18/07/2022
Punca darah tinggi
#1. Genetik punca darah tinggi yang utama
Sesetengah penyelidik mempercayai bahawa genetik tertentu di dalam DNA anda turut boleh menyebabkan wujudnya hipertensi.
Sememangnya hampir tiada apa yang boleh dilakukan untuk mengubah genetik anda.
Tetapi mengetahui bahawa terdapat ahli keluarga seperti ibu bapa, datuk atau nenek, mahupun adik-beradik yang mempunyai hipertensi, sudah tentu dapat membantu pakar perubatan untuk menentukan jika anda mungkin berisiko untuk turut mengalaminya.
#2. Pengambilan garam berlebihan
Umumnya, pengambilan garam secara berlebihan, sama ada secara langsung atau garam yang terkandung dalam makanan diproses, akan meningkatkan risiko untuk mengalami tekanan darah tinggi.
American Heart Association mencadangkan pengambilan garam sehari hanya pada kadar kurang daripada 1,500 miligram (mg).
Walau bagaimanapun, dikatakan kebanyakan individu di negara tersebut mengambil lebih daripada 3,400 mg garam sehari.
Pengambilan garam secara berlebihan untuk tempoh jangka masa yang panjang akan meningkatkan kecenderungan untuk mengalami strok, masalah jantung serta masalah kesihatan lain.
Namun, pengambilan garam yang disyorkan itu sudah tentunya berbeza bagi individu yang lebih berusia, mereka yang menghidapi diabetes atau masalah buah pinggang.
#3. Kurang kalium dalam tubuh badan
Jika pengambilan garam yang berlebihan dikatakan punca darah tinggi, sebaliknya kekurangan kalium di dalam tubuh badan juga turut boleh menjadi salah satu puncanya.
Individu yang mengambil makanan dengan kalium dalam jumlah yang seimbang, akan kurang berisiko untuk mempunyai masalah tekanan darah tinggi.
American Heart Association mencadangkan untuk mengambil antara 3,500 hingga 5,000 mg kalium dalam sehari.
Sudah tentu, setiap perkara yang diambil secara berlebihan akan mengundang kesan sampingan, begitu juga dengan kalium.
Mengambil kalium dalam jumlah yang terlalu banyak akan menyebabkan masalah berkaitan jantung.
Jadi untuk mengetahui jumlah kalium yang sesuai dengan anda, pastikan anda berjumpa dan melakukan rundingan dengan doktor perubatan anda.
#4. Ubat-ubatan juga punca darah tinggi
Sesetengah ubat-ubatan tertentu turut boleh menjadi punca darah tinggi.
Pengambilan ubatan tertentu akan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi sebagai kesan sampingan.
Bergantung kepada keadaan dan tahap kesihatan anda, doktor boleh menyesuaikan dos ubatan, mengubah jenis ubat atau merawat masalah tekanan darah tinggi yang dialami dengan cara yang berasingan.
Bagi sesetengah individu, keadaan kesihatan tertentu boleh mendasari punca darah tinggi.
Merawat masalah kesihatan yang dihadapi akan dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi yang dialami.
#5. Masalah buah pinggang juga antara puncanya
Buah pinggang merupakan organ yang sangat penting.
Ia bertanggungjawab dalam menjalankan fungsi untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin ketika anda kencing.
Tetapi buah pinggang yang mempunyai masalah tidak akan dapat berfungsi dengan baik.
Banyak perkara yang boleh menjejaskan fungsi buah pinggang.