13/04/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada semua staff DBM Hospital serta para tetamu jemputan yang telah sudi meluangkan masa untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan Majlis Rumah Terbuka DBM bagi tahun 2026.
Kehadiran tuan/puan amat kami hargai kerana bukan sahaja menyerikan suasana majlis, malah turut mencerminkan sokongan berterusan, kepercayaan serta hubungan erat yang terjalin antara pihak hospital dan komuniti. Dedikasi, komitmen serta kerjasama padu yang ditunjukkan oleh seluruh staf dalam memastikan kelancaran majlis ini juga amat kami sanjungi.
Semoga jalinan silaturrahim yang terbina ini akan terus kekal erat dan diperkukuhkan pada masa hadapan. Di kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua. Semoga Syawal yang diraikan membawa keberkatan, kebahagiaan dan kesejahteraan buat kita semua.
Sekian, terima kasih.