16/02/2023
Assalaamu'alaikum wmbth
1. Kejadian berlaku pada hari Isnin, 6 Februari, 4:17 pagi (waktu tempatan).
2. Gempa bumi bermagnitud 7.8 ini berpusat di Kahramanmaras, selatan Turki. Ia merupakan gempa bumi terbesar sejak tahun 1999 di Istanbul.
3. Pakar menjelaskan gempa yang berlaku adalah jenis sesaran geser (strike-slip) dengan kekuatan menyamai 50 mega tan TNT. Kedalamannya yang cetek (17.9km sahaja dari permukaan bumi) menjadi punca kerosakan yang dahsyat.
4. Gempa telah menyebabkan kerosakan besar di 10 wilayah di Turki - Kahramanmaras, Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis.
5. Gempa turut menyebabkan kemusnahan di wilayah utara Syria khususnya di Aleppo, Idlib, Hama, dan Latakia.
6. Setakat 72 jam usaha mencari dan menyelamat dijalankan, angka kematian di Turkiye dan Syria telah melebihi 15,000 orang. (Sumber: Anadolu Agency). Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan jumlah kematian boleh mencecah 20,000 orang.
7. Usaha mencari dan menyelamat mengalami kesukaran akibat cuaca sejuk, gempa susulan dan perhubungan (jalan raya, jambatan, sistem komunikasi) yang masih terputus.
8. Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah mengumumkan Amaran Tahap 4 dan merayu bantuan antarabangsa. 45 negara telah memberi respon positif termasuk Malaysia.
9. Semalam (Rabu), Perdana Menteri Malaysia mengumumkan bantuan bernilai hampir RM10 juta hasil sumbangan kerajaan Malaysia, DYMM Sultan Johor dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
10. MyCARE telah menghantar bantuan fasa pertama bernilai RM200,000 untuk diagihkan ke Turkiye dan Syria dengan kerjasama rakan NGO tempatan, ATAA Humanitarian Relief Association.
*****
Untuk menyumbang ke Turkiye dan Syria, KLIK pautan di ruangan komen.