud, doa. Allah tak mabulkan. Kerana Allah ajarkan kita . Tahajud tak mampu buat apa-apa. Allah jua yang kuasa.

Bila kita terlepas dari bergantung pada tahajud, kita bergantung pada Allah. Maka, Insyallah ada jalan.

Jalan tawakal yang serah bulat-bulat pada Allah.

Tapi amalan tahajud, dhuha, sedekah jangan p**a ditinggalkan. Istiqomah lakukan. Cuma NIAT NYA DI PERBETULKAN.

Kita sakit? Pergi sedekah, kerana jika sedekah Allah sembuhkan. Kata motibator. Itu salah.

Kita sakit. Pergi sedekah, lakukan istiqomah. Niat. Allah bagikan jalan. Bukan sedekah. Aku sedekah kerana suruhan Allah.

Bukan sedekah untuk sembuhkan penyakit. Moga kita lepas diri dari bergantung pada amalan yang baik. Kerana Allah. Lillahitaala.

Mohon maaf jika tulisan kali ini bercanggah dengan jiwa anda.

Mungkin anda belum merasai sakitnya dan pedihnya sebuah ujian.

Mungkin cara hidup kita dan pemikiran kita berbeza.

Moga Allah masukkan kita semua ke JannahNya. Aamin Ya Allah Ya Mujiib.

Kredit : Rahsia Rezki Melimpah

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w.. Salam Maulidur Rasul.
29/10/2020

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w..
Salam Maulidur Rasul.

TAK PERNAH MENGECEWAKAN.🍇 Saat lapar, ia sangat mengenyangkan. 🍇 Saat lesu, ia sangat memberi tenaga maksimum.🍇 Saat ter...
27/10/2020

TAK PERNAH MENGECEWAKAN.

🍇 Saat lapar, ia sangat mengenyangkan.

🍇 Saat lesu, ia sangat memberi tenaga maksimum.

🍇 Saat teringin, ia sangat lazat sedap tak terkata.

🍇 Saat berdiet, ia buahan manis semulajadi tanpa gula tambahan.

Hijau, merah, Oren, kuning. Fuhh! Dah macam warna warni p**ak. Semua ada di Zara Crunchy Rich. Tinggal awak pilih je lagi nak yang mana.

www.wasap.my/60139187628/BuahanKering


27/10/2020

Fortune easy comes then easy goes but your work stays with you forever.

Nak diet dan turunkan berat badan, Mek sarankan amik badam sebagai kudapan sihat anda.MUDAH didapati, senang diambil dan...
26/10/2020

Nak diet dan turunkan berat badan, Mek sarankan amik badam sebagai kudapan sihat anda.

MUDAH didapati, senang diambil dan boleh je standby dalam handbag. Kalau terasa lapar sebelum waktu makan utama ambil je badam sebagai kudapan. Boleh ambil dalam 15 ke 20 biji sekali kudapan. Jangan lebih p**ak ya. Badam pun ada kalori jugak tau.

Badam ada khasiat yang tersendiri. Ada fiber dan lemak baik yang sememangnya bagus untuk mereka yang sedang berdiet.

Badam bagus diambil mentah atau dipanggang sekejap. Elakkan ambil badam yang ada garam tu ye. 😄


Address

Pengkalan Cepa

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Makanan Sunnah by Mek posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram