22/02/2022
Bismillahirrahmanirrahim...
Apabila client tanya, " kak Jannah tak bukak kedai ka?"
"Macam mana nak jumpa nak urut dengan Jannah ni?"
First of all...saya nak perjelaskan...sebenarnya Bilik Rawatan Jejawi saya tak buka sepanjang hari untuk walk-in.. Walk-in tu maksud dia,, boleh mai bila bila macam kita pi kedai runcit...kedai makan..
Jika betui nak booking, mai Whatsapp nombor saya dan mai pada waktu tersebut. Maklumat saya akan hantar melalui Whatsapp. Boleh juga tengok di IG saya : jannahbashah_therapist_urut
Oleh kerana bahan terapi, produk Minyak Urut , Garam semua ni saya "proses" sendiri.. Sambil baca wirid zikir ringkas ..jadi tak buat secara komersial..di kilang ka..
sendiri punya production.. Jika YAKIN, boleh cuba.. Jika Was was , tak pa..cuba ja dahulu.. Produk terapi ni bukan gantikan ubat doktor.. Dan semua untuk luaran sahaja.. Tak ada bahan mistik, jin2 apa tak pakai..
Jadi ada masa saya urut, ada masa saya dok buat production.. Ada masa nak kena pos.. Ada masa saya memang kena rehatkan badan.. Hilangkan bisa bisa aura tak sihat selepas mengurut..
Mungkin ada yang rasa mengurut 1, 2 jam tu kerja simple ,tapi bagi saya ia ibarat sebuah peperangan.. Kena bersedia ruh, mental, fizikal.