08/05/2026
Betul ke hibah penyakit kritikal tak penting??
Hibah penyakit kritikal ialah pelan perlindungan yang memberi sejumlah wang tunai sekaligus apabila pencarum disahkan menghidap penyakit kritikal seperti kanser, strok, serangan jantung, buah pinggang, dan lain-lain penyakit yang dilindungi dalam polisi takaful.
Ramai orang ingat bila sakit, hospital sahaja yang penting. Tapi sebenarnya bila kena penyakit kritikal, perkara paling mencabar ialah kehilangan pendapatan dan kos hidup harian.
Contohnya:
* tak mampu bekerja untuk tempoh lama
* perlu ulang-alik rawatan
* guna duit simpanan keluarga
* pasangan atau anak terjejas kewangan
Dengan hibah penyakit kritikal:
✅ Ada duit tunai untuk tampung komitmen bulanan
✅ Boleh jadi income replacement ketika tak boleh bekerja
✅ Tidak perlu bergantung pada simpanan semata-mata
✅ Boleh bantu kos rawatan, ubat, penjagaan dan keperluan keluarga
Contoh mudah:
Caruman serendah RM50 sebulan boleh bantu sediakan manfaat hibah sehingga RM100,000 (bergantung umur & kelayakan).
Kalau ditakdirkan disahkan sakit kritikal, duit hibah itu akan dibayar kepada pencarum untuk digunakan mengikut keperluan sendiri.
Orang selalu kata:
“Selagi sihat, semua nampak tak penting. Tapi bila diuji sakit, baru sedar besarnya nilai perlindungan.”
Sebab itu hibah penyakit kritikal bukan untuk orang sakit sahaja — tapi untuk orang yang masih sihat dan mahu bersedia awal.