18/10/2025
Anak tidur, tapi tak sedar-sedar.
Dua hari pertama cuma demam.
Mak suap ubat, lap dahi, peluk anak yang menggigil.
Doktor kata influenza. Rehat cukup, nanti baik sendiri.
Tapi malam ketiga, semuanya berubah.
Anak senyap. Mata terbuka tapi tak menyahut bila dipanggil.
Lehernya kaku. Tangan mula kejang. Suhu makin tinggi.
Beberapa saat kemudian, sawan datang.
Jeritan mak bergema.
Nama anak dipanggil berulang kali, tapi tiada sahutan.
Dalam perjalanan ke hospital, doa mak cuma satu,
“Tolonglah, jangan ambil anak aku.”
Ramai ibu bapa tak tahu, virus influenza bukan sekadar jangkitan paru-paru.
Dalam kes tertentu, virus ini boleh menyerang otak dan selaput otak,
menyebabkan encephalitis atau meningitis, dua keadaan yang boleh meragut nyawa jika lambat dirawat.
Tanda-tanda bahaya yang perlu diperhatikan:
• Anak keliru atau terlalu mengantuk
• Sawan
• Sakit kepala kuat dan leher kaku
• Tak tahan cahaya
• Muntah berulang dan demam tinggi berpanjangan
Apabila virus sudah sampai ke otak, setiap minit yang kita tunggu boleh membawa akibat besar.
Anak yang tadi cuma demam, boleh tiba-tiba tidak sedarkan diri dalam masa beberapa jam.
Influenza bukan sekadar demam biasa.
Jika anak nampak lain dari biasa, segera ke hospital.
Lebih cepat dirawat, lebih besar peluang untuk diselamatkan.
Kerana dalam banyak kisah kehilangan, semuanya bermula dengan satu ayat yang sama
“Mak ingat demam biasa.”