Advanced Medical and Dental Institute, USM

Advanced Medical and Dental Institute, USM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Advanced Medical and Dental Institute, USM, Permatang Bertam.

Anyone interested to do Postdoc under my supervision? here is the calls for Postdoc positionPENAWARAN FELO PASCA DOKTORA...
06/12/2023

Anyone interested to do Postdoc under my supervision? here is the calls for Postdoc position

PENAWARAN FELO PASCA DOKTORAL (FPD) USM 2024
Tarikh: 6 Disember 2023

Dekan/ Pengarah/ Ketua Jabatan
Pusat Pengajian/ Pusat Kecemerlangan/
Pusat Perkhidmatan/ Jabatan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

YBhg. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

PENAWARAN FELO PASCA DOKTORAL (FPD) USM 2024

Dengan segala hormatanya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Universiti akan menawarkan permohonan Felo Pasca Doktoral bagi tahun 2024 bertujuan mendapatkan kepakaran yang dapat menyumbang kepada aktiviti dan pembangunan penyelidikan di Universiti. Tarikh kemasukan/ lapor diri FPD adalah pada:

1 April 2024 – Kemasukan Pertama
1 Jun 2024 – Kemasukan Kedua

3. Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan Iklan Penawaran Felo Pasca Doktoral USM 2024 berserta kriteria, maklumat pelantikan dan borang permohonan bagi tujuan hebahan/ iklan di peringkat PTJ serta kepada semua staf akademik dan pelajar.

4. Borang permohonan yang lengkap perlu melalui dan mendapatkan perakuan di peringkat PTJ kemudian dikemukakan berserta dokumen sokongan secara soft-copy (melalui e-mel) selewat-lewatnya pada 19 Januari 2024 kepada:

Perkara: Penawaran Skim Felo Pasca Doktoral (FPD) Tahun 2024
Emel: fpd@usm.my

5. Untuk makluman, satu taklimat mengenai cara semakan dan proses permohonan akan diadakan kepada semua Pembantu Tadbir di PTJ secara atas talian. Bagi staf yang ingin mengikuti taklimat ini, sukacita sekiranya dapat mengisi maklumat di Microsoft Form di bawah:

Tarikh: 13 Disember 2023 (Rabu)
Masa: 2.00 petang
Pautan Pendaftaran: https://forms.office.com/r/1FGsM1cuv8?origin=lprLink

Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/ Prof./ Dr./ tuan/ puan dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

EN. SHUKERI A. RAHAMAN
Timbalan Pendaftar
Bahagian Penyelidikan dan Inovasi

Address

Permatang Bertam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Advanced Medical and Dental Institute, USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share