NutreeGo Sacha Inchi- Team Ust Zamri

NutreeGo Sacha Inchi- Team Ust Zamri Sacha Inchi Nutreego Original Top #3 Di Malaysia Tercatat Jualan Paling Laris Pada Tahun 2021.

Peranan Air Kelapa Terhadap DiabetesDiabetes mellitus adalah penyakit kronik yang disebabkan oleh pengeluaran yang tidak...
02/08/2022

Peranan Air Kelapa Terhadap Diabetes
Diabetes mellitus adalah penyakit kronik yang disebabkan oleh pengeluaran yang tidak mencukupi oleh insulin pankreas atau badan tidak menggunakan insulin dengan cara yang betul. Terdapat tiga jenis diabetes seperti tahap1, tahap 2 terutamanya dan penyakit kencing manis semasa mengandung. Diabetes adalah salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat Amerika lebih 10 juta orang mempunyai satu bentuk diabetes.
Air kelapa asli dari buah kelapa adalah selamat dan bersih. Mineral air kelapa adalah sama dengan sel-sel yang anda perlukan untuk kesejahteraan, termasuk kalsium, besi, kalium, zink, natrium, tembaga dan zink.
Air kelapa, diekstrak daripada kelapa hijau adalah sangat sihat. Kelapa mempunyai indeks glisemik rendah, rendah karbohidrat, serat yang tinggi, dan protein. Setiap auns kelapa parut mengandungi sekitar 5 gram serat. Anda perlu mengambil 30 – 35 gram serat setiap hari.
Kelapa mempunyai pelbagai ciri-ciri pemakanan yang boleh membantu dalam rawatan penyakit yang berbeza seperti kencing manis. Ia adalah baik untuk pesakit kencing manis kerana ia mempunyai pelbagai nutrien yang diperlukan untuk menguruskan gula darah.

5 Kesan Stress Terhadap Kesihatan Tubuh Badan SeseorangMasalah jantung dan angin ahmar. Masalah stress akan menyebabkan ...
27/07/2022

5 Kesan Stress Terhadap Kesihatan Tubuh Badan Seseorang
Masalah jantung dan angin ahmar. Masalah stress akan menyebabkan kandungan lemak dalam saluran darah meningkat. Jika perkara ini berlaku dalam jangka masa yang panjang, ia akan menyebabkan kandungan lemak yang meningkat ini mendap dan terkumpul dalam saluran darah. Perkara ini akhirnya menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan akhirnya pengaliran darah ke organ terlibat akan berkurangan. Jika perkara ini berlaku pada organ jantung, ia akan menyebabkan serangan jantung dan masalah strok atau angin ahmar untuk organ otak.
Perkara ini juga mengundang kepada masalah kencing manis. Hal ini kerana, stress akan memberi respons agar pankreas kurang menghasilkan hormon insulin. Hormon ini p**a penting bagi memecahkan kandungan gula dalam badan.
Senario stress ini juga boleh mengakibatkan masalah insomnia. Seperti yang kita sedia maklum, keadaan stress akan menyebabkan fikiran seseorang terganggu. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang menghadapi kecelaruan minda dan akhirnya susah untuk mereka tenang serta tidur. Kurang tidur juga memberikan kesan kepada produktiviti seseorang dan juga akhirnya menyebabkan seseorang bertambah stress.
Mudah untuk dijangkiti sakit penyakit. Stress akan menghasilkan beberapa hormon yang digunakan untuk menghadapi situasi stress. Namun hormon ini akan menyebabkan sistem imuniti badan menjadi lemah. Keadaan ini p**a memberi kesan kepada daya tahan seseorang terhadap jangkitan. Oleh itu, pesakit akan lebih mudah dijangkiti penyakit.
Stress akan menyebabkan seseorang mengalami keradangan gastrik ataupun ketumbuhan ulser pada perut. Fenomena stress akan merangsang penghasilan asid berlebihan dalam perut. Asid yang terlalu banyak akan menyebabkan irritasi pada lapisan perut. Perkara ini akhirnya menyebabkan perut cedera ataupun ketumbuhan uls

Address

SEKSYEN 17 PETALING JAYA
Petaling Jaya
46400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NutreeGo Sacha Inchi- Team Ust Zamri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram