D'Laila Adila Beauty & Health Solutions

D'Laila Adila Beauty & Health Solutions DABHS offers a wide range of health products for enhancing & boosting health performance such as Apricot.It also provides health tips from various sources.

08/03/2023
27/10/2022

MEE JAWA

Bahan-bahan:

1 kg mi kuning
300 gm tauge
200 gm daging - direbus dan simpan airnya untuk stok
4 biji telur rebus
6 tangkai daun sup
1 biji cili hidup - dihiris
100 gm bawang goreng

Bahan untuk kuah:

4 biji keledek - rebus dan dilenyek
100 gm udang kering
3 sudu teh serbuk kari
2 ulas bawang putih ditumbuk
Garam
Minyak masak

Cara membuat:

1. Celur mi kuning serta tauge. Ketepikan
2. Panaskan minyak masak dalam periuk kemudian tumis bawang putih, udang kering dan serbuk kari hingga garing.
3. Masukkan stok daging, keledek dan daging. Masak hingga daging lembut.
4. Kemudian masukkan udang dan garam. Biarkan ia hingga mendidih. Angkat dan hidangkan bersama mee, daging, telur, daun sup, cili hidup serta bawang goreng.

27/10/2022

Assalamualaikum semua❤️

CARA MUDAH BUAT ROTI JALA KLASIK YANG LEMBUT SAMPAI KE PETANG❤️❤️❤️ | SUKATAN CAWAN

Bahan bahannya :

3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan susu cair (boleh gantikan dengan santan)
1 biji telur ayam Gred A
2½ sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit (boleh guna pewarna kuning jika s**a)

Cara Caranya :

1. Masukkan semua bahan bekas @ boleh juga terus masukkan kedalam pengisar, dimulai dengan bahan cecair terlebih dahulu ya (supaya mudah dikisar dan dicuci pengisar)

2. Kisar sehingga sebati dan licin.Pastikan pusaran membentuk lubang ditengah sebesar jari kelingking.

3. Isikan adunan ke dalam botol (kak jm gunakan botol 5 lubang)

4. Panaskan kuali @ pan non stick, gunakan api kecil.Mulakan proses mengirai didalam kuali sehingga selesai.

5. Angkat dan gulung.Enak dimakan bersama kari ayam, kari daging dll.

Selamat memasak❤️

S I L A K A N S H A R E

S I L A K A N S H A R E

S I L A K A N S H A R E

27/10/2022
27/10/2022

SERIKAYA HOMEMADE MAMAK HAJI

Serikaya Homemade
Resepi Mamak Haji

Bahan2nya
1cwn gula
1 cwn air panas
-masak gula hingga keperangan....tutup api kemudian masukkan 1cawan air panas n buka api semula...kacau gula sampai cair semua ... padamkan api, biarkan sebentar...

3 biji telur gred B
1cwn gula(klu tak s**a manis boleh kurangkan kpd ¾ cawan)
1 sudu teh esen vanilla(boleh jugak guna daun pandan)
Secubit garam (akak letak, terp**ang kpd anda)
-blend semua bahan2 di atas sampai gula hancur

1 kotak santan 200ml(boleh guna santan pekat yg segar)
2 sudu besar tepung jagung(akak guna tepung custard)yg dibancuh dgn sedikit air
-campur dan kacau hingga sebati

Panaskan gula karamel tadi... masukkan bahan2 yg telah diblend,kacau hingga sebati... masukkan p**a santan yg telah dicampurkan dgn tepung jagung...
Kacau hingga pekat dan berkilat dgn api yg slow. Pastikan jgn sampai hangus...siap dan sejukkan sebelum simpan...
*In shaa Allah tahan lebih kurang 2 minggu (simpan kat peti ais)

Resepi: ‎Imah Rahman‎

27/10/2022

Kalau makan avocado cuba ambil sekali tomato. Lemak Monosaturated dari avocado bila campur dengan cancer fighting lycopene dalam tomato jadi 4 kali ganda power.
Bolehlah cuba.
P/S:
FLASH SALE kini sedang berlangsung⚡
Klik https://bit.ly/FlashSaleKiniBermula sekarang!

21/10/2022

MENGAPA PERLU AMBIL MAKANAN TINGGI SERAT?

Cakap sahaja tentang serat, tentu akan terbayang pelbagai sayuran hijau yang pahit dan tawar di atas pinggan.

Tidak, sebenarnya terdapat banyak makanan yang kaya dengan serat bukan sahaja sihat tetapi sedap dan enak.

Apakah contoh makanan tinggi serat yang enak? Antaranya:

• Capati

• Buah-buahan segar seperti epal, pisang, dan anggur

• Bubur oat

• Roti mil penuh

• Tauhu sumbat

• Biskut tinggi serat

• Tepung mil penuh

Ini ialah sumber makanan yang kerap dan mudah sahaja didapati di pasar rata berdekatan dengan kita semua.

Hakikatnya, ini hanyalah beberapa contoh kerana terlalu banyak senarai makanan yang ada jika ingin disebutkan.

Ramai tahu serat adalah penting untuk dimasukkan ke dalam diet tetapi tidak ramai yang tahu mengapa.

Antara kepentingannya ialah :

1. Membantu pergerakan najis di dalam usus

Serat meningkatkan berat dan saiz serta membuatkan najis menjadi lembut.

Saiz najis yang besar dan lembut memudahkan ia bergerak di dalam usus dan mengelakkan berlaku sembelit.

Jika najis anda terlalu berair dan cair, serat membantu mengeraskannya dengan menyerap air dari najis.

2. Merendahkan kadar kolesterol

Kolesterol tidak semestinya tinggi dalam kalangan orang berbadan besar sahaja. Orang kurus juga boleh mengandungi tinggi kolesterol.

Kolesterol tinggi meningkatkan risiko pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung dan strok. Kedua-duanya merupakan antara sebab utama kematian di peringkat global.

3. Mengawal gula dalam darah

Selepas kolesterol, serat juga memainkan peranan dalam mengawal kadar gula dalam darah.

Penghidap diabetes seharusnya menjadikan serat sebagai teman rapat mereka. Namun, tidak perlu tunggu sehingga menghidap diabetes untuk mula mengambil makanan tinggi serat. Diet yang mengandungi nutrien ini boleh mengurangkan risiko diabetes.

4. Serat memanjangkan umur

Pemakanan sihat, khususnya tinggi serat, terbukti boleh melanjutkan usia melalui pencegahan penyakit kronik termasuk penyakit jantung dan kanser.

Tanpa mengeluarkan kos tinggi untuk membeli pelbagai jenis suplemen atau jus kesihatan, pengambilan makanan tinggi serat terbukti membantu memanjangkan jangka hayat anda.

Kredit : Hello Doktor


www.drzubaidi.com

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

21/10/2022

TIPS BAGI MEREKA YANG KUAT PELUH

"Salam doktor. Boleh beri tips untuk menguruskan peluh yang terlalu banyak? Terima kasih".

Waalaikumussalam.

Cara terbaik ialah dengan melakukan pemeriksaan doctor bagi memastikan bahawa berpeluh secara berlebihan itu bukanlah disebabkan oleh suatu masalah perubatan atau penyakit berbahaya.

Selain itu boleh gunakan semburan antiperspirant. Semak label produk sebelum membelinya bagi memastikan bahawa produk yang digunakan adalah “antiperspirant” dan bukan hanya deodoran.

Deodoran hanya akan mengelakkan dari bahagian yang berpeluh, terutamanya ketiak agar tidak berbau, tetapi ia tidak akan mengurangkan keadaan berpeluh secara berlebihan.

Bagi yang mengalami masalah berpeluh berlebihan, produk antiperspirant yang biasa mungkin tidak berkesan. Mereka harus mencari produk yang mempunyai formula yang dilabel sebagai "clinical strength."

Gunakan semburan antiperspirant ini sekali pada waktu pagi dan sekali sebelum tidur kerana amalan sebegini terbukti lebih berkesan dalam untuk mencegah peluh berlebihan. Jika berkesempatan menggunakannya sekali sehari, gunakanlah sebelum tidur dan bukannya pada waktu pagi.

Guna antiperspirant untuk pada kulit yang kering saja. Jika ketiak masih berpeluh atau baru saja keluar dari bilik mandi, keringkan dulu dengan tuala, kemudian baru gunakan perspirant.

Jika kaki yang mengalami masalah berpeluh berlebihan, gunakan juga antiperspirant pada celah-celah jari-jari kaki. Jika muka yang mengalami masalah ini, boleh semburkan antiperspirant sepanjang garis rambut, iatu antara rambut dan bahagian muka.

Selain itu boleh gunakan pakaian yang sesuai dan yang mudah menyerap peluh. Pakaian yang diperbuat dari kain kapas selalunya menyerap kelembapan dan peluh dengan lebih baik. Pakaian yang longgar dapat menggalakkan peredaran udara dan mempercepatkan peluh menjadi kering.

Bagi wanita yang mengalami masalah ini, saya mencadangkan agar menggunakan bra yang menyerap peluh atau pad tuala wanita bagi menyerap peluh di bahagian ari-ari dan kelengkang.

Pakai kasut yang longgar atau hanya menggunakan sandal supaya dapat dikeringkan dengan mudah. Elakkan memakai topi kerana haba dalam badan dikeluarkan dilepaskan melalui kepala. Jika memakai topi, badan tidak akan dapat melepaskan haba dengan sempurna dan boleh menyebabkan berpeluh yang berlebihan.

Lakukan beberapa perubahan gaya hidup. Hindarkan dari makan makanan pedas seperti lada merah, cili dan lada putih dan hitam kerana boleh membuat kita berpeluh lebih. Elakkan juga makan bawang merah dan bawang putih berlebihan kerana ia boleh membuat bau peluh tidak menyenangkan.

Turunkan berat badan kerana ia dapat mengurangkan jumlah peluh yang keluar.

Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari menggunakan pancuran (shower) dan sabun yang sesuai untuk menghapuskan bakteria yang menyebabkan bau badan.

Apabila berada di luar rumah, bawalah tisu atau kain lap untuk mengelap peluh pada ketiak dan badan. Pastikan semburan antiperspirant sentiasa ada dalam beg untuk digunakan di saat kecemasan.

Akhir sekali, lakukanlah pemeriksaan doctor. Jika mengalami masalah berpeluh secara berlebihan sehingga pakaian menjadi basah, rasa malu untuk bersalaman atau mengalami bau badan, maka inilah masa untuk berbincang dengan doctor.

Doktor akan melakukan pemeriksaan darah bagi mencari punca penyakit yang menyababkan masalah ini.

Doktor akan cuba menggunakan kaedah ‘iontophoresis’ iaitu menggunakan arus elektrik yang rendah untuk menutup kelenjar peluh. Selain itu suntikan botox juga boleh digunakan bagi melumpuhkan kelenjar peluh. Ia biasa diberikan pada ketiak, muka, tangan atau kaki.

Pembedahan adalah pilihan terakhir, menggunakan kaedah ‘Local Underarm Surgery’ yang menggunakan bius suntikan kemudian memotong kulit bagi mematikan kelenjar peluh menggunakan laser.

Cara kedua ialah ‘Endoscopic thoracic sympathectomy’ di mana pesakit diberikan bius pengsan dan doctor akan memotong saraf dari tulang belakang yang merangsang peluh berlebihan.


www.drzubaidi.com

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

GIT Withdrawal dpd Akaun GAP . Jgn lupa wassap Tok Ayah  019-238 1199 utk mengetahui cara2nya. Tp kenalah daftar dulu sb...
11/03/2021

GIT Withdrawal dpd Akaun GAP . Jgn lupa wassap Tok Ayah 019-238 1199 utk mengetahui cara2nya. Tp kenalah daftar dulu sbg Customer Public Gold (PG) yg merupakan syarikat PATUH SYARIAH.

Pendaftaran Sbg Ahli PG Adalah PERCUMA Gais Di Link Berikut:

https://eform.publicgold.com.my/index.php/registration/reg/dealer/PG00306812/1

ATAU dapatkan info lanjut:

wasap.my/60192381199/SayaNakInfoLanjutPublicGold

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕
: |*Semua Orang Mampu Melabur Emas, Hanya Serendah RM100 Dengan GAP Public Gold - Sikit-Sikit, Lama-Lama Jadi Bukit*|
https://www.publicgold.com.my

:- |*Pelaburan Kesihatan Tidak Semestinya Mahal - Setiap Penyakit Ada Penawar & Ubatnya*|
💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕
Ikhlas Dpd:
Burhanuddin Hj Saidin
wasap.my/60192381199/
🌹🌷🌺🌹🌷🌺🌹🌷🌺🌹🌷

Menurut kajian, biji aprikot mengandungi sejenis vitamin yang dikenali sebagai VITAMIN B17 dimana vitamin ini mempunyai ...
11/03/2021

Menurut kajian, biji aprikot mengandungi sejenis vitamin yang dikenali sebagai VITAMIN B17 dimana vitamin ini mempunyai fungsi cara yang tersendiri.

Berdasarkan kajian saintifik dan ujian klinikal yang dilaksanakan, B17 atau amigdalin yang terdapat dalam biji aprikot pahit mampu membantu di dalam pemulihan masalah sistem metabolik dan sistem tubuh badan yang berfungsi secara tidak formal.

Ianya merupakan makanan tambahan yang sangat baik untuk semua. Dengan sering mengamalkannya, ianya In Sha' Allah menjadi asbab yang dapat membantu anda mengawal beberapa penyakit kronik yang berbahaya dan mengawal masalah / penyakit yang dihadapi dengan izin Allah jua.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕
:- |*Pelaburan Kesihatan Tidak Semestinya Mahal - Setiap Penyakit Ada Penawar & Ubatnya*|

: |*Semua Orang Mampu Melabur Emas, Hanya Serendah RM100 Dengan GAP Public Gold - Sikit-Sikit, Lama-Lama Jadi Bukit*|
https://www.publicgold.com.my
💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕
Ikhlas Dpd:
Burhanuddin Hj Saidin
wasap.my/60192381199/
🌹🌷🌺🌹🌷🌺🌹🌷🌺🌹🌷🌺🌹🌷🌺🌹🌷🌺🌹

Pastikan Kapsul Aprikot NDLife: Pelaburan Kesihatan Tidak Semestinya Mahal !!!
15/12/2020

Pastikan Kapsul Aprikot NDLife: Pelaburan Kesihatan Tidak Semestinya Mahal !!!

Utk makluman semua,  stok Kapsul Pecah Beling NDLife utk masalah batu karang, batu hempedu, kencing tak lawas dll dah ad...
10/12/2020

Utk makluman semua, stok Kapsul Pecah Beling NDLife utk masalah batu karang, batu hempedu, kencing tak lawas dll dah ada. Pastikan ianya jenama NDLife yg lulus KKM & halal JAKIM. TQVM

*KAPSUL APRIKOT NDLIFE*✅ LULUS KKM - MAL15060002TC✅ 100% asli tanpa kimia & campuran asing (100% hanya biji aprikot saha...
05/12/2020

*KAPSUL APRIKOT NDLIFE*

✅ LULUS KKM - MAL15060002TC
✅ 100% asli tanpa kimia & campuran asing (100% hanya biji aprikot sahaja)
✅ TERMURAH DI PASARAN - RM50 SEBOTOL (100 KAPSUL) *Tidak termasuk kos korier atau COD*
✅ PRODUK BUMIPUTRA & HALAL
✅ Sebagai Rawatan Alternatif TERBAIK !!!

*Pelaburan Kesihatan Dgn Produk2 NDLife Tidak Semestinya Mahal*

wasap.my/60192381199/SayaNakKapsulAprikotNDLife

*KAPSUL APRIKOT NDLIFE*✅ LULUS KKM - MAL15060002TC✅ 100% asli tanpa kimia & campuran asing (100% hanya biji aprikot saha...
05/12/2020

*KAPSUL APRIKOT NDLIFE*

✅ LULUS KKM - MAL15060002TC
✅ 100% asli tanpa kimia & campuran asing (100% hanya biji aprikot sahaja)
✅ TERMURAH DI PASARAN
✅ PRODUK BUMIPUTRA & HALAL
✅ Sebagai Rawatan Alternatif TERBAIK !!!

*Pelaburan Kesihatan Dgn Produk2 NDLife Tidak Semestinya Mahal*

Address

Dlaila Adila
Petaling Jaya
46000

Opening Hours

Monday 10:00 - 23:00
Tuesday 10:00 - 23:00
Wednesday 10:00 - 23:00
Thursday 10:00 - 23:00
Friday 10:00 - 23:00
Saturday 10:00 - 23:00
Sunday 10:00 - 23:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D'Laila Adila Beauty & Health Solutions posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to D'Laila Adila Beauty & Health Solutions:

Share