HADIS Childrens Therapy Centre

HADIS Childrens Therapy Centre terapi carakerja
intervensi awal
"after school program"
"school readiness"
kemahiran bermain

“Kerja itu ibadah, usaha itu amanah.Hari ini kita hargai semua pekerja!" Selamat Hari Pekerja 2026!❤️
30/04/2026

“Kerja itu ibadah, usaha itu amanah.
Hari ini kita hargai semua pekerja!"

Selamat Hari Pekerja 2026!❤️



27/04/2026

23 April 2026
✨ Khidmat Sokongan Komuniti HADIS Childrens Therapy Centre bersama Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) di SMK Jelutong (PPKI SMK Jelutong) ✨

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) dan SMK Jelutong atas ruang dan peluang untuk kami bersama-sama berkongsi tips dan idea dalam merancang dan melaksanakan PdP anak-anak MBPK menggunakan pendekatan terapi carakerja.

Kerjasama erat antara pusat terapi kanak-kanak istimewa dan pihak sekolah memainkan peranan penting bukan sahaja dalam membangunkan potensi anak-anak, tetapi juga dalam memperkasa kemahiran guru.

Dengan sokongan sebegini, kita bersama-sama membina ekosistem pendidikan yang lebih inklusif, penuh kasih sayang, dan berdaya maju untuk masa depan anak-anak kita.

Semoga usaha murni kedua belah pihak dapat di teruskan di masa akan datang.

“Kerjasama sekolah dan pusat terapi = anak & guru lebih maju 🌟





20/04/2026

🌸 The Hanen Program🌸

Melalui program ini, ibu ayah dapat 'bonding time' dengan anak serta boleh belajar teknik untuk latih anak dengan lebih praktikal di rumah.



&achieve

19/04/2026

Dengarkan apa kata peserta Program SIRI 1 :Menyelami Dunia Anak Istimewa 😍🌸

"Seronok mendengar pengalaman anda semua!
Setiap respon adalah semangat untuk kami teruskan usaha 💡"




17/04/2026

✨ PROGRAM JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG X HADIS ✨

Terima kasih kepada semua ibu ayah yang hadir dalam Siri 1 Menyelami Dunia Anak Istimewa!😍

Kehadiran anda menjadikan program ini penuh makna dan semangat.
Semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat buat kita semua dalam menyokong anak-anak istimewa 💖✨

Jom bersama-sama ST dan OT berkongsi ilmu dalam Siri 2 akan datang pada 9/5/26! 🤩





🌟 JOM SERTAI PROGRAM MENYELAMI DUNIA ANAK ISTIMEWA! 🌟Adakah anda ibu bapa atau guru yang ingin lebih memahami keperluan ...
17/04/2026

🌟 JOM SERTAI PROGRAM MENYELAMI DUNIA ANAK ISTIMEWA! 🌟

Adakah anda ibu bapa atau guru yang ingin lebih memahami keperluan anak istimewa?

Program ini direka khas untuk membantu anda mengenali potensi, cabaran serta cara terbaik menyokong perkembangan mereka ❤️

📌 Tarikh: 11 April 2026 ( SIRI 1) & 09 Mei 2026 (SIRI 2)
📍 Tempat: Dewan PPD Seberang Perai Utara 💰 Yuran: RM20 per siri

✨ Sertai kami untuk menimba ilmu, berkongsi pengalaman dan membuka perspektif baharu dalam mendidik anak istimewa.

📲 Tempat adalah terhad! Daftar segera melalui pautan berikut:

https://tinyurl.com/bdz6ypbn

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian, Admin Hadis: +6010-5040549

“Fahami mereka, dekati dunia mereka.” 💙

16/04/2026
08/04/2026

POV: As An Occupational Therapist🌸

Sebagai seorang occupational therapist, saya melihat setiap usaha kecil anak menjadi langkah besar dalam perjalanan mereka, dan di sebalik setiap pencapaian itu ada kasih sayang serta kesabaran ibu bapa yang menjadi sumber kekuatan.

Occupational therapy bukan sekadar latihan, tetapi sebuah perjalanan bersama keluarga untuk membina keyakinan, harapan, dan masa depan yang lebih cerah, di mana setiap senyuman anak adalah hadiah paling berharga buat kita semua.

Sebagai seorang terapis carakerja di HADIS, saya bukan hanya lakukan sesi terapi kepada anak-anak, saya juga terlibat untuk sesi konsultasi kepada ibu bapa dan guru. Selain itu, saya juga terlibat untuk aktiviti luar bersama komuniti dan sekolah, menghadiri kelas dan kursus untuk menambahkan ilmu bagi meningkatkan cara intervensi dijalankan serta menjalankan perkongsian ilmu bersama rakan-rakan sekerja yang lain.

Love ;
💙 O. T 💚

🌟 JOM SERTAI PROGRAM MENYELAMI DUNIA ANAK ISTIMEWA ! 🌟Adakah anda ibu bapa atau guru yang ingin lebih memahami keperluan...
02/04/2026

🌟 JOM SERTAI PROGRAM MENYELAMI DUNIA ANAK ISTIMEWA ! 🌟

Adakah anda ibu bapa atau guru yang ingin lebih memahami keperluan anak istimewa?
Program ini direka khas untuk membantu anda mengenali potensi, cabaran serta cara terbaik menyokong perkembangan mereka ❤️

📌 Tarikh: 11 April 2026 ( SIRI 1) & 09 Mei 2026 (SIRI 2)
📍 Tempat: Dewan PPD Seberang Perai Utara
💰 Yuran: RM20 per siri

✨ Sertai kami untuk menimba ilmu, berkongsi pengalaman dan membuka perspektif baharu dalam mendidik anak istimewa.

📲 Tempat adalah terhad! Daftar segera melalui pautan berikut:

https://tinyurl.com/bdz6ypbn

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian, Admin Hadis : +6010-5040549

“Fahami mereka, dekati dunia mereka.” 💙

💙Selamat Menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia 2026💙2 April Autisme adalah keunikan, bukan sekadar diagnosis.✨ "Seper...
02/04/2026

💙Selamat Menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia 2026💙

2 April


Autisme adalah keunikan, bukan sekadar diagnosis.

✨ "Seperti orang lain, individu autistik berhak membentuk kehidupan mereka sendiri – dan bersama-sama, mereka turut membantu membentuk masa depan kita yang lebih inklusif dan penuh harapan." ✨ - António Guterres

✨ 2026: Tahun Harapan & Inspirasi ✨ Kami di HADIS Children Therapy mengucapkan Selamat Tahun Baru! ✨Tahun 2026 kami akan...
31/12/2025

✨ 2026: Tahun Harapan & Inspirasi ✨

Kami di HADIS Children Therapy mengucapkan Selamat Tahun Baru! ✨

Tahun 2026 kami akan berusaha lagi untuk terus berinovasi dalam terapi kanak-kanak, memperkukuh kerjasama dengan ibu bapa, dan mencipta ruang intervensi penuh kasih sayang.

💖 Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada komuniti kami.

💖 Jom kita melangkah ke 2026 dengan senyuman & semangat baru!

SELAMAT TAHUN BARU 2026!🎉🎊

Ikhlas;
HADIS CHILDREN THERAPY SDN.BHD

Address

No1, Bertam Putra Seksyen2/12, Taman Bandar Putra Bertam
Pinang
13200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60134158200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HADIS Childrens Therapy Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share