14/02/2026
Benarkah rawatan acupuncture lebih berkesan atau lebih bagus sewaktu berpuasa berbanding waktu tidak berpuasa ❓️ Kenapa ❓️
1️⃣ Badan kurang sibuk hadam makanan.
- Tenaga badan tak banyak pergi ke sistem pencernaan, jadi respon kepada rangsangan jarum boleh jadi lebih jelas (relaks, lega sakit, rasa aliran lancar).
2️⃣ Paras insulin lebih stabil/rendah.
- Masa puasa, turun naik gula darah kurang drastik → kurang inflamasi ringan → rawatan sakit sendi, radang, sakit kepala kadang respon lebih baik.
3️⃣ Sistem saraf lebih “sensitif”.
- Bila perut kosong, sesetengah orang lebih peka pada rangsangan badan → kesan deqi / sensasi jarum lebih mudah dicapai.
4️⃣ Dominasi parasympathetic (rest & repair).
- Puasa boleh galakkan keadaan badan lebih “healing mode”, jadi acupuncture yang memang activate sistem ni boleh jadi lebih sinergi.
5️⃣ Kurang ‘damp/food stagnation’ (dari sudut Oriental Medicine)
- Dalam konsep TCM, bila tak ada beban makanan, Qi flow terutama di middle jiao lebih ringan → senang nak gerakkan Qi & Blood.
---
❗️ Tapi bukan semua orang sesuai masa puasa. SIAPA YANG X SESUAI ?
1️⃣ Orang yg mudah pening / tekanan darah terlalu rendah.
Jarum + perut kosong boleh buat sesetengah orang rasa nak pitam, lemah, berpeluh sejuk.
2️⃣ Warga emas yang sangat lemah (Qi/Blood deficiency).
3️⃣ Pesakit hypoglycemia / diabetes tertentu.
Kalau gula darah drop, rawatan boleh jadi tak selesa atau bahaya.
🔍 Kesimpulan mudah
✅️ Untuk isu radang, sakit otot, stress, detox support
→ masa puasa selalunya respon cantik
❌️ Untuk pesakit yg lemah, warga emas, mudah pening, anxiety tinggi→ jika nak buat acupuncture, pilih waktu AWAL PAGI.