
09/08/2025
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐁𝐏𝐉 & 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆
YBrs. Tuan Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya hari ini merasmikan Majlis Peluncuran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 Peringkat Daerah Petaling bertempat di Laman MBPJ, Jalan Yong Shook Lin, Seksyen 52.
Majlis turut menyaksikan perlepasan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025 (KMJG 2025) Peringkat Daerah Petaling yang memilih Petaling Jaya sebagai lokasi hentian kedua dalam siri jelajah peringkat negeri Selangor. Konvoi ini memulakan perjalanannya semalam dan akan meneruskan pergerakan ke destinasinya seterusnya di Sekinchan sebagai hentian ketiga.
Turut hadir, YBrs. Tuan Cik Kazidi bin Mohd Zainuddin, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Selangor, DSP Sivakumar a/l Thankaraja, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Daerah (IPD Petaling Jaya) dan Puan Hajah Haniza binti Abdul Hamid, Pengarah Komunikasi Korporat, menjadikan majlis peluncuran tahun ini lebih bermakna dan penuh warna-warni.
Menariknya, majlis ini turut mengetengahkan elemen kelestarian apabila sebanyak 1,395 unit botol plastik terpakai berjaya dikumpulkan bersamaan dua ‘jumbo bag’ seberat 50 kilogram. Inisiatif ini menjadi lambang komitmen warga Petaling Jaya terhadap pemeliharaan alam sekitar, selari dengan semangat cintakan negara yang dizahirkan melalui tindakan bertanggungjawab dan berimpak lestari.
Sempena Bulan Kebangsaan 2025, MBPJ telah merangka sebanyak 24 program meliputi aspek kenegaraan, komuniti, seni, sukan dan kesihatan awam. Antara program utama termasuk MBPJ Trial Run Series, PJ Half Marathon, Placemaker Week Asean 2025 dan Pertandingan Keceriaan Komuniti Merdeka.
Bulan Kebangsaan 2025 bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” menekankan semangat perpaduan, cintakan negara dan kebersamaan rakyat dalam menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.
Ayuh bersama-sama kita hayati bulan kemerdekaan ini dengan semangat kebersamaan, perpaduan, dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.
'𝑃𝑒𝑡𝑎𝑙𝑖𝑛𝑔 𝐽𝑎𝑦𝑎 𝐵𝑎𝑛𝑑𝑎𝑟 𝑃𝑎𝑙𝑖𝑛𝑔 𝐵𝑎ℎ𝑎𝑔𝑖𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑀𝑎𝑚𝑝𝑎𝑛'
#𝐊𝐢𝐭𝐚𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 MajuBersama