17/05/2021
Kelab Jururawat Lelaki Malaysia adalah suatu kelab yang menghargai keamanan sejagat, mempromosikan menyebarkan imej dan usaha mengajak kebersamaan dalam maksud kebaikan dan menolak keburukan dalam suara solidariti kami.
Kami juga mengutuk sekeras-kerasnya apa jua tindakan provokatif dan serangan fizikal oleh mana mana fahaman atau pegangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda awam terjejas.
Bersandarkan situasi terkini konflik Palestin - Israel, Kelab Jururawat Lelaki Malaysia, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan menyerang sekumpulan warga muslimin Palestin yang sedang menunaikan solat semasa beribadah di Bulan Ramadhan tempoh hari. Serangan juga menyasarkan ke hospital awam yang mana juga melanggar undang undang antarabangsa.
Seperti mana, polisi hubungan luar yang diamalkan oleh Kerajaan Malaysia; iaitu tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara, dan tiada hubungan diplomatik, MMN mendukung dasar tersebut untuk tidak menyokong tindakan Israel yang sengaja menggunakan kekerasan ketenteraan menyebabkan ramai nyawa awam rakyat Palestin tidak bersenjata terkorban.
Walaupun, isu ini adalah isu antarabangsa, berita tindak balas Israel Zionis yang mengisytiharkan 'perang' kepada negara negara tertentu khasnya negara Malaysia, menunjukkan puak ini bukanlah mesra keamanan sejagat, jelas beridentitikan agama bangsa atau kebangsaan rasis yang sangat kuat.
Memahami kerangka penubuhan israel di Negara Palestin dalam skop sejarah konflik perang saudara dua bangsa 3 dimensi agama samawi ini adalah noktah tidak berkesudahan sehingga akhir zaman.
Dengan itu, atas dasar membela pihak yang ditindas, ditekan dan hak hak asasi dikesampingkan, kami MMN menyatakan suara solidariti menyokong warga Palestin tertindas atas lunas lunas hak asasi manusia sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.
Hukum basik.
Kita tak kacau orang, orang tak kacau kita.
Kita sayang orang, orang sayang kita
Allah sayang kita semua.