22/06/2023
𝗕𝗢𝗜𝗞𝗢𝗧 𝗚𝗥𝗔𝗕
Tak cakap banyak. Uninstall terus. Tak payah tunggu penjelasan. Puas hati dengan penjelasan baru install semula. Bukannya tunggu penjelasan baru uninstall. Ini hal kedaulatan dan keadilan. Kenapa nak bela penjenayah? Mentang-mentang duduk dalam NASDAQ, terus jadi tali barut ke?
Ramai lagi rakyat Malaysia yang bodoh tentang sejarah GRAB ni dan maki kerajaan kerana tak melabur dalam GRAB. Kononnya Malaysia terlepas dalam peluang unicorn company. Saya bukan nak jadi macai politik, sekadar nak membetulkan beberapa tuduhan dan sembang kencang netizen. GRAB asalnya hanyalah sebuah aplikasi "busuk" dengan nama MyTeksi. Aplikasi pun tak kemas tapi mendapat sokongan dan bantuan agensi kerajaan.
Betul ke GRAB tak pernah dibantu kerajaan? SALAH. GRAB antara penerima dana startup kerajaan di bawah CradleFund, sebuah syarikat/agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada tahun 2012 dulu. MyTeksi asalnya hanyalah sebuah aplikasi penjejak teksi dan pernah diiklankan sebagai antara langkah kerajaan dalam membantu pemandu teksi mendapatkan pelanggan.
Apabila berkembang sebagai GRAB, lain p**a jadinya apabila GRAB mula bergerak sebagai platform perkongsian kereta. Banyak pergeseran dan tentangan dibuat oleh persatuan pemandu teksi. Akan tetapi, kerajaan pada ketika itu dilihat "melindungi" GRAB. Sampaikan, pernah dituduh GRAB adalah syarikat isteri perdana menteri pada ketika itu. Makna kata, pembangkang ketika itu menuduh kerajaan telah banyak menyuntik dana kepada GRAB.
Pada tahun 2021, GRAB telah tersenarai ke dalam NASDAQ melalui Singapura. Ini setelah GRAB mendapat pelaburan daripada syarikat Amerika Syarikat, Altimeter Growth Corp. GRAB telah berpindah ke Singapura dan bertukar menjadi sebuah syarikat Singapura atas beberapa faktor seperti kemudahan NASDAQ dan pelepasan cukai. Jadi, pusat operasi dan ibu pejabat GRAB yang dahulunya berpusat di Malaysia telah dipindahkan ke Singapura. CEO GRAB juga telah mendapat kerakyatan Singapura.
Tiba-tiba sahaja, pihak sama yang pernah menuduh GRAB sebagai syarikat anak emas kerajaan Malaysia dan banyak menerima dana dari kerajaan Malaysia mula bertukar nada. Sekarang ini, mereka kata kerajaan tak pernah bantu GRAB p**a(???). Siapakah CEO GRAB? Salah seorang CEO dan pengasas GRAB/MyTeksi ialah Anthony Tan. Siapakah Anthony Tan? Anak kepada Tan Hew Chew. Siapakah Tan Hew Chew? Presiden Tan Chong Motor. Siapakah Tan Chong Motor? Syarikat pemasangan dan pengedaran Nissan bagi wilayah Asia Tenggara.
Melihatkan sejarah dan susur galur keluarga GRAB, sebanyak mana lagi dana dan bantuan kerajaan yang layak diberi kepada mereka? Hari ini, kita memuji tindakan seorang pemandu GRAB rakyat Malaysia yang menegur pemandu kereta Singapura yang mencuri subsidi petrol negara kita walaupun diserang, dan diugut. Sebaliknya, GRAB dikatakan telah mengambil tindakan membuang pemandu GRAB tadi. (Masih tiada penjelasan rasmi dari GRAB sehingga artikel ini ditulis) Sudahlah tidak membela kebajikan dan keselamatan pekerja, GRAB malahan membela penjenayah p**a.
Rujukan:
1. https://vulcanpost.com/624177/malaysia-memorable-startup-funded-by-cradle/
2. https://cradle.com.my/
3. https://www.facebook.com/GrabMY/posts/were-saddened-to-hear-this-news-today-nazrin-and-cradle-fund-sdn-bhd-were-the-fi/1714814241940825/?paipv=0&eav=AfZWeLhvTnjAsZ-ZBnk8xyhLZjqyLmXOVneaKNUNA7YHuNSqEhfz3mq5xtdJj-Jll68&_rdr
4. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Anthony_Tan_(businessman) #:~:text=His%20father%2C%20Tan%20Heng%20Chew,in%20the%20Southeast%20Asia%20region.
5. https://www.tanchonggroup.com/
6. https://www.astroawani.com/berita-politik/sebelum-pru-kata-grab-rosmah-punya-selepas-pru-anthony-tan-punya-najib-200729
7. https://www.grab.com/sg/press/others/grab-to-trade-on-nasdaq-following-successful-business-combination-with-altimeter/ #:~:text=The%20business%20combination%20was%20approved,the%20ticker%20symbol%20%E2%80%9CGRAB.%E2%80%9D
8. https://theedgemalaysia.com/article/stories-year-malaysia-should-learn-missing-out-grab
9. https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=682430057249222&id=100064467020916&mibextid=Nif5oz