Public Health Malaysia

  • Home
  • Public Health Malaysia

Public Health Malaysia Platform kesihatan awam paling dekat di hati rakyat. Fakta jelas, isu terkini, mesej tepat demi mencegah, melindungi dan mempromosi kesihatan.

Kesihatan adalah hak semua. Dan bersama, kita boleh memastikan ia terpelihara. Apa Itu Public Health? Public Health atau Kesihatan awam merupakan AKAR kepada sistem Kesihatan di Dunia. PUBLIC HEALTH memberi penekanan kepada PERLINDUNGAN ,PENCEGAHAN & PROMOSI kepada cara hidup sikar kepada KOMUNITI

Jika Doktor di hospital memberi khidmat dalam merawat pesakit, doktor PUBLIC HEALTH berperanan untuk MENCEGAH masyarakat agar di hindari dari penyakit dan kecederaan.

Masuk tandas niat nak "membuang" lima minit je. Tapi sebab bawa masuk phone, dari lima minit terus jadi setengah jam. Sc...
17/04/2026

Masuk tandas niat nak "membuang" lima minit je. Tapi sebab bawa masuk phone, dari lima minit terus jadi setengah jam. Scroll FYP, usha barang dalam troli oren, balas mesej. Sedar-sedar bila nak bangun, kaki dah semut-semutan tahap nak pijak lantai pun tak rasa.

Nampak macam satu sesi 'healing' yang sangat tenang. Tapi korang sedar tak apa benda yang korang bawa keluar dari tandas tu selain daripada rasa lega?

Ini fakta sains yang sangat geli, tapi korang kena tahu.

Tandas tu lubuk kuman. Bila korang tekan je butang pam (flush) tak kiralah duduk atau cangkung, pergerakan air yang laju tu akan hasilkan satu fenomena yang dipanggil 'Toilet Plume'.

Zarah-zarah mikroskopik dari air kencing dan najis akan terpelanting bebas ke udara sejauh lebih 1.5 meter. Dan teka dekat mana zarah najis berterbangan ni mendarat? Ya, mendarat cantik atas permukaan skrin phone korang yang tengah menyala tu.

Bila keluar dari tandas, korang tak cuci pun phone tu kan. Terus pergi kafe, pegang phone sambil makan sandwich. Atau tiba-tiba ada kawan call, korang terus tekap skrin phone yang bersalut zarah najis tadi tu kat p**i.

Kuman bahaya macam E. coli dan Salmonella dengan riangnya berpindah ke muka dan masuk ke mulut korang.

Lepas tu mulalah pelik kenapa jerawat batu asyik membiak kat tepi p**i. Kenapa asyik kena keracunan makanan dan cirit-birit padahal makan kat tempat bersih. Puncanya dari 'kawan baik' yang korang tatap hari-hari tu.

Tolonglah hentikan tabiat bawa phone masuk jamban ni. Kalau terpaksa sangat sebab tunggu mesej penting, tolong biasakan diri lap skrin tu guna 'alcohol swab' atau tisu basah anti-bakteria lepas keluar dari tandas.

Cuba perhati sikit kawan ofis korang yang kalau masuk toilet tu lamanya macam pergi bertapa. Confirm tangan tu tengah melekat dengan phone. Pesan kat dia, jangan letak phone atas meja makan nanti.

Duduk kat meja ofis dengan azam nak minum air kosong tiga liter sehari. Korang pun capai botol air mineral plastik yang ...
17/04/2026

Duduk kat meja ofis dengan azam nak minum air kosong tiga liter sehari. Korang pun capai botol air mineral plastik yang korang beli kat kedai serbaneka bulan lepas. Botol tu pun dah kemik kemik dan calar balar tapi korang gigih pergi isi ulang kat mesin penapis air pantri setiap hari.

Nampak macam gaya hidup sihat dan mesra alam sebab kononnya kitar semula barang. Tapi korang tak sedar apa benda halus yang sedang berenang bebas dalam air minuman korang tu.

Sains material membuktikan botol air mineral yang jernih dan nipis diperbuat daripada plastik jenis PET. Dari kilang lagi plastik jenis ini memang direka khas untuk kegunaan sekali sahaja.

Bila korang guna botol yang sama berulang kali buka tutup penutup picit dan basuh botol tersebut struktur plastik nipis itu akan mula mengalami retakan mikro. Retakan halus ni memang korang takkan boleh nampak dengan mata kasar.

Tapi bagi bakteria retakan mikro ini adalah kondo mewah untuk mereka membiak. Bila korang minum bibir korang akan tinggalkan sisa air liur pada mulut botol. Keadaan dalam botol yang sentiasa lembap berkuap dan susah nak dicuci bersih itu akan menggalakkan pembiakan patogen dan kulat air secara agresif di celah celah retakan tadi.

Sebab tulah kadang kadang bila korang buka penutup botol plastik lama tu akan ada satu bau masam kepam atau bau hapak yang menusuk hidung. Korang sebenarnya tengah menelan koktel bakteria mulut korang sendiri yang dah membiak berlipat kali ganda.

Lebih merisaukan bila plastik tu dah rosak zarah mikaroplastik dan bahan kimia pengganggu hormon akan luntur perlahan lahan masuk ke dalam air minuman korang setiap hari.

Berhenti guna botol pakai buang untuk jangka masa panjang. Tolong melabur sikit beli botol keluli tahan karat atau botol bebas BPA yang memang dikhaskan untuk basuh dan guna hari hari.

Cuba jeling sikit atas meja kawan ofis sebelah korang tu. Kalau botol mineral dia dah rupa macam kertas ronyok dan berbau kepam suruh dia buang dalam tong kitar semula sekarang juga.

Masuk meeting pagi-pagi, tarik kerusi dan terus duduk silang kaki paha atas paha. Terasa auranya macam CEO megah holding...
17/04/2026

Masuk meeting pagi-pagi, tarik kerusi dan terus duduk silang kaki paha atas paha. Terasa auranya macam CEO megah holding. Nampak sangat profesional, elegan, dan rasa selesa sangat untuk lepak berjam-jam depan laptop.

Tapi korang perasan tak, bila bangun je dari kerusi lepas dua jam meeting, kaki sebelah tiba-tiba jadi kebas semut-semutan sampai nak pijak lantai pun tak rasa? Belakang pinggang p**a sengal semacam.

Selesa di luar, tapi azab di dalam. Jom tengok apa sebenarnya yang berlaku pada tulang dan urat korang bila duduk silang kaki terlalu lama.

Bila korang silang sebelah kaki di atas lutut yang lain, korang sebenarnya sedang memaksa tulang pelvis (pinggul) menjadi senget dan tidak seimbang. Untuk pastikan badan korang tak jatuh, tulang belakang terpaksa membengkok secara luar tabii untuk mencari titik tengah graviti.

Lama-kelamaan, paksaan postur ni boleh mengundang masalah lengkung tulang belakang atau Skoliosis dan sakit urat belikat yang kronik.

Itu bab tulang. Bab urat saraf p**a lagi ngeri.

Dekat kawasan belakang lutut kita, ada satu saraf utama yang dipanggil Saraf Peroneal (Peroneal Nerve). Bila korang letak paha yang berat tu menekan di atas lutut satu lagi dalam tempoh yang lama, korang sebenarnya sedang memicit dan menyekat aliran darah pada saraf tersebut.

Sebab itulah kaki korang automatik jadi kebas dan 'mati' bila bangun. Kalau jadikan benda ni habit harian bertahun-tahun, saraf ni boleh rosak dan korang berisiko kena kondisi 'Foot Drop'—di mana tapak kaki jadi lemah dan tak boleh diangkat bila berjalan.

Satu lagi fakta bonus: Duduk silang kaki juga buatkan tekanan darah korang naik mendadak secara sementara sebab darah dipaksa pam melawan graviti akibat salur darah yang tersepit.

Tolonglah sayang tulang belakang dan saraf korang. Duduk tegak, pastikan dua-dua tapak kaki jejak rata pada lantai. Kalau rasa kerusi tu tak best, minta HR belikan kerusi ergonomik, bukan korbankan postur badan sendiri.

Cuba jenguk sikit bawah meja kawan ofis kat sebelah korang tu. Confirm kaki dia tengah bersilang bersimpul macam akar pokok kan? Inform dia suruh turunkan kaki sekarang sebelum pinggang tu berbunyi krak krak.

17/04/2026

Ramai tak tahu rakyat Malaysia ambil Garam & Gula secara berlebihan.
Bahan2 ini tersembunyi dalam makanan harian yg kita makan.
Tak perlu tambah lagi untuk bebankan buah pinggang & tubuh.

Bangun pagi acah-acah puteri tidur, tapi bila angkat je p**i dari bantal, terasa sejuk dan basah. Tengok-tengok ada peta...
17/04/2026

Bangun pagi acah-acah puteri tidur, tapi bila angkat je p**i dari bantal, terasa sejuk dan basah. Tengok-tengok ada peta benua baru terbentuk atas sarung bantal. Siap pakej bau masam-masam kepam lagi.

Malam tadi bukan main berjam-jam duduk depan cermin. Pakai toner, tempek serum beratus ringgit, sapu pelembap nak bagi kulit glowing. Tapi bila tidur, muka yang mahal tu ditekap atas bantal basah yang penuh dengan air liur basi.

Pernah tak terfikir kenapa kulit kat bahagian p**i selalu sangat naik jerawat walaupun dah pakai macam-macam produk.

Jom fahamkan sains sikit pasal air liur basi ni.

Bila kita masuk fasa tidur paling nyenyak atau deep sleep, seluruh otot badan termasuk otot muka dan rahang akan berehat sepenuhnya. Bila rahang dah relaks tahap maksimum, mulut akan automatik terbuka. Tambah p**a kalau anda jenis tidur mengiring atau meniarap, graviti akan tarik air liur tu mengalir keluar membasahi bantal.

Satu lagi punca utama adalah pernafasan mulut. Bila hidung tersumbat sebab selsema atau resdung, badan akan automatik paksa kita bernafas guna mulut.

Nampak macam kelakar tidur ternganga, tapi ini malapetaka besar untuk kulit muka.

Air liur kita mengandungi enzim pencernaan seperti amilase yang sifatnya asidik. Bila air liur ni meresap masuk ke dalam sarung bantal, ia akan bercampur dengan peluh, habuk, dan sel kulit mati. Ini mencipta satu ekosistem yang sangat sempurna untuk bakteria berpesta.

Bayangkan kulit muka anda yang sensitif tu berendam dan bergesel dengan asid air liur basi bercampur kuman selama lapan jam setiap malam. Skincare beratus ringgit yang anda pakai tadi terus hilang fungsi. Inilah punca sebenar skin barrier anda rosak, kulit meradang kemerahan, dan jerawat batu naik merata kat kawasan p**i dan rahang.

Tolonglah rajin tukar sarung bantal. Kalau rasa malam tu ada buat peta, esok pagi terus cabut dan basuh. Kalau hidung tu selalu sangat tersumbat sampai terpaksa bernafas ikut mulut, pergi jumpa doktor rawat sinus tu dulu.

Cuba jeling sikit bantal tidur kawan bilik atau orang rumah tu. Agak-agak peta air liur dia kat bantal tu dah bersaiz benua Asia ke Eropah. Suruh dia pergi cabut sarung bantal tu rendam air panas sekarang.

Pukul 2 pagi, pusing kanan tak kena, pusing kiri tak kena. Otak ligat overthinking. Kenapa dia berubah? Apa salah aku sa...
16/04/2026

Pukul 2 pagi, pusing kanan tak kena, pusing kiri tak kena. Otak ligat overthinking. Kenapa dia berubah? Apa salah aku sampai dia pergi macam tu je? Sedar-sedar air mata mengalir sampai basah bantal, dan akhirnya anda tertidur dalam keadaan menangis kepenatan.

Ramai ingat ini cuma fasa patah hati biasa. "Alah, nangis la puas-puas, nanti lega la tu."

Tapi anda sedar tak apa yang sebenarnya berlaku pada fizikal badan bila anda selalu paksa diri tidur dalam keadaan emosi yang tengah hancur koyak-rabak?

Bila anda overthinking dan menangis, badan akan mengesan seolah-olah anda sedang dalam bahaya. Otak akan rembeskan hormon stres, iaitu Cortisol dan Adrenalin secara mendadak ke dalam darah.

Secara biologi, waktu malam hormon-hormon ni sepatutnya berada pada paras paling rendah supaya organ badan boleh 'shut down' dan berehat. Tapi bila Cortisol mencanak naik, badan anda masuk ke mode 'berperang'.

Apa kesannya? Walaupun mata anda tertutup dan nampak macam tidur, otak anda langsung tak dapat masuk ke fasa Deep Sleep.

Dalam keadaan separuh sedar tu, otot leher dan bahu anda menegang teruk. Tanpa sedar, rahang gigi anda akan mengetap dan bergesel antara satu sama lain dengan sangat kuat (kondisi ni dipanggil Bruxism).

Esok paginya, anda bukan bangun dengan segar. Mata bengkak teruk akibat pengump**an cecair. Kepala berdenyut berdesing (Tension Headache), rahang rasa lenguh, dan seluruh badan rasa lesu macam baru lepas kena belasah. Paling teruk, skin barrier akan mula rosak dan jerawat stres mula naik penuh kat muka.

Berhenti dera fizikal anda untuk manusia yang sedang tidur lena tanpa sikit pun fikirkan tentang anda.

Hati yang terluka memang perlukan masa untuk sembuh. Tapi jangan biarkan stres emosi tu meracun dan merosakkan organ badan yang masih setia berkhidmat untuk pastikan anda terus hidup.

Korang ada kawan yang selalu sangat datang ofis dengan 'panda eyes' sebab layan overthinking tiap-tiap malam? Suruh dorang letak phone, lap air mata dan mula sayang fizikal diri sendiri.

"Kenapa aku rasa malas sangat hari ni? Nak bangun buat kerja pun rasa berat."Tunggu sekejap. Berhenti salahkan diri send...
16/04/2026

"Kenapa aku rasa malas sangat hari ni? Nak bangun buat kerja pun rasa berat."

Tunggu sekejap. Berhenti salahkan diri sendiri.
Kadang-kadang, anda sebenarnya BUKAN MALAS.

Anda cuma 'terlalu penuh'

Dalam kepala tu sarat dengan macam-macam: Kerja pejabat yang bertimbun, mesej klien belum balas, barang dapur dah habis, anak nak periksa, bajet bulan ni lari sikit, badan letih, hati p**a tengah serabut.

Sampai satu tahap, otak anda jadi JAMMED

Ini bukan tanda anda lemah. Bukan sebab anda tak pandai urus hidup. Tapi sebab "ruang simpanan sementara" (Memori Kerja/RAM) dalam otak anda tu dah terlalu padat!

Bila kepala mula rasa tepu dan nak meletup, pakar psikologi sarankan satu teknik yang nampak remeh tapi sangat magis: BRAIN DUMP (Lontaran Minda).

⚠️ Brain Dump BUKAN To-Do List

To-do list suruh kita fikir apa yang penting dan susun ikut keutamaan. Brain dump p**a suruh kita MUNTAHKAN semua benda yang bersesak dalam kepala tu ke atas kertas!

Cara nak buat:

✍️ 1. Ambil pen dan sehelai kertas kosong.

✍️ 2. Tetapkan masa 5 minit.

✍️ 3. Tulis je SEMUANYA tanpa tapis. Tak payah fikir ayat cantik atau ejaan betul.

✍️ 4. "Kena balas WhatsApp bos." "Baju bertimbun belum lipat." "Takut duit tak cukup." "Aku penat." "Lapar." "Bila nak servis kereta ni."

Tulis je macam air pecah empangan

Waktu ini, JANGAN sibuk cari solusi dulu. Ini bukan fasa menyelesaikan masalah.

Ini fasa melegakan kepala. Kadang-kadang yang kita perlukan bukan jawapan besar, tapi sekadar membuang "bunyi bising" dalam fikiran untuk dapatkan ruang bernafas semula.

Bila beban dalam kepala dah 'diturunkan' ke atas kertas, hati automatik akan rasa lebih ringan. Dari situ barulah mudah untuk anda pilih

Mana yang perlu diselesaikan hari ini, dan mana yang sekadar overthinking

Kalau hari ini otak anda rasa ibarat browser komputer yang buka 100 tabs serentak, jangan paksa diri jadi kuat. Kosongkan dulu.

Tenang itu kadang-kadang datang bila kita berhenti simpan semuanya seorang diri di dalam kepala.

16/04/2026

Tips nak tahu, post scammer kesihatan, post dia bermula atau berakhir dengan..
“Doktor pun terkejut”
“Nurse pun terkejut”

Korang tengah lepak santai kat ruang tamu, scroll TikTok, layan fyp. Tiba-tiba adik korang lalu nak pergi dapur. Tapi wa...
16/04/2026

Korang tengah lepak santai kat ruang tamu, scroll TikTok, layan fyp. Tiba-tiba adik korang lalu nak pergi dapur. Tapi walkway dia... built different. Heel langsung tak cecah lantai. Jinjit penuh grace, macam tengah catwalk kat Paris Fashion Week, or maybe tengah dalam mission impossible acah-acah ninja tak nak bagi kantoi mak. Fuh, main character energy gila walkway macam tu, low-key sneak mode activated.

Benda ni tengah trending kat media sosial, ramai perasan Gen Z ni s**a sangat jalan jinjit, or "toe walking" dalam bahasa omputih. Kalau kat luar, diorang pakai sneakers mahal, walkway biasa je. Tapi bila masuk rumah, bukak kasut, boom. Auto mode ballerina diaktifkan.

Kenapa eh. Adakah ini satu evolution gaya walkway manusia alaf baru.

Actually, dari sudut sains medikal, benda ni selalu berkait dengan sensory processing. Sesetengah orang, sistem proprioceptive (deria yang bagitahu otak kat mana badan kita berada) diorang built different sikit. Otak diorang craving lebih banyak input or tekanan pada kawasan balls of the feet tu untuk rasa lebih balanced dan 'grounded'.

Ada juga yang jenis sensorily sensitive. Diorang rasa 'ick' or geli gila kalau tapak kaki full contact dengan lantai yang rasa sejuk, melekit, or ada habuk sikit. So, subconscious habit, diorang flex Skill Jinjit to minimize contact area. Kira macam defensive mechanism walkway la ni.

Tak kurang juga yang buat sebab nak rasa tinggi sikit, low-key flexing ankle strength, or simply sebab diorang rasa "geli" sensorily. Ia just sensory preference, diorang feel like built different.

Adakah ini bahaya.

Condition called idiopathic toe walking when no specific cause is found memang wujud. But it's only problematic if it causes muscle tightness (Achilles tendon) long-term and prevents normal heel-to-toe walking ever. Majoriti jinjit walkers just subconscious flexing, diorang directly counter-back normal walking stigma and feel built different with Low-Impact ballerina grace sensorily. Majoriti yang Casual Jinjit Walkers ni cuma habit sensory je.

So basically, Built Different sensorily. No disease, just dynamic sensory feedback flex walkway. Korang built different with extra sensorimotor sensitivity feeling.

Built Different, Main Character Energy Walkway with Ballerina Flex Grace. No medical clinic brochure feel, just high-value RPM, aesthetic Main Character vibes walkway. Salute dekat human body adaption, truly limited edition and unique!

Korang built different with hidden ballerina/ninja skill walkway style limited edition? Cuba suruh dorang flex sikit dorang punya main character ballerina walkway hidden talent style.

Tengah sedap lepak minum kopi dengan kawan-kawan, tiba-tiba Izzati datang melawat. Jantung berdebar laju, tangan sejuk b...
16/04/2026

Tengah sedap lepak minum kopi dengan kawan-kawan, tiba-tiba Izzati datang melawat. Jantung berdebar laju, tangan sejuk berpeluh, nafas jadi pendek.

Bagi yang selalu kena serang dengan Izzati ni, korang mesti faham betapa penatnya melayan dia. Duduk diam-diam pun rasa macam tengah lari marathon.

Kenapa Izzati ni s**a datang tiba-tiba. Dari sudut sains, badan kita ni ada satu sistem penggera automatik. Bila otak kita overthinking benda yang belum jadi, badan akan tertipu. Dia ingat kita tengah berdepan ancaman bahaya macam kena kejar dengan harimau.

Waktu inilah hormon adrenalin dirembeskan laju masuk dalam darah. Otot automatik menegang, jantung pam darah laju nak sedia lari. Tapi realitinya kita cuma tengah baring atas katil overthink pasal masa depan.

Macam mana nak suruh Izzati ni balik dan tak kacau kita lagi. Boleh cuba tiga cara mudah dan saintifik ni.

Pertama, kawal pernafasan guna teknik empat saat. Tarik nafas empat saat, tahan empat saat, hembus empat saat. Ulang sampai dada rasa lapang. Ini akan hantar isyarat pada otak yang kawasan sekeliling dah selamat.

Kedua, main game cari barang. Guna teknik grounding 5-4-3-2-1. Cari lima benda warna biru kat sekeliling. Cari empat benda yang boleh disentuh. Dengar tiga bunyi. Fungsi dia nak tarik balik otak korang dari alam overthinking masuk ke dunia realiti.

Ketiga, kurangkan sikit kopi ais ikat tepi atau matcha pekat tu. Kafein ni memang kawan baik Izzati. Makin banyak kafein, makin kuat Izzati tu berparti dalam badan.

Kepada semua yang selalu kena hadap Izzati ni, korang sangat kuat dan tak keseorangan. Benda ni normal, respon biasa badan manusia, dan yang paling penting ia boleh dikawal. Tarik nafas dalam-dalam, everything will be okay.

Korang ada kawan yang selalu kena lawat dengan Izzati tak. Cuba suruh dorang share sikit apa teknik paling berkesan bila Izzati tiba-tiba buat hal malam-malam.

Mak dia rilek je buat lawak six seven. Memang win betul.Tengah viral sekarang gambar x-ray tangan seorang budak umur dua...
16/04/2026

Mak dia rilek je buat lawak six seven. Memang win betul.

Tengah viral sekarang gambar x-ray tangan seorang budak umur dua tahun yang ada 13 jari. Tangan kiri ada enam jari, tangan kanan ada tujuh jari.

Bayangkan kalau budak ni besar nanti masuk tournament e-sports, main alat muzik, atau jadi programmer. Confirm laju gila jari dia menari atas keyboard. Lawan nak mengelat pun susah. Ini betul-betul main character energy.

Dari sudut sains kesihatan, kondisi rare dan unik ni dipanggil Polidaktili.

Macam mana boleh jadi macam ni.

Masa janin tengah terbentuk dalam rahim, jari tangan dan kaki asalnya bercantum rapat macam bentuk pendayung sampan. Bila janin makin membesar, barulah sel-sel tu akan terbelah secara automatik dan membentuk lima jari yang sempurna.

Tapi untuk kes Polidaktili ni, proses pembelahan tu terlebih rajin sikit. Dia terbelah lebih dari lima.

Benda ni sangat normal, selalunya diwarisi dari genetik keluarga dan majoritinya langsung tak bahaya. Ia cuma lebihan jari. Ada kes yang cuma ada lebihan kulit dan daging je, tapi macam dalam x-ray viral ni, ia sangat rare sebab siap ada tulang dan sendi penuh. Memang function habis.

Selalunya pakar bedah pediatrik akan nilai dulu. Kalau tak kacau fungsi tangan nak pegang barang, biar je la benda tu jadi superpower dia.

Salute dekat mak dia sebab sangat chill, positif dan pandai counter balik mulut orang dengan lawak. Budak ni confirm membesar jadi orang yang cool dan yakin dengan diri sendiri.

Korang ada tak kawan yang lahir-lahir je terus ada ciri fizikal rare macam ni. Suruh dorang flex sikit bakat terpendam dorang.

Malam ni sebelum letak kepala atas bantal, cuba rapatkan hidung dan bau sikit sarung bantal tu. Ada bau masam-masam hapa...
16/04/2026

Malam ni sebelum letak kepala atas bantal, cuba rapatkan hidung dan bau sikit sarung bantal tu. Ada bau masam-masam hapak atau bau minyak rambut tak?

Ramai yang rajin cuci muka berjam-jam depan cermin tiap-tiap malam. Pakai serum, pelembap, krim malam harga beratus ringgit. Tapi bila tidur, muka yang wangi tu dia tekap atas bantal yang dah dua bulan tak bertukar sarung.

Sini kami nak cerita sikit rahsia geli atas katil yang ramai buat-buat lupa.

Bantal yang tak ditukar sarung ni ibarat tapak pelupusan sampah mikroskopik. Ia mengumpul peluh malam, air liur basi, sel kulit mati yang luruh, dan minyak dari rambut anda.

Kombinasi lembap dan kotor ni adalah syurga dunia untuk hama tungau habuk membiak beramai-ramai. Mereka makan sel kulit mati kita dan tinggalkan najis hama di celah-celah benang sarung bantal tu.

Esok pagi bila bangun, mula lah bersin tak berhenti sampai berair mata. Hidung tersumbat teruk. Muka dan dahi tiba-tiba naik jerawat pasir merah-merah.

Bila jadi macam ni, cepat je kita salahkan resdung keturunan atau salahkan produk pencuci muka tak serasi. Padahal punca utama ada betul-betul bawah kepala sendiri.

Muka kita bergesel dengan najis hama tu selama lapan jam setiap malam. Macam mana kulit tak meradang.

Tolonglah tukar tabiat sikit. Paling kurang, tukar sarung bantal tu seminggu atau dua minggu sekali. Bantal tu sendiri pun rajin-rajinlah bawa keluar jemur bawah panas terik matahari untuk matikan hama.

Cuba pusing sebelah tengok bantal orang rumah anda tu. Agak-agak warna dia putih bersih lagi atau dah bertukar jadi kuning peta dunia. Suruh dia pergi salin sarung bantal sekarang sebelum tidur.

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Public Health Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Public Health Malaysia:

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share