27/02/2026
Unfollow atau scroll laju2 saja
Pernah tak anda tertanya-tanya, kenapa sesetengah individu di media sosial ini makin teruk dikecam, makin pelik dan ekstrem perangai yang mereka tunjukkan?
Kita ingat bila kita maki hamun dan kutuk beramai-ramai, mereka akan malu dan berhenti.
Realiti Pahit: Individu seperti ini ibarat BADUT DI ATAS PENTAS.
Anda rasa anda sedang menghukum mereka, tetapi hakikatnya tangan anda yang rancak menaip kecaman itulah yang sedang tolong pegangkan lampu 'spotlight' untuk mereka!
Dalam ilmu Psikologi Tingkah Laku, ini dipanggil 'Attention-Seeking Behavior'. Bagi individu yang dahagakan perhatian (seperti mereka yang mempunyai ciri-ciri Histrionic), mereka tidak mencari untuk "dis**ai". Mereka cuma mencari "perhatian".
Sama ada anda memuji atau mencaci, bagi otak mereka, ia adalah satu bentuk ganjaran (Negative Reinforcement).
• Makin ramai yang berkumpul untuk marah = Makin ekstrem persembahan mereka.
• Makin kuat suara kecaman = Makin tinggi 'algorithm' dan 'engagement' mereka.
Bagaimana cara paling berkesan untuk hentikan trend ini?
Sains psikologi memanggilnya proses EXTINCTION (Pelupusan).
Caranya? ABAIKAN SEPENUHNYA. (Ignore & Block).
Apabila orang ramai mula menekan butang 'unfollow', berhenti meninggalkan komen (walaupun komen marah), dan dewan mula kosong tanpa penonton... si badut akhirnya akan berhenti menari kerana lampu 'spotlight' sudah malap.
Berhenti merosakkan kesihatan mental anda sendiri untuk melayan drama mereka. Hukuman yang paling menyeksa jiwa seorang pancing perhatian (attention seeker) adalah KESUNYIAN.
Lepas ini, jika anda nampak lagi 'badut' sedang buat hal di timeline anda, apa tindakan bijak yang anda akan buat?
Kecam atau 'Scroll' laju-laju?