18/01/2026
"Ingat boleh qada tidur, rupanya makin hancur."
Jam dah nak pukul 10 malam. Esok kerja, tapi mata korang masih bulat macam burung hantu.
Kenapa jadi macam ni?
Sebab pagi tadi korang bantai tidur sampai matahari terpacak atas kepala dengan alasan nak qada tidur.
Kononnya nak rehat, tapi sebenarnya korang dah rosakkan jam badan sendiri.
Istilah dia: SOCIAL JETLAG.
Badan korang sekarang tengah keliru. Otak ingat masih waktu rehat, tapi esok pagi loceng bunyi paksa bangun. Akibatnya, esok pagi korang akan bangun dengan mood ke laut, kepala berat, dan rasa nak marah satu ofis.
Dah la badan tengah "jammed", esok pagi korang tambah lagi satu bala: Sarapan Manis.
Roti canai banjir, teh tarik manis leting, atau cereal penuh gula.
Memang sedap. Memang rasa segar sekejap.
Tapi itu semua tenaga tipu (scam).
Pukul 10.00 pagi nanti, gula tu akan jatuh mendadak (Sugar Crash).
Masa tu la mata mula layu, fokus hilang, dan produktiviti jadi kosong. Isnin korang akan rasa sangat panjang dan menyeksakan.
Jadi nasi dah jadi bubur, tidur dah terlajak siang tadi. Macam mana nak selamatkan Isnin esok?
Dua benda je kena buat esok pagi:
1. Paksa diri kena matahari
Buka tingkap luas-luas atau jalan kaki kat luar sekejap. Cahaya matahari tu signal untuk otak berhenti keluarkan hormon tidur.
2. Makan protein, bukan gula
Tukar roti manis tu kepada telur separuh masak atau nasi lemak (kurangkan nasi, lebihkan telur/ikan bilis). Protein bagi tenaga yang tahan lama, tak macam gula yang cepat naik cepat turun.
Selamat mengharungi Isnin Blues esok. Bertabahlah.