09/02/2026
PENILAIAN AKREDITASI HOSPITAL SEBERANG JAYA SEBAGAI PUSAT LATIHAN
PROGRAM SARJANA PEMBEDAHAN ORTOPEDIK
Pada 6 Februari 2026 (Jumaat) , Jabatan Ortopedik Hospital Seberang Jaya telah menerima Lawatan dari Orthopaedic Specialty Committee (OSC) bertempat di Bilik Mesyuarat Bakawali, Bangunan Multistorey, Hospital Seberang Jaya.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada proses penilaian bagi menjadikan Jabatan Ortopedik Hospital Seberang Jaya sebagai pusat latihan bagi Program Sarjana Pembedahan Ortopedik.
Ahli Panel Penilai dan Sekretariat OSC yang hadir ialah:
1. Prof. Madya Dr. Nor Faissal bin Yassin
2. Prof. Madya Dr. Mohd Fairudz bin Mohd Miswan
3. Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Abdul Rashid
4. Cik Puteri Amira binti Samsuddin
5. Pn. Sharifah Mazni binti Samsuddin
Wakil Jabatan Ortopedik Hospital Seberang Jaya yang hadir dalam sesi penilaian ini telah diketuai oleh:
1. Dr. Mohammed Harris bin Anwarali Khan
2. Dr. Nasrul Hanif bin Mohamad
3. Dr. Lee Jie Yin
4. Khairil Amry bin Khairuddin
Majlis ini bertujuan untuk membentangkan keperluan dan kriteria akreditasi, yang merangkumi profil jabatan, kemudahan dan sumber pendidikan, perkhidmatan sokongan serta statistik dan beban kes jabatan, selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Orthopaedic Specialty Committee.
Pihak Jabatan Ortopedik Hospital Seberang Jaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak OSC atas lawatan penilaian serta bimbingan yang diberikan. Diharapkan usaha ini dapat menjadikan dan mengiktiraf Hospital Seberang Jaya sebagai sebuah institusi latihan yang berkualiti dalam bidang pembedahan ortopedik.