07/05/2026
Masyarakat terdahulu membentuk kehidupan berasaskan pemerhatian terhadap alam dan penghayatan terhadap kebesaran Tuhan.Mereka menitikberatkan keseimbangan antara pembangunan diri, kekuatan akal, kestabilan emosi dan hubungan spiritual
Daripada cara hidup inilah lahirnya pelbagai warisan seperti seni persilatan,ilmu perubatan tradisional, sistem pemerintahan serta budaya masyarakat yang penuh adab dan nilai.Mengenali warisan leluhur bukan bermaksud mengagungkan individu terdahulu secara berlebihan, tetapi memahami perjalanan sejarah yang membentuk identiti sesuatu bangsa.
Dalam kisah generasi lama, terdapat banyak nilai yang boleh dijadikan pedoman seperti keberanian, disiplin, kebijaksanaan, kesetiaan dan semangat berkhidmat kepada masyarakat
Apabila manusia semakin jauh daripada sejarah dan asal-usulnya, mereka mudah kehilangan arah serta identiti diri. Sebaliknya, memahami latar warisan keluarga, budaya dan sejarah kehidupan dapat membantu seseorang mengenali potensi, kekuatan dalaman dan nilai yang membentuk dirinya hari ini
Seperti sepohon pokok yang memerlukan akar yang kuat untuk terus hidup, manusia juga memerlukan asas nilai dan kefahaman tentang asal-usul supaya dapat berdiri teguh dalam menghadapi cabaran kehidupan moden.
-Master Nizam-
Pengasas Terapi Miftahunnur