Stevia sweetener

Stevia sweetener Stevia. pengganti gula semula jadi nombor satu di dunia

GOUTSaya berpengalaman 10 tahun mengidap gaut. Saya tak mampu solat dengan sempurna kerana lutut bengkak dan tak boleh d...
12/11/2016

GOUT

Saya berpengalaman 10 tahun mengidap gaut. Saya tak mampu solat dengan sempurna kerana lutut bengkak dan tak boleh dibengkokkan.

Saudara saya beri kapsul Gout dari Amerika..! Saya minum 2 hari, sakitnya cuma berkurang sedikit saja.

Dengan izin Allah swt saya ditemukan dengan orang Lamongan, umurnya 110 tahun, masih gagah, anaknya yang umur 90 tahun kelihatan lebih tua darinya.

Dia tanya saya, "Sakit apa ya..?"

Saya jawab, "Gout Pak..!"

"Cuba cari sebiji nanas yang masak dan satu batang lobak putih kira-kira 250 gram. Dikisar dan tambah 3 biji buah keras. Jadikan minuman Jus lalu diminum sekaligus..!" Katanya.

"Berapa kali minumnya..?" Tanya saya lagi.

"Sekali saja cukup. Untuk penjagaan yang berterusan minumlah 3 bulan sekali..!" Katanya menegaskan.

Saya buat sebagaimana yang diajarkan. Gout saya dah hilang sama sekali. Sembuh sepenuhnya Alhamdulillah..!

Saya teruskan tiap 3 bulan sekali hingga bertahun-tahun. Ternyata Gout saya dah ucapkan selamat tinggal.

- 1 biji Nenas yang masak
- Lobak putih 250gm
- 3 biji Buah Keras.

⤴ utk kawan2 yg ada masalah Gout

SAKIT BELAKANG? (DEGENERATIVE DISC DISEASE)Assalamualaikum kpd semua pembaca SAP SUPPORT ORIGINAL. saya ingin kongsikan ...
11/11/2016

SAKIT BELAKANG? (DEGENERATIVE DISC DISEASE)
Assalamualaikum kpd semua pembaca SAP SUPPORT ORIGINAL. saya ingin kongsikan apa itu DEGENERATIVE DISC DISEASE. info ini agak panjang, so, kita baca slow2 hehe.
PENERANGAN:
---------------------------------
# Sakit belakang akut merupakan satu fenomena yang biasa terjadi. Boleh dikatakan antara 50 hingga 80 peratus daripada penduduk Malaysia yang berusia antara 25 hingga 60 tahun pernah mengalami masalah ini sekali dalam seumur hidup mereka.

# Dianggarkan, antara 12 hingga 26 peratus kanak-kanak dan remaja juga mengalami sakit belakang. Kebanyakkan kecederaan belakang terjadi bila-bila masa sahaja, oleh yang demikian, jagalah belakang anda sentiasa dan di mana sahaja. Tulang belakang anda adalah antara tulang yang amat penting dan ia sentiasa bekerja walaupun semasa anda tidur.

# Apabila anda mengalami sakit belakang, secara automatik ia akan menyukarkan aktiviti seharian anda. Duduk, berjalan dan membongkok boleh menyebabkan kesakitan yang menusuk, rasa berdenyut dan kebas.

# Masalah sakit belakang adalah masalah yang biasa dihidapi. Dianggarkan lebih 90 peratus penduduk Malaysia akan mengalami masalah sakit belakang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kita.

# Sakit belakang antara lain disebabkan oleh disk tergelincir (slipped disk) atau turut dikenali sebagai disk hernia atau disk pecah (herniated disc atau ruptured disk).

# Struktur sokongan belakang secara kasar terdiri daripada tulang vertebra, tulang lembut/disk intervertebral, sendi, ligamen dan otot.

# Pada tulang belakang terdapat satu terowong yang dilalui oleh saraf tunjang dan penghujung saraf tunjang. Masalah sakit belakang boleh berpunca daripada kecederaan pada otot, ligamen, sendi, disk dan vertebra.

# Jatuh atau kemalangan, aktiviti lasak atau teknik mengangkat barang yang salah dan juga faktor usia merupakan penyebab biasa kecederaan tulang belakang.

# Disk tergelincir adalah satu masalah kecederaan pada tulang lembut/disk yang juga dikenali sebagai diska intervertebral. Masalah ini kerap berlaku pada peringkat umur 30 hingga 50 tahun.

# Disk intervertebral p**a bolehlah diumpamakan sekeping tulang lembut di antara tulang vertebra. Ia terdiri daripada satu tisu yang kuat (annulus fibrosus) di mana di dalamnya terkandung sejenis bahan yang lembut yang dikenali sebagai nucleus polposus.

# kecederaan pada disk intervertebral boleh menyebabkan kerosakan pada annulus fibrosus. Akibatnya, ia akan menjadi bengkak dan seringkali juga pecah pada disk intervertebral.

# Bengkak yang berlaku akan menekan urat saraf yang terletak di belakangnya. Keadaan akan menjadi lebih serius apabila ia pecah menyebabkan isinya atau nucleus polposus keluar dan menekan urat saraf.

# Di antara segmen tulang belakang terdapat rawan(disk) yang bertindak sebagai penyerap hentakan. Semakin usia seseorang itu meningkat, rawan akan menjadi lemah lalu terbonjol keluar dan menekan urat-urat saraf. Ini boleh meyebabkan rasa sakit yang amat sangat yang akan merebak turun ke kaki sehingga pesakit akan mengalami kebas dan lemah kaki.
SAKIT BELAKANG KETIKA KEHAMILAN
-------------------------------
# Sakit belakang semasa mengandung adalah perkara biasa yang berlaku. Ia selalunya berlaku pada bahagian tengah atau bawah tulang belakang. Selalunya ia semakin teruk bila usia kandungan meningkat.

# Kebanyakan masalah ini tidaklah begitu serius. Bagaimanapun, sekiranya ia berlaku dengan cepat atau disertai dengan tanda-tanda lain seperti pendarahan dan sebagainya, rawatan segera adalah diperlukan.

SAKIT BELAKANG SELEPAS EPIDURAL
-------------------------------
# Kajian terbaru menunjukkan risiko mendapat sakit belakang selepas epidural(suntikan streoid pada tulang belakang) sama seperti risiko bagi wanita yang bersalin tanpa epidural. Oleh itu, masalah sakit belakang ini berpunca ketika mengandung lagi, dan tidak berkait dengan kesan berpanjangan dari teknik epidural. Walaupun sakit belakang dirasai selepas epidural, ia adalah sementara saja dan akan pulih seperti biasa.

# Ada dua cara pembiusan yang digunakan sebelum melakukan pembedahan caesarean, iaitu pembiusan secara tidak sedar yang memerlukan intubasi di mana gas anestetik diberikan atau bius separuh badan.

# Kaedah epidural dan spinal ialah dua cara pembiusan separuh badan. Mengikut kaedah ini, pesakit itu sedar dan teknik untuk membius ialah dengan memasukkan ubat ke kawasan epidural atau spinal pada bahagian tulang belakang. Ubat ini akan melalikan urat saraf yang merangsang bahagian badan yang terbabit termasuk bahagian kulit, rahim dan kedua-dua belah kaki. Prosedur ini hanya dilakukan oleh pakar bius.

# Kawasan epidural dan spinal adalah berbeza, epidural ialah lapisan sebelum ruang spinal. Akar saraf yang keluar dari saraf tunjang berada di lapisan ini. Bila ubat pelali dimasukkan di kawasan ini melalui kateter yang halus, ia akan membasahi akar saraf ini menyebabkan pembiusan yang efektif.

# Kelebihannya ialah ia boleh diberi secara berterusan selagi kateter itu tidak dikeluarkan atau tidak beralih. Ia menjadi cara pembiusan yang sangat sesuai untuk digunakan dalam kes pembedahan yang mengambil masa lama dan juga untuk menahan sakit bersalin. Selepas pembedahan, kateter ini masih boleh ditinggalkan selama mana yang perlu.

# Kaedah spinal p**a ialah memasukkan ubat terus ke ruang spinal. Kesan pembiusan bermula sejurus selepas ubat dimasukkan, tetapi ia akan tahan selama jangkamasa ubat pelali itu saja, biasanya lebih kurang dua jam. Ini sudah mencukupi kerana pembedahan caesarean tidaklah mengambil masa lama.
PUNCA-PUNCA SAKIT BELAKANG (LAIN-LAIN)

[PUNCA 1] Terjatuh atau kemalangan sehingga patah tulang belakang.

[PUNCA 2] Mengangkat benda berat dengan kedudukan badan yang tidak betul.

[PUNCA 3] Peningkatan usia.

[PUNCA 4] Jangkitan kuman.

[PUNCA 5] Kanser tulang belakang.

p/s: kebanyakan tips2 MENGHINDARI SAKIT BELAKANG telah kita kongsikan sebelum2 ni. untuk maklumat lanjut sila scroll down posting2 yang terdahulu.
JIKA POSTING INI BERI MANFAAT SILALAH SHARE :)

TERAPI MENGHILANGKAN STRESS (DI RUMAH) # Selamat pagi semua, amacam minggu ni? seronok ke letih? hehe. esok dah nak star...
10/11/2016

TERAPI MENGHILANGKAN STRESS (DI RUMAH)
# Selamat pagi semua, amacam minggu ni? seronok ke letih? hehe. esok dah nak start keje balik, sah2 la kita nak start dengan badan yg segar tanpa letih2 kan?

# Ingat tak lagi post sebelum2 ni yg mengatakan stress adalah salah satu punca penyebab sakit belakang? ok kali ini kita nak kongsikan bagaimana nak hilangkan stress dgn cara terapi di rumah. tak payah susah2, kat rumah pun boleh buat terapi. jom baca lagi!

# Terapi di rumah tidak memerlukan belanja yang banyak, lagipun terapi diri tak semestinya pergi ke spa or massage house. Tambahan p**a, dengan beberapa tips ini anda mungkin akan rasa lebih selesa dan berasa lebih segar. Jadi tiadalah alasan Monday blues nnt. Cara2 nya ialah:
TIPS TERAPI DIRI DI RUMAH
--------------------------------
[TIPS 1] LUANGKAN MASA BERSAMA KELUARGA TERCINTA
- Hari minggu adalah masa yang sesuai untuk anda berhibur dan bersantai bersama keluarga di rumah. Saling bertukar cerita, menonton filem, bermain video games seperti playstation atau komputer bersama adik-beradik mahupun anak2, bermain chess dan bermacam – macam lagi aktiviti yang anda boleh lakukan bersama keluarga. Senang cerita 'indoor games'.

[TIPS 2] MELUANGKAN MASA SECARA BERSENDIRIAN
- Setiap orang mempunyai personal space masing2, adakalanya kita boleh tenangkan fikiran dengan cara bersendirian, adakalanya tidak.

- Dengan meluangkan masa sendiri, kita dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang kita minat sepanjang berehat di rumah sewaktu hari minggu. Dengan masa ini juga, kita dapat meluangkan sedikit masa bersosial bersama rakan, biarpun hanya melalui media sosial sebagai pengantara.

- kita juga boleh meluangkan masa untuk bersantai sendiri dengan membaca majalah, novel, komik, memasak di dapur dengan mencuba resepi-resepi yang baru,
mengemas rumah atau apa sahaja aktiviti yang kita rasa selesa untuk lakukan di hujung minggu. Baca info2 di page ini pun dikira terapi juga :P

[TIPS 3] SPA DI RUMAH

- Lavender adalah stu aroma terapi yg paling berkesan. Manjakan diri anda dengan haruman skrub lavender yang begitu menenangkan ketika mandi. Haruman lavender itu sendiri dapat bertindak menghilangkan kepenatan anda bila seharian penat bekerja, mengurangkan rasa stress dan boleh membuat anda tidur dengan aman.

- Bukan itu sahaja, anda juga boleh membeli skrub muka dan mata untuk memberi kesegaran pada kulit wajah anda. Selain itu, aktiviti merendam kaki dengan air suam juga dapat membuatkan anda berasa lebih relaks.

[TIPS 4] LAKUKAN SENAMAN KETIKA DI RUMAH

- Selain dapat menyihatkan tubuh badan, bersenam juga membantu menghilangkan stress selepas lima hari sibuk bekerja.
- Senaman2 yang sesuai dilakukan di rumah termasuklah, yoga, pilates dan senaman aerobik. Anda juga boleh melakukannya di depan peti televisyen. Di saluran astro 728 Life Inspired gemar menyiarkan senaman yoga pada waktu pagi, mungkin anda boleh mengikutinya bersama.
# Natijahnya, untuk dapatkan kesihatan tulang belakang, hindari stress adalah salah satu langkah berkesan. So, jangan stress2.
JIKA POSTING INI BERI MANFAAT SILALAH SHARE :)

KESAN OBESITI TERHADAP TULANG BELAKANG! PENTING! # hye folks! berjumpa lagi kita malam ni, jom ikuti perkongsian info yg...
09/11/2016

KESAN OBESITI TERHADAP TULANG BELAKANG! PENTING!
# hye folks! berjumpa lagi kita malam ni, jom ikuti perkongsian info yg nak saya sampaikan ni. penting!
# Anda tahu apa itu obesiti? Apa kesan obesiti terhadap tubuh kita? saluran darah tersumbat? diabetes? tekanan darah tinggi? Adakah obesiti juga memberi kesan terhadap tulang belakang? jawapannya ya, ada!
# Penghidap obesiti boleh mengakibatkan simptom2 yang berkaitan dengan:
~ osteoporosis
~ osteoarthritis
~ rheumatoid arthritis
~ degenerative disc disease
~ spinal stenosis
~ spondylolisthesis
BAGAIMANA OBESITI BOLEH MEMBERI KESAN TERHADAP TULANG BELAKANG?
-----------------------------------------------------------------
# Tulang belakang direka untuk menampung berat seluruh badan. apabila ia menampung berat badan yang terlampau berat, tulang belakang terpaksa menerapkan
bebanan tersebut dimana ia boleh menjejaskan kerosakan struktur tulang seperti 'sciatica'.
# Kawasan tulang belakang yang paling terdedah dengan risiko ini ialah bahagian bawah belakang iaitu 'lumbar spine'.
SAKIT BELAKANG HANYA PADA GOLONGAN BERUSIA SAHAJA?
----------------------------------------------------
# Sekiranya seseorang itu tidak menghidap penyakit2 seperti obesiti di usia awal, maka benarlah sakit belakang mungkin akan berlaku pada usia tua kerana faktor perubahan tisu dalam tulang belakang.
# Jika seseorang itu menghidap obesiti, peluang yang mungkin dia dapat dari kesan sakit belakang termasuklah:
1) POSTUR - postur yang tak sihat boleh mengakibatkan sakit leher dan belakang badan. kecergasan fizikal sangat diperlukan untuk menyokong tulang belakang.
2) SAKIT DI BAHAGIAN BAWAH BELAKANG - obesiti boleh menerukkan lagi sakit belakang dan akan menyebabkan kesakitan berulang-ulang.
3) OSTEOPOROSIS - gaya hidup yang tidak aktif ditambah p**a dengan pemakanan yang tak seimbang akan menjejaskan ketumpatan dan kekuatan struktur tulang (spinal vertebrae) sejurus mengakibatkan kerapuhan tulang.
4) OSTEOARTHRITIS & RHEUMATOID ARTHRITIS - sendi2 pada tulang belakang dipanggil sebagai 'facet joints'. berat badan yang berlebihan menyebabkan kedudukan sendi2 tersebut dalam keadaan tekanan yang melampau sama ada ketika anda bergerak atau berehat.
PEMBANGUNAN OBESITI
---------------------
# Sektor perindustrian dan pemodenan memberi impak besar terhadap makanan kita, dimana kita tak perlu susah2 untuk mendapatkan makanan seperti orang2 yg hidup dizaman purba. Dari situlah bermulanya obses kita tanpa menghiraukan segala kesan kebaikan & keburukan sesuatu makanan terhadap kesihatan kita. Akhir kata, kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.
JIKA POSTING INI BERI MANFAAT SILALAH SHARE :)

Tamatkan konspirasi gula
18/09/2016

Tamatkan konspirasi gula

03/08/2016

kurangkan manisan konventional dalam kehidupan. Manisi hidup anda dengan stevia :)

Kesan Gula Pasir Kepada Kanak-kanakMungkin ramai orang yang tidak dapat menerima bahawa gula pasir dan bahan makanan yan...
02/12/2015

Kesan Gula Pasir Kepada Kanak-kanak

Mungkin ramai orang yang tidak dapat menerima bahawa gula pasir dan bahan makanan yang di perbuat daripada gula seperti coklat boleh menyebabkan anak manjadi hiperaktif - atau mengalami " sugar seizures " atau sawan gula.

Paras gula yang tinggi atau( HYPERGLYCAEMIA) akan menyebabkan pembakaran glukos yang berlebihan di dalam otot-otot. Pembakaran tenaga ini akan menghasilkan gerak geri otot, yang menyebabkan anak-anak bergerak tanpa kawalan yang dikatakan ' hiperaktif'. Dengan tenaga yang berlebihan anak-anak akan mula berlari-lari, melompat dengan buas dan menjerit-jerit tanpa terkawal.

Pembakaran glukos p**a menghabiskan vitamin B1, B2, B3, kalsium, magnesium dan oksigen kerana sebahagian besarnya telah digunakan untuk aktiviti gerak-geri otot seperti diatas. Kekurangan Vitamin-vitamin dan zat-zat seperti disebut tadi akan mengurangkan baki bekalan glukosa untuk kegunaan otak p**a.

Keadaan ini akan mempengaruhi emosi anak dan anak mudah resah, gelisah dan cemas kerana otaknya tidak mendapat cukup bekalan glukos, oksigen, vitamin dan zat-zat galian. Anak-anak akan menjerit atau menangis kerana kekurangan bekalan bahan-bahan tersebut, menimbulkan p**a keadaan yang diberi nama 'HYPOGLYCAEMIA'

Begitulah keadaannya, bila gula banyak dia buas, bila gula kurang dia menangis. Inilah yang dinamakan ' Sugar seizures' atau sawan gula yang selalu kita lihat pada anak-anak kecil sekarang.

Oleh kerana otak anak kecil sedang membangun sekiranya keadaan ini dibiarkan tindakan melompat, menjerit, agresif, senang merajuk, sering marah dan lain-lain akan menjadi ingatan yang kekal dan inilah yang akan membentuk perangai anak itu dimasa hadapan

Oleh itu kurangkanlah pemberian gula pasir dan makanan-makanan manis yang diperbuat daripada gula pasir kepada kanak-kanak untuk mengelakkan fenomena ini terjadi.

APAKAH KESAN PENGAMBILAN GULA SECARA BERLEBIHAN?

Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.
Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangka masa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III, 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan 14.0% p**a obes. Ini telah menunjukkan peningkatan berbanding NHMS II, 1996 iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan berat badan) dan 4.0% (obes).
Prevalens pesakit diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih daripada 30 tahun juga telah meningkat daripada 6.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).

Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries).

Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).

Testimoni pengguna stevia:Alhamdulillah semenjak guna Gula Sihatm berat dan saiz pinggang maintain... tgl nak up sikit b...
06/10/2015

Testimoni pengguna stevia:

Alhamdulillah semenjak guna Gula Sihatm berat dan saiz pinggang maintain... tgl nak up sikit bawa ke gym bagi nampak cun lg bentuk badan hahahha...
Masalah Insomnia (susah tido malam) sdh xda lg dah hilang... Alhamdulillah. Malah bangun setiap Subuh badan x sakit dan lemas lg.

Ulasan: Kurangkan gula, badan kita mudah pulih dengan cepat.

Gula memberi tenaga kepada sel kanserMari bertukar kepada gaya pemakanan bebas gula sekarang. Gantikan pengambilan gula ...
20/08/2015

Gula memberi tenaga kepada sel kanser

Mari bertukar kepada gaya pemakanan bebas gula sekarang. Gantikan pengambilan gula anda kepada sweetener rcc demi kehidupan yang lebih baik

14/07/2015

Selalu buat yang guna tepung dan telur, kali ini anda boleh hidangkan tetamu dengan sajian kreatif ini. Tengoklah satu-satu, semuanya menarik...

27/06/2015

Katakan tidak pada GULA!!!

1. Gula putih TIDAK ASLI
2. Gula putih TIDAK MENYIHATKAN
3. Gula putih TIDAK SELAMAT
4. Gula putih TIDAK PERLU

Bagaimana?

1. Tidak Asli
- Gula putih adalah bahan kimia yang diproses secara industri, bukan wujud secara semulajadi.

2. Tidak Menyihatkan
- Gula putih telah menjalani proses penapisan yang menyebabkannya hilang nilai pemakanan atau dengan maksud lainnya, menjadi makanan yang tidak berguna.
- Gula putih adalah penyerang toksik terbesar tubuh kerana gula berlebihan jelas sekali menggalakkan penyakit dan proses penuaan.
- Lebih 60 penyakit dikaitkan dengan pengambilan gula seperti kanser, asma, alahan, diabetes dan penyakit jantung.
- Tubuh sendiri terpaksa mengeluarkan vitamin dan zat galian daripada simpanan untuk memetabolismakan gula. Akibatnya tubuh kekurangan zat galian dan vitamin.

3. Tidak Selamat
- Gula adalah racun bahan kimia yang merosakkan kesihatan dalam jangka panjang.
- Bahkan gula juga menyebabkan ketagihan. Satu laporan dari AS menunjukkan 95% penduduk ketagihan gula hingga ke suatu tahap.

4. Tidak Perlu
- Gula halus hanya muncul 500 tahun selepas Masihi. Ini bermakna sejak ratusan ribu tahun dahulu manusia tidak memakan gula namun mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat.

"Jom jom jom, kita sama-sama tinggalkan gula. Kalau nak jugak ada rasa manis dalam minuman atau masakan, kita ganti jer gula tu dengan pemanis semulajadi ciptaan Allah untuk kita iaitu STEVIA!"

Diantara testimoni kebaikan stevia Kita berusaha sedaya upayatempahan, hubungi 0133702315
12/06/2015

Diantara testimoni kebaikan stevia

Kita berusaha sedaya upaya

tempahan, hubungi 0133702315

Address

Petaling Jaya
47810

Telephone

01111692212

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Stevia sweetener posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Stevia sweetener:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram