28/06/2024
Salam Jumaat semuanya🥰
*"Barangsiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya diantara dua Jumaat" [Hadis Riwayat Al-Hakim]* 🥰🌷
🍃 Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.
🍃Tenangkanlah hati kita dengan mengingati Allah melalui ayat-ayatNya.
🍃 Jika tidak mampu membaca al-Quran setiap hari, sekurang-kurangnya dalam seminggu kita membaca Surah al-Kahfi.
Amalkan Surah al-Kahfi setiap Jumaat untuk meraih manfaat:
1. Diselamatkan dari fitnah DAJJAL.
2. Diampuni dosanya antara dua Jumaat.
3. Dipancarkan cahaya pada dirinya di hari kiamat kelak, dari kaki hingga ke langit.