Klinik Safamedic - Damansara - 24 Jam

Klinik Safamedic - Damansara - 24 Jam Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Safamedic - Damansara - 24 Jam, Family doctor, NO 19, Jalan DANA 2, KAMPUNG SUNGAI KAYU ARA, Petaling Jaya.

Safamedic Clinics - Poliklinik Noriha at Bandar Utama Damansara provides Ultrasound Scan 2D 3D 4D, Detail Scan, Antenatal Care, Home Visit, STD Screening, Blood Test, Vaccination & Family Planning Services.

Perbezaan Leptospirosis & Hantavirus.Dua-dua memang boleh berkait dengan tikus, tetapi cara jangkitan dia sangat berbeza...
11/05/2026

Perbezaan Leptospirosis & Hantavirus.

Dua-dua memang boleh berkait dengan tikus, tetapi cara jangkitan dia sangat berbeza.

Leptospirosis biasanya dikaitkan dengan air atau tanah yang tercemar dengan kencing haiwan. Sebab itu risiko lebih tinggi bila terdedah kepada air banjir, longkang, lumpur, atau kawasan kotor, terutama kalau ada luka kecil pada kulit.

Hantavirus p**a lebih dikaitkan dengan habuk atau udara tercemar daripada najis, kencing atau air liur tikus yang sudah kering. Sebab itu najis tikus tak boleh terus disapu atau divakum, kerana partikel halus boleh berterbangan dan masuk ke saluran pernafasan.

Senang cerita, kalau leptospirosis, kita lebih risau tentang air tercemar. Kalau hantavirus, kita lebih risau tentang habuk tercemar. Nampak macam sama, tapi bahayanya datang melalui jalan yang berbeza.

Kalau ikut Malaysia, leptospirosis jauh lebih common.

Ia memang penyakit yang kita lebih biasa jumpa, terutama selepas banjir, aktiviti air terjun, sungai, longkang, lumpur, kawasan kebun atau tempat yang ada air/tanah tercemar. Leptospirosis juga memang penyakit yang dipantau dan dilaporkan di Malaysia.

Rawatan pun berbeza.

Leptospirosis disebabkan bakteria, jadi ia boleh dirawat dengan antibiotik. CDC menyatakan antibiotik seperti doxycycline atau penicillin digunakan, dan rawatan awal boleh membantu mengurangkan risiko penyakit menjadi teruk. Kes yang serius mungkin perlukan antibiotik melalui IV di hospital.

Hantavirus p**a disebabkan virus. Antibiotik tidak membunuh virus ini. Rawatan utama ialah sokongan badan sementara badan melawan jangkitan, terutama menjaga pernafasan, tekanan darah, cecair badan, buah pinggang dan komplikasi lain.

Jadi kalau jumpa tanda-tanda kehadiran tikus di rumah atau tempat kerja, jangan ambil mudah. Jaga kebersihan, kawal tikus, elak sentuhan dengan air tercemar, dan bersihkan najis tikus dengan cara yang betul. Ilmu kecil macam ini kadang-kadang boleh melindungi nyawa.

APA ITU URTI?URTI adalah kata singkatan di dalam Bahasa Inggeris iaitu ‘upper respiratory tract infection. URTI adalah s...
08/05/2026

APA ITU URTI?

URTI adalah kata singkatan di dalam Bahasa Inggeris iaitu ‘upper respiratory tract infection. URTI adalah sejenis jangkitan yang berlaku di laluan salur pernafasan atas. Bahagian tersebut adalah hidung, mulut, farinks dan larinks.

Antara simptom URTI adalah:
• Batuk
• Sakit tekak
• Hidung tersumbat
• Hidung berair
• Sakit kepala
• Bersin

Jika anda mengalami simptom-simptom seperti di atas dan di segera ke Klinik Safamedic yang berdekatan untuk dapatkan rawatan selanjutnya.

Pagi-pagi, ramai ibu bapa siapkan bekal anak dengan penuh kasih sayang.Yogurt masuk.Cereal masuk.Roti krim masuk.Air kot...
08/05/2026

Pagi-pagi, ramai ibu bapa siapkan bekal anak dengan penuh kasih sayang.

Yogurt masuk.
Cereal masuk.
Roti krim masuk.
Air kotak masuk.
Biskut pun masuk.

Nampak cantik.
Nampak lengkap.
Nampak macam bekal budak yang dijaga baik.

Tapi kadang-kadang, satu bekal yang nampak “comel” itu sebenarnya penuh gula tersembunyi.

Inilah masalahnya bila makanan ultra-proses dibungkus dengan imej sihat dan mesra kanak-kanak. Yogurt berperisa boleh tinggi gula. Cereal yang nampak ceria itu kadang-kadang lebih kepada manisan sarapan. Roti krim, air kotak dan biskut p**a menambah lagi jumlah gula tanpa kita sedar.

Anak bukan tak boleh makan langsung.
Tapi kalau ini jadi rutin setiap hari, lidah mereka akan makin biasa dengan rasa manis. Air kosong rasa tawar. Buah rasa kurang menarik. Makanan biasa pun mula dianggap “tak sedap”.

Lama-lama, kita bukan sekadar sediakan bekal.
Kita sedang latih selera anak untuk bergantung pada gula.

Tak perlu jadi ibu bapa yang sempurna.
Cukup jadi ibu bapa yang mula sedar.

Kalau boleh, cuba ubah sedikit demi sedikit.
Tukar air kotak kepada air kosong.
Kurangkan biskut manis.
Pilih roti biasa, telur, buah segar, atau yogurt tanpa gula tambahan.

Bekal yang baik bukan yang paling cantik dipandang.
Bekal yang baik ialah yang jaga tubuh anak, walaupun nampak sederhana.

Ramai orang masuk tandas awam dengan rasa geli pada toilet seat.Tapi hakikatnya, benda paling kotor dalam tandas awam se...
07/05/2026

Ramai orang masuk tandas awam dengan rasa geli pada toilet seat.
Tapi hakikatnya, benda paling kotor dalam tandas awam selalunya bukan tempat kita duduk.

Yang lebih bahaya sering kali ialah benda yang kita pegang tanpa sedar. Tombol pintu, flush lever, kepala paip, pemegang sinki, permukaan yang disentuh berulang kali oleh tangan yang belum dibasuh. Di situlah kuman lebih mudah berkumpul dan berpindah dari seorang ke seorang.

Antara kuman yang pernah ditemui pada permukaan tandas dan kawasan sekitarnya termasuk bakteria usus seperti E. coli, Klebsiella dan Enterococcus. Ada juga virus yang boleh menyebabkan muntah dan cirit-birit seperti norovirus dan rotavirus. Pada sesetengah permukaan, bakteria kulit seperti Staphylococcus aureus juga boleh ditemui. Dalam tandas yang sangat kotor, telur cacing dan organisma parasit tertentu juga boleh wujud.

Satu lagi risiko yang ramai tak nampak ialah “toilet plume”. Bila tandas dipam, terutama tanpa penutup, titisan halus boleh terhambur ke udara dan tersebar di sekitar mangkuk tandas. Titisan kecil ini boleh membawa bakteria dan virus dari dalam mangkuk, lalu jatuh ke permukaan berhampiran atau berlegar dalam udara, khususnya dalam ruang yang kecil dan kurang pengudaraan.

Kuman dalam tandas awam masuk ke badan melalui beberapa cara. Pertama, melalui sentuhan pada permukaan tercemar. Kedua, apabila tangan yang kotor menyentuh mata, hidung, mulut atau makanan. Ketiga, melalui penyedutan titisan halus dalam ruang tertutup. Keempat, melalui percikan air tandas. Dan jangan lupa satu “pengangkut kuman” yang sangat setia iaitu telefon bimbit yang dibawa masuk dan dipegang sepanjang berada di dalam tandas.

Apa yang lebih penting ialah amalan perlindungan yang praktikal. Jika risau, lapikkan seat dengan tisu atau gunakan seat cover. Jika ada penutup tandas, tutup sebelum flush. Elakkan sentuh muka sebelum basuh tangan. Basuh tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat. Jika tiada sabun, gunakan hand sanitizer sebagai langkah tambahan. Jika ada pilihan, keringkan tangan dengan tisu kertas. Dan cuba elakkan menggunakan telefon semasa di tandas.

Bagi ibu bapa p**a, meja menukar lampin juga perlu diberi perhatian. Lap sebelum dan selepas guna. Tangan perlu dibersihkan selepas itu. Kadang-kadang kita terlalu fokus melindungi anak daripada seat tandas, tetapi lupa permukaan lain yang jauh lebih kerap disentuh.
Jadi lain kali bila masuk tandas awam, jangan hanya pandang toilet seat.

CARA PENGGUNAAN INHALERHi/salam semuaPernah tak korang alami serangan asma atau semput. Inhaler dah guna tapi masih belu...
06/05/2026

CARA PENGGUNAAN INHALER

Hi/salam semua

Pernah tak korang alami serangan asma atau semput. Inhaler dah guna tapi masih belum lega, masih rasa sesak nafas 😰

Sebenarnya bagi serangan asma, rawatan kecemasan yang boleh dilakukan adalah menggunakan INHALER !

Tapi kenapa tak berkesan? Haa ini yang kritikal, ramai patient yang kami consult mengalami hal yang sama. Tapi bila ditanya, rupanya berpunca dari cara yang salah ! 😱😱

Meh sini, Kami nak ajarkan cara sebenar untuk gunakan inhaler.

Kenapa ek? 🤔
Sebabnya, jika cara salah, ada wap (ubatnya) yang keluar akan menyebabkan dos yang diterima berkurangan dan tidak mencukupi. Ini yang menyebabkan asma tidak lega dan masih sesak nafas ‼️

“Anak hidung berdarah, jangan terus baringkan.”Ramai orang masih buat benda yang sama bila anak tiba-tiba hidung berdara...
05/05/2026

“Anak hidung berdarah, jangan terus baringkan.”

Ramai orang masih buat benda yang sama bila anak tiba-tiba hidung berdarah. Terus suruh baring. Ada juga yang suruh dongak kepala ke atas. Niat memang mahu bantu, tapi cara itu sebenarnya salah.

Bila anak dibaringkan atau didongakkan, darah boleh mengalir ke belakang tekak. Anak boleh tersedak, batuk, loya atau muntah. Sebab itu, bila hidung berdarah, jangan paksa darah “masuk balik”. Biar ia keluar dengan cara yang betul.

Apa perlu buat?
1. Dudukkan anak dalam posisi tegak.
2. Tundukkan kepala sedikit ke depan.
3. Picit bahagian lembut hidung selama 10-15 minit tanpa lepaskan-lepaskan.
4. Suruh anak bernafas melalui mulut.
5. Kalau ada darah masuk ke mulut, ludahkan. Jangan telan.

Kalau masih tak berhenti selepas 20 minit, darah terlalu banyak, anak nampak lemah, pucat, pening, atau hidung berdarah berlaku selepas terjatuh atau terhantuk, terus bawa ke klinik atau jabatan kecemasan.

Kadang-kadang petua lama masih diwariskan tanpa semak semula. Bila nampak anak hidung berdarah, jangan panik. Cara yang betul nampak ringkas, tapi itulah yang paling selamat.

Selamat Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia!Klinik Safamedic Tutup pada 1 Mei 2026 dan akan beroperasi semula pa...
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia!

Klinik Safamedic Tutup pada 1 Mei 2026 dan akan beroperasi semula pada 2 Mei 2026

Terima kasih kepada semua pekerja di pelbagai bidang, daripada barisan hadapan hingga ke sektor industri, perkhidmatan, pendidikan, pertanian, kesihatan dan banyak lagi. Andalah nadi yang menggerakkan ekonomi serta kesejahteraan masyarakat.

Marilah kita terus menghargai nilai kerja keras, semangat perpaduan dan budaya saling menghormati dalam memastikan masa depan yang lebih baik untuk semua.

Balik je dari Klinik Kesihatan, mak ayah kita mesti bawa balik satu beg plastik besar penuh ubat. Pagi telan 3 biji, mal...
30/04/2026

Balik je dari Klinik Kesihatan, mak ayah kita mesti bawa balik satu beg plastik besar penuh ubat. Pagi telan 3 biji, malam telan 4 biji. Merah, putih, kuning. dah macam makan 'skittles'. Bila kita tengok, kita selalu cakap, "Alah, biasalah penyakit orang tua."

Sedap je kita normalize kan benda tu jadi macam 'Pakej VIP' bila dah pencen wajib ada 3 Serangkai (Darah Tinggi, Kencing Manis, Kolesterol). Macam tak sah kalau takde.

Bayangkan, hampir 7 dari 10 mak ayah kita sebenarnya tengah bertarung nyawa setiap hari nak pastikan jantung tak 'jammed' dan buah pinggang tak rosak.

Tapi yang paling kelakar (dan seram), kita yang muda ni asyik bebel kat mak ayah suruh pantang makan, padahal kita sendiri tengah gigih 'pre-order' pakej penyakit yang sama.

Pagi pekena teh tarik leleh, tengahari melantak teh ais balang, pukul 1 pagi p**a pekena nasi kandar kuah banjir. Bersenam p**a setahun sekali waktu Family Day syarikat.

Dengar sini, penyakit 3 serangkai ni bukan sejenis magik yang tiba-tiba wujud masa umur 60 tahun sebaik saja kita potong kek pencen. Ia dibina senyap-senyap bermula masa umur kita 20-an dan 30-an.

Waktu ni la pembuluh darah perlahan-lahan mula berkerak dengan sisa kolesterol. Pankreas kita p**a mula 'burnout' sebab hari-hari kena kerja keras pam insulin nak lawan gula yang kita teguk. Bila enjin badan dah rosak teruk, barulah simptom tu meletup keluar masa umur senja.

Hentikan mentaliti "nanti dah tua barulah diet".
Umur 60-an tu sepatutnya waktu untuk kita rehat, pergi masjid, main dengan cucu, dan travel tenang-tenang. Bukan waktu untuk beratur panjang ambil darah, telan ubat segenggam, dan menangis cucuk insulin kat perut sendiri hari-hari.

Sayang sikit badan tu. Kurangkan manis dalam minuman, mulakan berjalan kaki sikit-sikit. Jangan tempah tiket ke wad hospital terlalu awal. Bagitau kawan korang yang kalau order teh ais, dia punya 'extra manis' tu boleh buat potong kaki. Suruh dia beringat sikit.

Kekejangan otot berlaku apabila otot menegang dan anda tidak dapat merehatkan otot tersebut. Ianya menyakitkan dan boleh...
28/04/2026

Kekejangan otot berlaku apabila otot menegang dan anda tidak dapat merehatkan otot tersebut. Ianya menyakitkan dan boleh menimbulkan suasana panik🥺

Kekurangan air dalam badan, senaman yang kuat dan kekurangan zat merupakan antara punca.

Diet yang kaya dengan potasium, kalsium dan magnesium boleh membantu untuk mengurangkan masalah ini.☝

10/04/2026
Batuk yang tidak reda-reda? Jangan pandang remeh!❗ Batuk yang berpanjangan mungkin menunjukkan anda mengalami Batuk Koko...
09/04/2026

Batuk yang tidak reda-reda? Jangan pandang remeh!
❗ Batuk yang berpanjangan mungkin menunjukkan anda mengalami Batuk Kokol (pertussis)!
🦠 Berpunca dari bakteria Bordetella Pertussis.
🌬️ Sangat mudah tersebar melalui udara apabila pesakit batuk atau bersin.
🧒👧 Meskipun bayi dan kanak-kanak lebih mudah terjangkit, jangan salah anggap, semua usia tetap berisiko!
🚑 Tanda utamanya? Batuk yang berlarutan dari 1-2minggu hingga 2 bulan dengan bunyi “whoop” ketika menarik nafas sewaktu batuk.
Mencegah lebih baik dari mengubati. Batuk Kokol yang tidak dirawat boleh membawa lebih banyak komplikasi buruk.
Jadikan vaksin sebagai benteng perlindungan anda dan keluarga. 🛡️
Dapatkan vaksin untuk Batuk Kokol di Klinik Safamedic sekarang !

Address

NO 19, Jalan DANA 2, KAMPUNG SUNGAI KAYU ARA
Petaling Jaya
47400

Opening Hours

Monday 08:00 - 23:00
Tuesday 08:00 - 23:00
Wednesday 08:00 - 23:00
Thursday 08:00 - 23:00
Friday 08:00 - 23:00
Saturday 08:00 - 23:00
Sunday 08:00 - 22:00

Telephone

+60374969449

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Safamedic - Damansara - 24 Jam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Safamedic - Damansara - 24 Jam:

Share

Category