10/05/2026
【Sebenarnya, ia bukan “Tangan Mewah”...
tetapi “Tangan Mama”. 🥺】
Tangan ramai ibu…
selalu kering, kasar, merekah dan pedih.
Basuh pinggan terasa sakit,
kena air rasa gatal,
musim panas merekah, musim hujan pun merekah.
Kadang-kadang sampai nak pegang anak, basuh rambut atau memasak pun terasa pedih.
Tapi ramai cuma senyum dan cakap,
“Alaa… tangan mewah lah tu.”
Tapi… mana mewahnya?
Kalau betul mewah,
tangan itu sepatutnya dijaga, dibelai dan direhatkan.
Bukan tangan yang hari-hari kena sabun, pencuci, air dan kerja rumah tanpa henti.
Sejak anak lahir,
ramai ibu hampir tak pernah “rehat” dengan tangan mereka.
Tengah malam basuh botol susu,
anak muntah kena cuci cadar,
pinggan mangkuk, baju, lantai, tandas…
tangan mereka sentiasa bekerja untuk keluarga.
Kadang-kadang sampai kulit pecah dan berdarah pun,
mereka cuma sapu sikit krim… dan sambung buat kerja semula.
Sebab dalam hati seorang ibu selalu ada ayat ini:
“Tak apa… saya tahan dulu.”
Lama-lama,
tangan yang dulu lembut dan cantik,
mula jadi kasar, sensitif dan mudah luka.
Dalam perubatan, “tangan mewah” sebenarnya ialah sejenis eczema tangan.
Kerap terkena air, sabun, bahan pencuci dan geseran berulang
akan merosakkan skin barrier dan membuat kulit semakin lemah.
Ia bukan tanda kemewahan.
Ia tanda pengorbanan seorang ibu. ❤️
🌿 Kalau ibu anda ada masalah seperti ini, cuba ingatkan mereka:
• Pakai sarung tangan semasa buat kerja rumah (Nitrile atau Vinyl lebih sesuai)
• Kurangkan sentuhan dengan pencuci kuat
• Jangan terlalu kerap basuh tangan jika tidak perlu
• Sapu hand cream / moisturiser dengan kerap
• Jangan tunggu sampai kulit pecah berdarah baru nak jaga
Sebab ibu selalu menjaga semua orang…
tetapi paling selalu terlupa menjaga diri sendiri.
Tahun ini, jangan cuma hadiahkan bunga. 🌸
Peganglah dan hargailah tangan yang sudah penat menjaga kita bertahun-tahun lamanya.