Surau Al-Mukmin Hospital Seberang Jaya

Surau Al-Mukmin Hospital Seberang Jaya Medium dakwah komuniti Hospital Seberang Jaya dan penduduk setempat

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐀𝐋-𝐌𝐔𝐊𝐌𝐈𝐍 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓26 Mac, Rabu - Mesyuarat Agung Surau Al-Mukmin Hospital Seber...
27/03/2025

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐀𝐋-𝐌𝐔𝐊𝐌𝐈𝐍 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓

26 Mac, Rabu - Mesyuarat Agung Surau Al-Mukmin Hospital Seberang Jaya bagi tahun 2025 telah berjaya diadakan bertempat di Dewan Mutiara. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh seramai 44 orang dan telah dirasmikan oleh Dr. Farah Ardila bt Ibrahim, Timbalan Pengarah (Perubatan) 2 Hospital Seberang Jaya.

Mesyuarat ini membincangkan laporan aktiviti dan kewangan surau sepanjang tahun lalu serta merancang program dan inisiatif untuk tahun mendatang. Semoga segala perancangan yang dibincangkan dapat memperkukuhkan peranan surau sebagai pusat ibadah dan kebajikan bagi warga hospital dan masyarakat setempat.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi sokongan. Semoga usaha kita dalam memartabatkan institusi surau ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.


27/03/2025

Video Montaj Mesyuarat Agung Surau Al-Mukmin Hospital Seberang Jaya 2025

JEMPUTAN PROGRAM QIAMULLAIL PERDANAAssalamualaikum WBT & Salam Ramadan. Dengan penuh takzim, Unit Hal Ehwal Islam Hospit...
21/03/2025

JEMPUTAN PROGRAM QIAMULLAIL PERDANA

Assalamualaikum WBT & Salam Ramadan.

Dengan penuh takzim, Unit Hal Ehwal Islam Hospital Seberang Jaya menjemput semua untuk bersama-sama menyertai program Qiamullail Perdana Peringkat Hospital Seberang Jaya bagi meraih keberkatan dalam bulan Ramadan.

🕌 QIAMULLAIL PERDANA
📅 Sabtu, 22 Mac 2025
⏰ 4.30 pagi
📍 Surau Al-Mukmin, Hospital Seberang Jaya

✨ Sahur disediakan ✨

Marilah kita menghidupkan 10 Malam terakhir Ramadan dengan tingkatkan ibadah, memohon keampunan, dan meraih rahmat Allah SWT.

Jemput hadir & sebarkan!

Jazakumullahu khairan.

21/03/2025

Bingkisan Program Gotong-Royong Bubur Lambuk 1446H/2025 Peringkat Hospital Seberang Jaya 😊😊😊 #𝘙𝘢𝘮𝘢𝘥𝘢𝘯1446𝘏

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐔𝐊 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀20 𝘔𝘢𝘤, 𝘒𝘩𝘢𝘮𝘪𝘴- 𝘜𝘯𝘪𝘵 𝘏𝘢𝘭 𝘌𝘩𝘸𝘢𝘭 𝘐𝘴𝘭𝘢𝘮 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢...
20/03/2025

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐔𝐊 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀

20 𝘔𝘢𝘤, 𝘒𝘩𝘢𝘮𝘪𝘴- 𝘜𝘯𝘪𝘵 𝘏𝘢𝘭 𝘌𝘩𝘸𝘢𝘭 𝘐𝘴𝘭𝘢𝘮 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘑𝘢𝘸𝘢𝘵𝘢𝘯𝘬𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘏𝘰𝘴𝘱𝘪𝘵𝘢𝘭 𝘔𝘦𝘴𝘳𝘢 𝘐𝘣𝘢𝘥𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘚𝘶𝘳𝘢𝘶 𝘈𝘭-𝘔𝘶𝘬𝘮𝘪𝘯 𝘏𝘰𝘴𝘱𝘪𝘵𝘢𝘭 𝘚𝘦𝘣𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘑𝘢𝘺𝘢 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘥𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘗𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮 𝘎𝘰𝘵𝘰𝘯𝘨-𝘙𝘰𝘺𝘰𝘯𝘨 𝘉𝘶𝘣𝘶𝘳 𝘓𝘢𝘮𝘣𝘶𝘬 1446𝘏/2025 𝘗𝘦𝘳𝘪𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵 𝘏𝘰𝘴𝘱𝘪𝘵𝘢𝘭 𝘚𝘦𝘣𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘑𝘢𝘺𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘶𝘩 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘶𝘩𝘪𝘣𝘢𝘩! 🌙✨

𝘗𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮 𝘣𝘦𝘳𝘮𝘶𝘭𝘢 𝘴𝘦𝘢𝘸𝘢𝘭 𝘫𝘢𝘮 8.00 𝘱𝘢𝘨𝘪 𝘥𝘪 𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘜𝘯𝘪𝘵 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯𝘨𝘬𝘶𝘵𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘺𝘦𝘳𝘵𝘢𝘢𝘯 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 40 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘯𝘨𝘨𝘰𝘵𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘱𝘦𝘭𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘶𝘯𝘪𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘨𝘢𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘩𝘶 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘱𝘦𝘯𝘺𝘦𝘥𝘪𝘢𝘢𝘯 𝘣𝘶𝘣𝘶𝘳 𝘭𝘢𝘮𝘣𝘶𝘬. 𝘒𝘦𝘩𝘢𝘥𝘪𝘳𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳𝘢𝘩 𝘏𝘰𝘴𝘱𝘪𝘵𝘢𝘭, 𝘋𝘳. 𝘚𝘩𝘢𝘮𝘦𝘯𝘪 𝘚𝘶𝘯𝘢𝘴𝘶𝘯𝘥𝘳𝘢𝘮, 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘸𝘢𝘬𝘪𝘭 𝘈𝘩𝘭𝘪 𝘓𝘦𝘮𝘣𝘢𝘨𝘢 𝘗𝘦𝘭𝘢𝘸𝘢𝘵 𝘏𝘰𝘴𝘱𝘪𝘵𝘢𝘭 𝘚𝘦𝘣𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘑𝘢𝘺𝘢 𝘵𝘶𝘳𝘶𝘵 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘮𝘢𝘳𝘢𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘴𝘶𝘢𝘴𝘢𝘯𝘢. 𝘔𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳 𝘩𝘢𝘵𝘪 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘶𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘺𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮 𝘪𝘯𝘪.

𝘚𝘦𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬 1,500 𝘱𝘦𝘬 𝘣𝘶𝘣𝘶𝘳 𝘭𝘢𝘮𝘣𝘶𝘬 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘫𝘢𝘺𝘢 𝘥𝘪𝘦𝘥𝘢𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘦𝘭𝘶𝘳𝘶𝘩 𝘸𝘢𝘳𝘨𝘢 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢 𝘏𝘰𝘴𝘱𝘪𝘵𝘢𝘭 𝘚𝘦𝘣𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘑𝘢𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘵𝘢𝘯𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘩𝘢𝘳𝘨𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘱𝘦𝘯𝘢 𝘣𝘶𝘭𝘢𝘯 𝘙𝘢𝘮𝘢𝘥𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘶𝘭𝘪𝘢 𝘪𝘯𝘪.

𝘛𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢 𝘬𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘪𝘣𝘢𝘵! 𝘚𝘦𝘮𝘰𝘨𝘢 𝘢𝘮𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘪 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘸𝘢 𝘬𝘦𝘣𝘦𝘳𝘬𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘳𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘶𝘬𝘩𝘶𝘸𝘢𝘩 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘬𝘪𝘵𝘢. 🤝💖

#𝘎𝘰𝘵𝘰𝘯𝘨𝘙𝘰𝘺𝘰𝘯𝘨𝘉𝘶𝘣𝘶𝘳𝘓𝘢𝘮𝘣𝘶𝘬
#𝘏𝘰𝘴𝘱𝘪𝘵𝘢𝘭𝘚𝘦𝘣𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨𝘑𝘢𝘺𝘢
#𝘙𝘢𝘮𝘢𝘥𝘢𝘯1446𝘏

🌙✨ Salam Ramadan 1446H/2025 ✨🌙بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan ber...
01/03/2025

🌙✨ Salam Ramadan 1446H/2025 ✨🌙

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, agar kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah: 183)

Alhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan penuh keberkatan, Ramadan Al-Mubarak. Semoga bulan yang mulia ini menjadi medan untuk kita meningkatkan ketakwaan, memperbanyakkan amal ibadah, serta meraih keampunan dan rahmat daripada Allah SWT.

Kami dari Unit Hal Ehwal Islam, Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah & Jawatankuasa Surau Al-Mukmin, Hospital Seberang Jaya mengucapkan Salam Ramadan kepada semua warga hospital, pesakit, dan keluarga mereka.

💖 Mari bersama-sama:
✅ Memperbanyakkan ibadah & doa
✅ Membaca & mentadabbur Al-Quran
✅ Memanfaatkan peluang bersedekah
✅ Memupuk kesabaran & ukhuwah

Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan dan kesejahteraan kepada kita semua.

🤲 Ya Allah, terimalah amalan kami dan jadikanlah Ramadan ini yang terbaik buat kami. Aamiin.

🌙 Ramadan Kareem! 🌙
Ikhlas daripada:
🕌 Unit Hal Ehwal Islam
🕌 Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah
🕌 Jawatankuasa Surau Al-Mukmin
🏥 Hospital Seberang Jaya

JUALAN SAMBIL MENDERMADapatkan Kalendar Takwim Hijrah 2025 daripada Surau Al-Mukmin, Hospital Seberang Jaya!✨ Apa yang m...
13/12/2024

JUALAN SAMBIL MENDERMA

Dapatkan Kalendar Takwim Hijrah 2025 daripada Surau Al-Mukmin, Hospital Seberang Jaya!

✨ Apa yang menarik tentang kalendar ini?
📏 Saiz A4 - Mudah digantung dan dibawa.
🕌 Waktu Solat - Memudahkan urusan ibadah harian.
📅 Cuti Sekolah & Cuti Umum - Membantu perancangan keluarga.

💰 Harga: RM10 sahaja!

🔗 Hasil jualan ini akan disalurkan untuk dana dan aktiviti kebajikan surau. Mari bersama-sama menyumbang sambil memperoleh manfaat.

📞 Untuk tempahan, hubungi:

Kak Lin: 016-5177959
PPK Arif: 011-57685019
PPK Rajmin: 019-5726448
Amin: 013-4318133
📲 Anda juga boleh menyumbang terus melalui DuitNow ke akaun Bank Islam 07052010018712 atas nama Surau Al-Mukmin, Hospital Seberang Jaya.

Tempah sekarang!
Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama beramal.



Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhSukacitanya menjemput semua untuk menghadiri Majlis Khatam Al-Quran Anak-Anak ...
13/12/2024

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sukacitanya menjemput semua untuk menghadiri Majlis Khatam Al-Quran Anak-Anak Anggota Hospital Seberang Jaya.

📅 Tarikh: 13 Disember 2024 (Jumaat)
⏰ Masa: 5.30 petang – 8.30 malam
📍 Tempat: Surau Al-Mukmin, Hospital Seberang Jaya

🌟 Program ini turut diserikan dengan Kuliah Maghrib Jemputan oleh Ustaz Fairuz Yusof. Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan majlis ini dan mengambil keberkatan darinya.

🍽️ Jamuan makan akan disediakan selepas solat Isyak.

Semua dijemput hadir, bawa bersama keluarga tercinta!
Semoga kehadiran kita diberkati Allah SWT.

Jom Ngaji! 😁

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀  24 𝑆𝑒𝑝𝑡𝑒𝑚𝑏𝑒𝑟 2024, 𝑆𝑒𝑙𝑎𝑠𝑎 - 𝐻𝑜𝑠𝑝𝑖𝑡𝑎𝑙 𝑆𝑒𝑏𝑒𝑟𝑎𝑛...
27/09/2024

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀

24 𝑆𝑒𝑝𝑡𝑒𝑚𝑏𝑒𝑟 2024, 𝑆𝑒𝑙𝑎𝑠𝑎 - 𝐻𝑜𝑠𝑝𝑖𝑡𝑎𝑙 𝑆𝑒𝑏𝑒𝑟𝑎𝑛𝑔 𝐽𝑎𝑦𝑎 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑑𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑀𝑎𝑗𝑙𝑖𝑠 𝑆𝑎𝑚𝑏𝑢𝑡𝑎𝑛 𝑀𝑎𝑢𝑙𝑖𝑑𝑢𝑟 𝑅𝑎𝑠𝑢𝑙 1446𝐻 𝑑𝑖 𝐷𝑒𝑤𝑎𝑛 𝑀𝑢𝑡𝑖𝑎𝑟𝑎 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑘𝑒ℎ𝑎𝑑𝑖𝑟𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑚𝑝𝑖𝑟 100 𝑘𝑎𝑘𝑖𝑡𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 ℎ𝑜𝑠𝑝𝑖𝑡𝑎𝑙 𝑑𝑎𝑟𝑖 𝑝𝑒𝑙𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 𝑗𝑎𝑤𝑎𝑡𝑎𝑛.

𝑀𝑎𝑗𝑙𝑖𝑠 𝑑𝑖𝑚𝑢𝑙𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑢𝑐𝑎𝑝𝑎𝑛 𝑎𝑙𝑢𝑎𝑛 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑌𝐵𝑟𝑠. 𝐷𝑟. 𝑆𝑖𝑡𝑖 𝐴𝑖𝑠𝑦𝑎ℎ 𝑏𝑡 𝑆𝑎𝑙𝑒ℎ𝑢𝑑𝑖𝑛, 𝑇𝑖𝑚𝑏𝑎𝑙𝑎𝑛 𝑃𝑒𝑛𝑔𝑎𝑟𝑎ℎ (𝑃𝑒𝑟𝑢𝑏𝑎𝑡𝑎𝑛) 𝐼𝐼 𝐻𝑜𝑠𝑝𝑖𝑡𝑎𝑙 𝑆𝑒𝑏𝑒𝑟𝑎𝑛𝑔 𝐽𝑎𝑦𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑚𝑢𝑑𝑖𝑎𝑛 𝑦𝑎 𝑑𝑖𝑠𝑢𝑠𝑢𝑙𝑖 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑐𝑒𝑟𝑎𝑚𝑎ℎ 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑖𝑠𝑖𝑎𝑛 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑝𝑒𝑛𝑐𝑒𝑟𝑎𝑚𝑎ℎ 𝑗𝑒𝑚𝑝𝑢𝑡𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑝𝑒𝑟𝑡𝑖 Da'i Hamidah , 𝑇𝑖𝑙𝑎𝑤𝑎ℎ 𝐴𝑙-𝑄𝑢𝑟𝑎𝑛 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐽𝑜ℎ𝑎𝑛 𝑄𝑎𝑟𝑖 𝑇𝑖𝑙𝑎𝑤𝑎ℎ 𝐴𝑙-𝑄𝑢𝑟𝑎𝑛 𝑃𝑒𝑟𝑖𝑛𝑔𝑘𝑎𝑡 𝑁𝑒𝑔𝑒𝑟𝑖 𝑃𝑢𝑙𝑎𝑢 𝑃𝑖𝑛𝑎𝑛𝑔 𝑈𝑠𝑡𝑎𝑧 𝑈𝑚𝑎𝑟 𝑆𝑦𝑎𝑧𝑢𝑙𝑖, 𝑑𝑎𝑛 𝑃𝑒𝑛𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎ℎ 𝐵𝑒𝑏𝑎𝑠 𝑈𝑠𝑡𝑎𝑧 𝐻𝑎𝑓𝑖𝑓𝑖 𝐷𝑜𝑛, 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑚𝑝𝑎𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑛𝑡𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑒𝑛𝑡𝑖𝑛𝑔𝑛𝑦𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑒𝑙𝑎𝑑𝑎𝑛𝑖 𝑎𝑘ℎ𝑙𝑎𝑘 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑢𝑛𝑛𝑎ℎ 𝑅𝑎𝑠𝑢𝑙𝑢𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑆𝐴𝑊.

𝑀𝑎𝑗𝑙𝑖𝑠 𝑑𝑖𝑠𝑒𝑟𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑙𝑎𝑔𝑖 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑠𝑒𝑚𝑏𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑄𝑎𝑠𝑖𝑑𝑎ℎ 𝑖𝑛𝑑𝑎ℎ 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑘𝑢𝑚𝑝𝑢𝑙𝑎𝑛 𝐹𝑎𝑡𝑡𝑎𝑏𝑖𝑜𝑢𝑛𝑖 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑢𝑟𝑢𝑡 𝑚𝑒𝑛𝑔ℎ𝑖𝑑𝑢𝑝𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑢𝑎𝑠𝑎𝑛𝑎 𝑚𝑎𝑗𝑙𝑖𝑠. 𝑃𝑟𝑜𝑔𝑟𝑎𝑚 𝑖𝑛𝑖 𝑗𝑢𝑔𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑘𝑒𝑟𝑗𝑎𝑠𝑎𝑚𝑎 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑌𝑎𝑦𝑎𝑠𝑎𝑛 𝑃𝑒𝑚𝑏𝑎𝑛𝑔𝑢𝑛𝑎𝑛 𝐸𝑘𝑜𝑛𝑜𝑚𝑖 𝐼𝑠𝑙𝑎𝑚 Malaysia YAPEIM (Official) 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑛𝑎𝑛𝑡𝑖𝑎𝑠𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖 𝑡𝑢𝑛𝑗𝑎𝑛𝑔 𝑢𝑡𝑎𝑚𝑎 𝑠𝑜𝑘𝑜𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 kami.

𝑇𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑘𝑎𝑠𝑖ℎ 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑠𝑒𝑚𝑢𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 ℎ𝑎𝑑𝑖𝑟 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑦𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑎𝑗𝑙𝑖𝑠 𝑖𝑛𝑖. 𝑆𝑒𝑚𝑜𝑔𝑎 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑡𝑒𝑟𝑢𝑠 𝑑𝑖𝑏𝑒𝑟𝑘𝑎𝑡𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑚𝑒𝑛𝑔ℎ𝑎𝑦𝑎𝑡𝑖 𝑠𝑒𝑚𝑎𝑛𝑔𝑎𝑡 𝑀𝑎𝑢𝑙𝑖𝑑𝑢𝑟 𝑅𝑎𝑠𝑢𝑙 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑘𝑒ℎ𝑖𝑑𝑢𝑝𝑎𝑛 𝑠𝑒ℎ𝑎𝑟𝑖𝑎𝑛. 🌹

#𝑀𝑎𝑢𝑙𝑖𝑑𝑢𝑟𝑅𝑎𝑠𝑢𝑙1446𝐻 #𝐻𝑜𝑠𝑝𝑖𝑡𝑎𝑙𝑆𝑒𝑏𝑒𝑟𝑎𝑛𝑔𝐽𝑎𝑦𝑎

Address

Permatang Janggus

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Mukmin Hospital Seberang Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category