Aku Dah Slim

Aku Dah Slim Saya nak berkongsi kepentingan penjagaan kesihatan tubuh badan dan cara-cara melakukan dengan betul.

18/03/2023

Salam Ramadhan...

09/03/2023

Sehari lagi hari ni sambung perkongsian tentang amalan hidup sihat. Semoga perkongsian ini akan memberi manafaat pada semua.

Hidup ini singkat, berubahlah ketika kita punya kesempatan. Karena suatu saat ketika kita ingin berubah, kita tak punya kesempatan.

Mulakan Sekarang! Masa Tidak Menunggu Sesiapa!

Tahniah myluv. Berkat usaha dan kesungguhan   untuk menjadi lebih sihat. 1. Sanggup makan dan belanja untuk nutrisi herb...
31/01/2023

Tahniah myluv. Berkat usaha dan kesungguhan untuk menjadi lebih sihat.

1. Sanggup makan dan belanja untuk nutrisi herbalife daripada hari2 makan ubat dan menanggung sakit serta obesity. ifollow u!

2. Sanggup jadi Coach walaupun sibuk hanya untuk berkongsikan kebaikan kepada sesiapa sahaja supaya mereka semua sama2 mendapatkan manafaatnya. ifollow u!

3. Sanggup membuang lemak2 yang dah bertahun2 simpan hanya untuk hilangkan sakit lutut dan sebab saya tak kΓΉat nak tolong angkat πŸ˜… ilega u! πŸ˜‚

Sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al-Isra' ayat 7 yang bermaksud:

"Sekiranya kamu berbuat baik, sesungguhnya kamu berbuat baik untuk diri kamu sendiri."

Juga Sabda Rasulullah saw (Hadis Riwayat at-Thabrani,) yang maksudnya:

"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain."

Alhamdulillah... apa pun usaha, harus dimulakan... doa mengiringi... sabar dan redho penentu kejayaan.

To our Coach Gideon and all ours Club Fitnest321 members ...
tq tq tq
luv u luv u luv u



Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: β€œRebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sih...
21/01/2023

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: β€œRebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Dari 5 perkara tu, salah satunya ialah "Sehat sebelum sakit"

Kesehatan merupakan kurnia dan nikmat yang sering kali terlupakan. Rasulullah SAW pernah mengatakan dalam kesempatan lain bahwa sehat dan waktu adalah dua nikmat yang banyak manusia tertipu. Mereka menyangka bahwa keduanya adalah sesuatu yang sewajarnya, padahal itu nikmat terbaik yang diberikan Allah SWT pada setiap hamba-Nya.

Masa juga tidak menunggu kita, jangan lagi bertangguh untuk hidup secara sehat. Saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk berubah. Alhamdulillah sekarang saya rasa lebih sehat dan ceria.

Kalau ikutkan walaupun dah makan ubat darah tinggi dan kolestrol lebih dari 10 tahun, sakitnya tetap tidak mau baik dan sakit lain p**a mendatang. Tapi setelah saya ubah gaya hidup saya dengan permakanan bernutrisi dan seimbang, kesihatan saya beransur baik dan pulih pada tahap normal.

Jadi saya sarankan bersegeralah pada 5 perkara yang baik sebelum datangnya 5 perkara yang sebaliknya.

Tercabar juga adik saya ni... 🀭 ooopss... anak saya!.. πŸ˜…Mana taknya, dah sama slim sama muda! 😁. Alhamdulillah.Apapun sa...
10/01/2023

Tercabar juga adik saya ni... 🀭 ooopss... anak saya!.. πŸ˜…

Mana taknya, dah sama slim sama muda! 😁. Alhamdulillah.

Apapun saya cakap dengan anak saya jangan tunggu bila sakit baru nak berubat, bila gemok baru nak kurus, sama jer dengan ibadah2 lain. Masa remaja nilah nak mulakan apa2 juga tabiat yang baik. Lama kelamaan menjadi kebiasaan dan kelaziman yang dapat membantu kita nak sihat cergas dan istiqomah.

Jangan sudah terhantuk baru tengadah!. Kalau sempat... alhamdlillah, kalau tak sempat... innalillah jer lah. Takdir sejak azali lagi telah ditentukan. Tapi kita dibekalkan dengan ilmu dan doa sebagai alat membantu kita memilih takdir yang baik2.

Sebahagian dari surah ar-ra'd ayat 11 ... ..Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri....

Puasa pun dah tak lama lagi, kalau nak turunkan berat badan setakat 10 ke 15 kilo sempat lagi ni!. 😁 Boleh ler raya nanti melaram baju saiz M ke S ... tak payah nak tempah2 beli kat pasar malam pun ada saiz dah.

Tapi yang utama ialah kita turunkan berat badan agar kita sihat dan cergas. Bila dah sihat cergas, solat pun selesa. Berdiri lama ke duduk lama ke bersimpuh lama ke... semua selesa jer. Tak der nak komplen2 sakit2 lutut sakit sendi bagai...

Ni bukan testimoni orang lain atau cakap2 orang... ni testimoni saya sendiri dan isteri saya. Doktor amat gembira dengan perubahan kesihatan kami. Walaupun isteri saya masih dalam perjalanan mencapai berat ideal, tapi penurunan berat 13 kg dalam masa 5 bulan dah cukup untuk membantu memperbaiki masalah kesihatan sedia ada.

Kalau di club fitnes321, tempat kami bersilaturahim bersama rakan2 yang baru dan lama, bermacam2 berita gembira kami dengar dari minggu ke minggu. Syukur Alhamdulillah kami ditunjukan jalan untuk keluar dari masalah kesihatan kami.

Cara yang terbaik untuk bersyukur atas apa jua nikmatnya... ialah berkongsi tentang kebaikan dan manafaa nya. Diri kita harta kita.. terp**anglah pada kita untuk menjaga amanahnya. Pilihlah yang baik2 saja

Semoga kita semua sihat, bahagia, berjaya dunia dan akhirat...

01/01/2023

Diri kita hak kita untuk jaga... sebab ia adalah amanah Allah pada kita. Sama2 belajar serba sedikit tentang apa yang kita makan... termasuk ubat-ubatan yang kita ambil. Saya pun baru belajar... 😁

Credit dr mani

Selamat tahun baru 2023... melabuhkan tirai 2022 di club fitnest321 bersama warga sihat dan cergas. Di sini semua mempun...
31/12/2022

Selamat tahun baru 2023... melabuhkan tirai 2022 di club fitnest321 bersama warga sihat dan cergas. Di sini semua mempunyai azam yang sama... untuk sihat dan cergas.

Sebenarnya apa pun azam kita setiap tahun tentunya sesuatu yang ingin kita dapat miliki. Tak kiralah sama ada ianya satu keperluan atau keinginan.

Setakat cakap-cakap jer... 2023 tetap kita akan tempuhi. Azam tinggal azam jerlah. Pasal tiada tindakan, lain jika dah usaha tapi masih tak tercapai... jadinya azam yang seterusnya lebih menjurus kepada cara perlaksanaan yang lebih baik dan betul bagi tujuan mencapai apa yang kita azamkan.

Taniah pada bro afrizal... turun berat badan 25kg dalam masa 12 bulan. Apakah dah tercapai azamnya... azamnya ialah mencapai berat badan ideal... jadi tentulah belum sebab dia kata ada lagi 10kg untuk diturunkan untuk mencapai azamnya... Gagal ker dia... mungkin juga.. tapi bila dah dimulakan atau diusahakan, pencapaian tetap ada ... kalau target 35kg, usaha setahun... dapat 25kg, okey ke okey...

2023... azam yg sama mencapai berat badan ideal!. tapi hanya perlu turun 10kg jer lagi.. mudah ke mudah!...

Bukan nak bersenam bagaipun... cuma perlu makan dan makan!... iyer... makan dan makan!.

Kalau nak testimoni... berpuluh puluh boleh bagi, ni baru 1 club, ada beratus lagi club lain jika nak. Kalau takut testimoni scam datang jer ke club fitnest321... testimoni life!... dengar sendiri dari tuan punya badan. Rata-rata warga club ni tak kisah sangat pun turun berat badan tu!.. walaupun dah slim melim, penampilan yang lebih menarik tapi cerita mereka lebih teruja tentang kesihatan mereka sekarang.. 😲

Mereka akan kata lebih sihat... segar dan cegas dan yang lebih menariknya hasil pemeriksaan kesihatan mereka bertambah baik. Biasanya 3 serangkai ni jadi topik utama... semua bacaan back to normal!..

So... selamat tahun baru 2023. Jika azam anda seperti kami... jom bersama kami membina warga sihat dan cergas....

tq tq tq ...

Salam Zohor... semoga kita sentiasa mengekalkan sifat kehambaan dan ketaatan padanya.Dah makan... ada yang sebelum solat...
21/12/2022

Salam Zohor... semoga kita sentiasa mengekalkan sifat kehambaan dan ketaatan padanya.

Dah makan... ada yang sebelum solat ada yang selepas solat... ok jer. Asal tak mengganggu fikiran kita semasa solat oklah. 😁

Saya sentiasa diajukan persoalan-persoalan tentang kepayahan menyediakan makanan tengahari semasa program pengurusan berat badan. Sedangkan "MEAL PLAN" yang dicadangkan mengikut keperluan setiap individu adalah berdasarkan keperluan yang sepatutnya. Juga pemilihan makanan sewaktu beriadah atau menghadiri jamuan kenduri kendara.

Saya dah hampir 5 bulan!... perkara barukan!. Mula-mula rasa lecehler sikit. Tapi lama kelamaan menjadi biasa dan merasa lebih prihatin terhadap apa yang nak dimasukkan kedalam mulut.

Saya juga beriadah, kenduri.kendara apatah lagi kenduri kawin. Hampir setiap bulan ada jer jemputan.. kadang sehari tu sampai dua tiga... πŸ˜…

Jadinya jangan jadikan makanan itu sebagai alasan jika mau menikmati kesihatan tubuh badan yang baik. Luar sana banyak jer makanan yang "healthy meal" yang sedap-sedap dan kita tetap slim dan sihat! πŸ˜‹

Jika masih nak makan macam biasa, kita sanggup makan ubat setiap hari... dan akhirnya sakit melarat makan apa pun tak boleh...

Jika nak ubah cara permakanan sihat, kita pun tak sanggup asik makan ubat jer, akhirnya penyakit bersansur pulih dan kita boleh makan apa kita s**a seterusnya...

Pilihan ditangan kita... untuk diri kita... dan kesejahteraan keluarga kita.



Rasa bertuah pagi semalam dapat menyumbangkan tenaga untuk kempen kesihatan melahirkan warga sihat dan cergas. Bersama S...
18/12/2022

Rasa bertuah pagi semalam dapat menyumbangkan tenaga untuk kempen kesihatan melahirkan warga sihat dan cergas. Bersama Senior coach bertempat di taman bandaran kelana jaya untuk berkongsi dengan komuniti setempat tentang gaya hidup sihat dan cergas.

Sambil tu kita juga menyediakan minuman berkhasiat kepada komuniti yang sedang beraktiviti agar merasa lebih bertenaga dan cergas.


Salam Jumaat, selamat pagi!.  Segala sesuatu sihat mahupun sakit bermula dari apa yang kita suap masuk kedalam mulut kit...
16/12/2022

Salam Jumaat, selamat pagi!.

Segala sesuatu sihat mahupun sakit bermula dari apa yang kita suap masuk kedalam mulut kita.

Kesihatan kita sebenarnya amat berkait rapat dengan pemakanan. Sebab itu, orang yang tidak menjaga pemakanannya mudah menghidap pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi dan sebagainya.

Apabila perut terlalu kenyang, perasaan malas akan mula menghantui diri kita termasuk malas untuk melakukan amal ibadat.

Sebab itu, dalam islam, Rasulullah SAW telah menunjukkan tatacara pengambilan makanan secara sederhana.

β€œTidak ada ruang yang diisi oleh manusia yang lebih buruk daripada perutnya, cukuplah baginya memakan beberapa suapan sekadar dapat menegakkan tulang punggungnya (memberikan tenaga). Jika tidak mampu, maka ia dapat memenuhkan perutnya dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk nafasnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Cumanya kita tidak mengambil kira pesanan dan tunjuk ajar nabi kita. Hanya setelah ribuan tahun ahli sains dengan teknologi terkini mendapati bahawa tubuh badan kita memerlukan makanan yang seimbang dan mencukupi sesuai dengan tubuh badan kita.

Biasanya bila kita sudah berumur dan mulai merasa tidak berapa sihat dan lemah, atau pun sudah mula ada salah satu penyakit 3 serangkai tu, samaada darah tinggi, kolestrol tinggi atau kencing manis barulah kita berikhtiar berubat.

Saya juga tak terlepas dari masalah ini. Pada saya selalgi "halalan toiyiban" sapu segala apa yang selera dimata memandang, sedap rasa ditekak, pulun semuat perut yang ada... πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Akhirnya satu-satu penyakit duk singgah dalam badan. Mula-mula darah tinggi lepas tu kolestrol tinggi dan lepas tu gula tinggi. Pelbagai suppliment, bermacam herba, makanan sunnah sewajibnya dan segala akar daun kayu dicuba. Ubat doktor tak payah kiraler, percumakan. Lebih sepuluh tahun menanggung.

Walaupun begitu, setiap kali temujanji dengan doktor, saya sentiasa dinasihatkam makan ubat. Jemu dah rasa nak menelan ubat setiap pagi dan malam. Bila saya tanya doktor " boleh baik ke doktor?" atau " sampai bila nak makan ubat ni?" Doktor cuma advise suruh kecilkan perut. Dalam kata lain turunkan berat badan!.

Segala senamam dicuba, tapi hangat-hangat 'tahi ayam', ialah mana larat dengan susuk badan yang berat masa tu saiz pinggang 38 tentulah s**ar nak sustain dan selera makan pun subhanallah...

Hinggalah terjumpa dengan produk herbalife ni. Bagus ke bagus? Sebab mylove dah start dan saya nampak perubahan pada diri mylove tu dan juga atas sebab hari-hari mylove suruh makan sama (so fahamlah yer πŸ˜…) jadi saya pun joinlah jugak.

Bermulahlah episod saya jadi warga herbalife!. Ada coach permakanan weiii... saya ingat bila join beli produk dan makan jerlah ikut aturan. Rupa-rupanya lebih dari itu. Ada Coach yang akan membimbing dan beri tunjuk ajar juga mengajar tentang cara permakanan seimbang dan penjagaan kesihatan badan.

Pendek cerita, yang.penting result "A++"
Darah tinggi "NORMAL"
kolestrol tinggi "NORMAL"
Gula tinggi "NORMAL"
Dan secara tak lansung derita resdung sudah berkurangan dengat amat ketara. Tiada lagi bau busuk dalam pernafasan juga kes**aran bernafas. Alhamdulillah, atas izinnya dan perancangannya saya kembali rasa sihat semula.

Jadinya apa yang saya nak katakan ialah...
1. Nabi dah ajar kita tak ikut.
2. Makan ikut waktu dan selera kita.
3. Makan ubat bila sakit dan
yang paling win....
4. Masuk hospital kita ada insuran tanggung segala... kalau tak ada ... hospital kerajaan ada!. 😁

Bila saya berdepan dengan Coach saya, jauh dihati saya rasa segan yang amat sangat, kerana setiap saranan cara permakanan seimbang ni seperti yang telah nabi anjurkan. Contohnya minum air waktu pagi, sarapan atau makan secukupnya sahaja dan waktu makan malam sebaiknya sebelum jam 8 dan tidur sebaiknya jam 10. Push Stop!

Sekarang saya jadi Coach juga, saya nak kongsikan cara betul amalan permakanan yang seimbang selaras dengan sunnah rasul kita. Juga dalam masa yang sama tetap sebagai Coach mengajar Al-quran...

Dengan harapan semoga jasmani dan rohani kita sihat dan cergas, agar dapat melakukan ibadah dengan sempurna!... insyaAllah.

Terima Kasih kerana sudi membaca...

tq tq tq

πŸ˜… faham.ke faham!

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Selamat Pagi!... Cergas bersemangat 🦾Ramai kawan-kawan mula dah bertanya apa rahsia sa...
13/12/2022

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Selamat Pagi!... Cergas bersemangat 🦾

Ramai kawan-kawan mula dah bertanya apa rahsia saya slim-melim ni? sakit ker ? makan ubat kurus ker? pergi gym ker? dan bermacam-macam lagi persoalan kawan-kawan, terutamanya yang dulu pernah cuba berbagai cara untuk turunkan berat badan, tapi tak mau juga selim-melim.

Bila saya cakap saya tak ambil ubat, saya sihat, saya tak pegi gym mereka kurang yakin pada jawapan saya, tapi tak boleh nak dinafikan, memang penampilan susuk badan saya amat jelas berbeza dari beberapa bulan yang lalu.

Bagi saya pengalaman saya mengajar al-quran secara sepenuh masa hampir 7 tahun dan masih l;agi mengajar, merasakan apa yang berlaku pada diri saya, dapat menurunkan berat badan, kesihatan saya bertambah baik dan dengan penampilan yang lebih meyakinkan, seharusnya saya boleh gunakan juga untuk memberi manafaat pada orang lain.

Saya rasa membantu orang ramai menjadi sihat adalah kerja mulia. Fardhu kifayah! sama seperti apa yang saya buat sekarang saya belajar dan saya mengajar.

Jadi apa yang saya belajar ialah untuk turunkan berat badan dan sihat secara semulajadi atau secara alami, perkara utama ialah dengan permakanan yang seimbang mengikut keperluan kita. Itulah yang saya lakukan dan itu jugalah yang akan saya ajarkan.
Ada juga yang komen, lecehlah, ambil masa lama, mahal lah, dan pelbagai-bagai alasan yang tiada kesudahannya. Apa yang saya boleh katakan, apa hasil yang saya dapat itulah yang saya buat.
Nak cerita lebih-lebih saya bukan pakar, saya cuma berkongsi atas ilmu yang saya belajar dan saya faham.

"APA KATA PAKAR" jom kita kongsi bersama... baca jangan skip!
Orang ramai yang berhasrat menurunkan berat badan dinasihat mengamalkan pemakanan seimbang dan tidak terburu-buru untuk melihat perubahan ketara dalam tempoh singkat.

Pegawai pemakanan s**an Program FitMalaysia X, Noor Kamsina Aziz berkata kadar penurunan berat badan yang ideal adalah antara 500 gram (g) hingga 1 kilogram (kg) sahaja dalam tempoh seminggu.

Jelasnya, jika kadar penurunan berat badan berlaku secara mendadak sehingga 2kg setiap minggu, ia dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan dan menurunkan kadar metabolisme badan.
"Pada peringkat awal, kalau turun sehingga 2kg itu normal, mungkin berat air. Tapi kalau setiap minggu turun sampai 2kg, itu terlebih, tidak sihat. Nampak badan semakin kurus tapi dari segi kesihatan, tidak sihat dan tidak cergas.

"Selalunya ia akan membahayakan kesihatan sehingga mengganggu metabolisme, selain boleh melambatkan proses pemulihan (otot) selepas senaman dan sudah pasti badan akan lebih cepat penat sekali gus mengganggu emosi dan mental individu berkenaan.

"Apa yang penting kita seronok tengok kemajuan berlaku pada badan dan kesihatan kita, bukan paksa diri untuk tengok angka berat yang semakin menurun," katanya kepada Bernama selepas Majlis Penyampaian Anugerah Peserta Terbaik Program FitMalaysia X siri Angkatan Tentera Malaysia (ATM), hari ini.

Noor Kamsina menjelaskan bagi memastikan badan dalam keadaan bertenaga walaupun terpaksa mengurangkan kuantiti makanan dan melakukan senaman, mereka perlu memastikan pengambilan kalori adalah mencukupi mengikut keperluan badan masing-masing bagi membolehkan defisit kalori berlaku.

Katanya, pengambilan kalori seimbang adalah melalui makronutrien iaitu makanan yang membantu tubuh badan dan membentuk tenaga, terdiri daripada tiga bahagian utama makanan iaitu lemak, protein dan karbohidrat.

Sementara itu, peserta terbaik program berkenaan, Koperal Mohd Fariuddin Ismail berjaya menurunkan berat badan sebanyak 14kg dalam masa lapan minggu.

Beliau yang sebelum ini memiliki berat badan 114kg, mengakui masih belum berpuas hati dengan berat badan terkininya 100kg dan berhasrat untuk meneruskan apa yang dipelajari dalam program berkenaan untuk mencapai berat badan ideal 80kg.
Katanya, cabaran utama dalam proses penurunan berat badan adalah mengubah tabiat pemakanan, namun beliau bertekad untuk membuat perubahan itu bagi mencapai misinya dan kehendak dalam perkhidmatan.

Sumber artikel - BERNAMA

Pegawai pemakanan s**an Program FitMalaysia X, Noor Kamsina Aziz. - Foto ihsan stadiumastro.

Address

97-1, Jalan PJU 1A/41B, Pusat Dagangan NZX, Ara Jaya
Petaling Jaya
47301

Telephone

+60193811043

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aku Dah Slim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Aku Dah Slim:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram