Pengarah Hospital Sungai Siput

Pengarah Hospital Sungai Siput Fb rasmi Pengarah Hospital Sungai Siput, Perak untuk sebarang hebahan dan pengumuman terkini...

09/05/2026
KERJASAMA STRATEGIK HOSPITAL SUNGAI SIPUT DENGAN JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK Hospital Sungai Siput komited untuk memb...
29/04/2026

KERJASAMA STRATEGIK HOSPITAL SUNGAI SIPUT DENGAN JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK

Hospital Sungai Siput komited untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada komuniti Sungai Siput melalui jalinan kerjasama yang erat dan penyeliaan JKN Perak. Beberapa lawatan daripada JKN Perak telah disambut baik oleh pasukan Hospital Sungai Siput.

23 April 2026 – Lawatan Penyeliaan dan Audit Program Pengurangan Kemudaratan Klinik Methadone yang diketuai oleh Dr Norhalilah Bt Abdullah telah dibuat oleh Cawangan AIDS/STD/Hepatitis C, JKN Perak ke Hospital Sungai Siput.

27 April 2026 – Lawatan dari Bahagian Makanan, JKN Perak telah membuat audit pematuhan terhadap senarai penjualan makanan dan minuman yang dilarang di jual di Hospital Sungai Siput, fasiliti KKM.

27 April 2026 – Lawatan dari Bahagian Kejuruteraan JKN Perak ke Hospital Sungai Siput untuk memperhalusi skop kerja projek naik taraf, ubah suai dan pembaikan wad-wad di hospital yang diperlukan.

Kerjasama strategik ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa perkhidmatan demi memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, dan mampan kepada komuniti setempat.

24 APRIL 2026 – KICK OFF PROGRAM “STEPS TO HEALTH” DI HOSPITAL SUNGAI SIPUTHospital Sungai Siput mengambil serius mengen...
24/04/2026

24 APRIL 2026 – KICK OFF PROGRAM “STEPS TO HEALTH” DI HOSPITAL SUNGAI SIPUT

Hospital Sungai Siput mengambil serius mengenai kesihatan bermula dengan staf. Hari ini, pada pukul 4 petang, Program “Steps to Health” telah dimulakan dengan acara Brisk Walk menjelajah Hospital Sungai Siput dengan penyertaan 60 orang staf. Syukur kepada Tuhan, cuaca menyebelahi perjalanan aktiviti satu jam ini. Pengelolaan acara ini oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Hospital Sungai Siput dimulakan dengan pengumuman pemenang pertandingan rekaan TShirt kelab, dan seterusnya diikuti dengan warm up. Selain daripada penyertaan staf dari semua unit, Ketua-ketua unit Edgenta turut turun padang dalam acara ini dan buat walkabout inspection dalam masa yang sama. Aktiviti ini turut berhasil untuk menyahut Cabaran Langkah Sihat Antara Jabatan Kesihatan Negeri, inisiatif Penjawat Awam Sihat Sejahtera (iPASS) ke arah Pembudayaan Hidup Sihat.

Pada 15 April 2026, Hospital Sungai Siput telah menerima lawatan pasukan perkhidmatan kepakaran Oftamologi Hospital Raja...
17/04/2026

Pada 15 April 2026, Hospital Sungai Siput telah menerima lawatan pasukan perkhidmatan kepakaran Oftamologi Hospital Raja Permaisuri Bainun(HRPB), dengan kehadiran Ketua Kepakaran Oftamologi Negeri Perak Dr Mimi Marina dan Timbalan Pengarah II HRPB, Dr Yu Fai Ying. Perkhidmatan Oftamologi disampaikan di Hospital Sungai Siput oleh lawatan pakar HRPB di Klinik Pakar Hospital. Kerjasama dan ukhwah sekian lama telah menghasilkan perancangan supaya perkhidmatan kepakaran oftamologi yang lebih menyenangkan serta mengurangkan masa menunggu pesakit oftamologi negeri Perak boleh dilaksanakan masa hadapan.

It is a great honour for me to assume the role of hosp Director of Hospital Sungai Siput effective 30 March 2026. I am g...
15/04/2026

It is a great honour for me to assume the role of hosp Director of Hospital Sungai Siput effective 30 March 2026. I am glad to connect with you in this new capacity.

Over the past 2 weeks, I have met the exuberant dedicated team of Hospital Sungai Siput. I am excited to introduce some of them to you through these photo albums in our smallscale Raya lunch celebration yesterday. I will work strategically with them to drive transformational initiatives connecting people, process and technology to continually provide safe healthcare access and quality patient care for our community.

Our top priority remains to deliver quality and seamless patient healthcare services every single day. As Hari Raya Aidilfitri is drawing to an end, we would like to extend our warmest wishes to those who observed the fasting month and celebrating Hari Raya. May it be a joyous and blessed festive season! It is out of a heart of gratitude that we are committed to providing reliable operations and consistent service standards, ensuring smooth and comfortable stay as some present with healthcare needs. Beyond striving to ensure seamless care for our patients, we continue to foster good relationships with our strategic partners to deliver greater value and strengthened position within our community.

At Hospital Sungai Siput, your safety remains at the heart of what we do. It is a privilege to be part of your life, and we hope your experience with us is eased. We thank you for supporting us in our operations here within your community and wish you the best of health!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Ikhlas, Foo

Hari ini saya berpeluang mengunjungi Pusat Transit Kesihatan JAKOA Sungai Siput, Perak bersama Dr Haikal bin Suhairi dan...
06/04/2026

Hari ini saya berpeluang mengunjungi Pusat Transit Kesihatan JAKOA Sungai Siput, Perak bersama Dr Haikal bin Suhairi dan pegawai perubatan dari PKD Kuala Kangsar. Penjagaan pesakit di pusat ini yang berkekuatan 70 katil dalam 3 wad diuruskan oleh satu pasukan yang penuh dedikasi dan kasih sayang ❤️

Diharapkan kerjasama untuk memajukan pengurusan Kesihatan orang Asli boleh diusahakan secara berterusan.

Pada 31 Mac 2026, Saya telah bersuai kenal dengan Duta Program Kenali Ubat di Hospital Sungai Siput, diiringi oleh Cik N...
06/04/2026

Pada 31 Mac 2026, Saya telah bersuai kenal dengan Duta Program Kenali Ubat di Hospital Sungai Siput, diiringi oleh Cik Nurul Akmam, Ketua Unit Farmasi dan Puan Siti Fatimah. Peranan duta-duta dan rakan-rakan Hospital Sungai Siput yang mengambil berat dari komuniti ini amatlah dihargai. Diharapkan lepas ini lebih banyak aktiviti yang bermanfaat untuk rakyat boleh dilaksanakan bersama-sama.

Address

Jalan Felda Lasah
Perak Darul Ridzuan
31100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengarah Hospital Sungai Siput posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pengarah Hospital Sungai Siput:

Share