SK Andek Mori - SKAM Sustainable Legacy

SK Andek Mori - SKAM Sustainable Legacy Mari lestarikan masa depan bersama kami!

Laman page SK Andek Mori, Pontian ini memberi fokus kepada Pendidikan Kelestarian, Amalan Hijau dan Pemerkasaan Komuniti serta Mendidik masyarakat, Memelihara Warisan.

🌱 JOM BELAJAR TEKNIK PENGHASILAN BAJA KOMPOS DARIPADA SISA ORGANIK ♻️Satu pendekatan pendidikan ke arah kelestarian alam...
06/05/2026

🌱 JOM BELAJAR TEKNIK PENGHASILAN BAJA KOMPOS DARIPADA SISA ORGANIK ♻️

Satu pendekatan pendidikan ke arah kelestarian alam sekitar. Berikut ialah ringkasan proses penghasilan baja kompos yang boleh dilaksanakan di sekolah atau di rumah:

1. Penyediaan Larutan Starter (Mikroorganisma)Campurkan tempe, gula merah dan air, kemudian peram selama 3–5 hari bagi mengaktifkan mikroorganisma.

2. Penyediaan Medium KomposGaulkan larutan starter bersama sekam padi dan tanah bakar sehingga sebati.

3. Pengaktifan MikroorganismaPeram campuran selama kira-kira 1 minggu sehingga terbentuk spora putih sebagai tanda aktiviti mikroorganisma.

4. Penambahan Sisa OrganikTambah sisa makanan organik secara berperingkat dan gaul secara konsisten bagi memastikan proses pereputan yang efektif.

5. Pemeraman AkhirApabila bekas penuh, peram selama 1 minggu sebelum kompos sedia digunakan.

πŸ’‘ Amalan Baik:β€’ Pastikan kelembapan bahan seimbangβ€’ Gunakan sisa organik sahaja (elakkan bahan berminyak)β€’ Lakukan penggaulan secara berkala

Inisiatif ini menyokong pembudayaan amalan kitar semula serta membentuk kesedaran murid terhadap pengurusan sisa secara lestari.

β€œDari Sisa ke Baja: Jom Hijaukan Sekolah” 🌿

RCE Iskandar
Fauziah Mohd Noor Gee
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp


TERIMA KASIH SWCorp Cawangan Pontian πŸ’•πŸ₯°Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Jefri bi...
06/05/2026

TERIMA KASIH SWCorp Cawangan Pontian πŸ’•πŸ₯°

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Jefri bin Mohammad dan Encik Mohamad Shahrul bin Ali, Penguatkuasa SWCorp Cawangan Pontian, atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran berkaitan pengurusan sisa kepada penghasilan baja (kompos) bersama warga sekolah.

Perkongsian yang sangat bermanfaat ini bukan sahaja membuka minda murid dan guru, malah menyemai kesedaran tentang kepentingan amalan kitar semula dan kelestarian alam sekitar.

Semoga kerjasama ini terus diperkukuhkan dalam usaha melahirkan generasi yang lebih prihatin terhadap alam sekitar.

Kerjasama Anda, Inspirasi Kita! β™»οΈπŸŒ±

RCE Iskandar
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp
Fauziah Mohd Noor Gee

πŸ“’ PROGRAM PERKONGSIAN ILMU DARI SISA KE BAJA: JOM HIJAUKAN SEKOLAH 🌱Alhamdulillah, pada 6 Mei 2026 (Rabu) telah berlangs...
06/05/2026

πŸ“’ PROGRAM PERKONGSIAN ILMU DARI SISA KE BAJA: JOM HIJAUKAN SEKOLAH 🌱

Alhamdulillah, pada 6 Mei 2026 (Rabu) telah berlangsung dengan jayanya program β€œDari Sisa ke Baja: Jom Hijaukan Sekolah” bertempat di SK Andek Mori.

Program ini melibatkan penyertaan aktif murid Tahun 5 & 6, guru-guru serta ibu bapa, dengan objektif untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengurusan sisa makanan secara lestari melalui penghasilan baja kompos.

Sepanjang program, para peserta telah didedahkan dengan:
βœ… Kepentingan mengurangkan sisa makanan
βœ… Kaedah menghasilkan baja kompos secara mudah
βœ… Amalan menjaga alam sekitar dalam kehidupan seharian

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada SWCorp Cawangan Pontian atas perkongsian ilmu dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Diharapkan program seperti ini dapat memupuk sikap cinta akan alam sekitar serta membudayakan amalan hijau dalam kalangan warga sekolah dan komuniti setempat.

🌿 β€œDari Sisa ke Baja, Bersama Kita Hijaukan Sekolah” 🌿

RCE Iskandar
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp
Fauziah Mohd Noor Gee


Dari Sisa ke Baja : Jom Hijaukan Sekolah !*πŸ§‘πŸ»β€πŸŒΎπŸ€Assalamualaikum wbt & Selamat SejahteraSukacita dimaklumkan, Unit Kelest...
06/05/2026

Dari Sisa ke Baja : Jom Hijaukan Sekolah !*πŸ§‘πŸ»β€πŸŒΎπŸ€

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera

Sukacita dimaklumkan, Unit Kelestarian Baja Kompos SK Andek Mori akan mengadakan program perkongsian ilmu bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Perkongsian ilmu ini adalah berfokus untuk pembuatan baja kompos daripada sisa makanan dan bahan organik. Berikut merupakan butiran program :

πŸ“† Tarikh : 6 Mei 2026 (Rabu)
πŸ•˜ Masa : 9.00 - 11.00 pagi
πŸ›οΈ Tempat : Dewan Wawasan, SK Andek Mori

Sehubungan itu, semua murid tahun 5 & 6 bersama ibu bapa adalah dijemput untuk hadir dalam program ini. Sekian, Terima kasih πŸ™ŒπŸ»





RCE Iskandar
Fauziah Mohd Noor Gee
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp

πŠπ„πŒππ„π π‰πŽπŒ π‰πˆπŒπ€π“ π„π‹π„πŠπ“π‘πˆπŠ π’πŠπ€πŒ βš‘οΈπŸ’‘πŸ”ŒKempen β€œJom Jimat Elektrik” ialah inisiatif untuk menggalakkan warga sekolah mengguna...
02/05/2026

πŠπ„πŒππ„π π‰πŽπŒ π‰πˆπŒπ€π“ π„π‹π„πŠπ“π‘πˆπŠ π’πŠπ€πŒ βš‘οΈπŸ’‘πŸ”Œ

Kempen β€œJom Jimat Elektrik” ialah inisiatif untuk menggalakkan warga sekolah menggunakan tenaga elektrik secara bijak dan berhemah bagi mengurangkan pembaziran, menjimatkan kos, serta memelihara alam sekitar demi kelestarian masa depan.

Berikut cadangan strategi pelaksanaan program β€œJom Jimat Elektrik” di Sekolah Kebangsaan Andek Mori dengan fokus kepada pendidikan kelestarian:

πŸ”‹ 1. Fasa Kesedaran (Awareness)

Mulakan dengan memberi pendedahan kepada warga sekolah:

* Perhimpunan khas pelancaran kempen (tayangan poster & video pendek).
* Hebahan melalui papan kenyataan, kelas dan media sosial sekolah.
* Guru menerangkan kepentingan penjimatan elektrik dalam subjek seperti Sains & Pendidikan Moral.

πŸ‘‰ Matlamat: Murid faham kaitan antara penggunaan elektrik, kos dan alam sekitar.

⚑ 2. Fasa Amalan Harian (Action)

Jadikan penjimatan sebagai rutin:

* Tetapkan peraturan kelas (contoh: lampu ditutup jam 8:30 pagi).
* Lantik β€œPengawas Tenaga” dalam setiap kelas untuk pantau suis, kipas dan peralatan.
* Gunakan pelekat peringatan di suis dan soket elektrik.

πŸ‘‰ Matlamat: Membentuk tabiat berjimat secara konsisten.

🌱 3. Fasa Penglibatan (Engagement)

Libatkan semua warga sekolah:

* Pertandingan kelas paling jimat elektrik.
* Aktiviti kreatif seperti melukis poster atau mencipta slogan.
* Program gotong-royong β€œSekolah Hijau”.

πŸ‘‰ Matlamat: Wujudkan rasa tanggungjawab bersama.

πŸ“Š 4. Fasa Pemantauan (Monitoring)

Pantau keberkesanan program:

* Rekod penggunaan elektrik bulanan sekolah.
* Bandingkan data sebelum dan selepas program.
* Guru kelas buat laporan ringkas mingguan.

πŸ‘‰ Matlamat: Menilai impak sebenar program.

πŸ† 5. Fasa Pengiktirafan (Recognition)

Beri ganjaran untuk galakkan motivasi:

* Anugerah β€œKelas Paling Lestari”.
* Sijil penghargaan kepada murid & guru aktif.
* Pengumuman pencapaian semasa perhimpunan.

πŸ‘‰ Matlamat: Mengukuhkan budaya positif dan berterusan.

🌍 Impak Pendidikan Kelestarian

Program ini membantu murid:

* Memahami konsep kelestarian alam secara praktikal.
* Mengamalkan gaya hidup hijau sejak kecil.
* Menjadi agen perubahan dalam keluarga dan komuniti.

RCE Iskandar
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp
Fauziah Mohd Noor Gee

πŸŽ‰ Tahniah & Syabas! πŸŽ‰Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua warga sekolah atas kejayaan menjayakan program J...
02/05/2026

πŸŽ‰ Tahniah & Syabas! πŸŽ‰

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua warga sekolah atas kejayaan menjayakan program Jom Derma Pakaian Terpakai πŸ‘•πŸ’™

Sebanyak 5449 kg pakaian telah berjaya dikumpulkan β€” satu pencapaian yang amat membanggakan! Sumbangan anda bukan sahaja meringankan beban mereka yang memerlukan, malah membawa sinar harapan dan senyuman kepada ramai insan.

Terima kasih atas keikhlasan, kerjasama dan semangat kebersamaan yang ditunjukkan. Semoga amalan murni ini terus subur dalam diri kita semua.

✨ Teruskan kebaikan, sebarkan keprihatinan!πŸ’ž Bersama membina masyarakat penyayang.

RCE Iskandar
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp
Fauziah Mohd Noor Gee



NANTIKAN TAMAN  LESTARI SKAM πŸ€«πŸ’•β™»οΈπŸš›.MARI SUMBANG BOTOL PLASTIK TERPAKAI UNTUK TAMAN LESTARI SEKOLAH KAMI πŸ₯°
01/05/2026

NANTIKAN TAMAN LESTARI SKAM πŸ€«πŸ’•β™»οΈπŸš›.

MARI SUMBANG BOTOL PLASTIK TERPAKAI UNTUK TAMAN LESTARI SEKOLAH KAMI πŸ₯°

MOHON SUMBANGAN BOTOL PLASTIK TERPAKAI ♻️

Assalamualaikum warga SKAM

Dalam usaha menceriakan lagi kawasan lanskap sekolah, kami memerlukan sumbangan botol plastik terpakai daripada ibubapa/penjaga untuk tujuan Pembinaan projek Taman lanskap kreatif (DIY Garden).

Ibubapa boleh menghantar dan letakkan di kawasan parking belakang ( kawasan kitar semula)

Satu botol, sejuta makna buat keceriaan sekolah. Terima kasih! 😊

SKAM kearah kelestarian.


𝟏.𝟐 𝐓𝐀𝐍 π’πˆπ’π€ ππ„π‘π‰π€π˜π€ πƒπˆπŠπ”πŒππ”π‹πŠπ€ππŸŒπŸŒΏAlhamdulillah! Program Zero Waste Ramadan kita telah membuahkan hasil yang luar biasa....
01/05/2026

𝟏.𝟐 𝐓𝐀𝐍 π’πˆπ’π€ ππ„π‘π‰π€π˜π€ πƒπˆπŠπ”πŒππ”π‹πŠπ€ππŸŒπŸŒΏ

Alhamdulillah! Program Zero Waste Ramadan kita telah membuahkan hasil yang luar biasa. Siapa sangka, tindakan kecil kita mengasingkan sisa di rumah mampu memberi impak sebesar ini kepada bumi! 🌏✨

Berikut adalah data pencapaian hasil pengumpulan bahan kitar semula yang direkodkan oleh aplikasi SWM Environmet:
β€’ 1,188 KG (1.2 Tan) sisa berjaya dikumpul dan diasingkan daripada berakhir di tapak pengumpulan kitar semula!
β€’ 3,768 Mata Ganjaran terkumpul hasil daripada usaha kitar semula ini.
β€’ Kertas & Logam muncul sebagai penyumbang terbesar, diikuti oleh plastik dan barangan elektrik/elektronik.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan inisiatif Sustainable Legacy ini. Kita bukan sahaja mengurangkan sisa, malah kita sedang membina warisan hijau untuk generasi akan datang. πŸ’š
Jom teruskan momentum ini! Kitar semula bukan sekadar kempen, tapi satu gaya hidup. ♻️πŸ’ͺ

RCE Iskandar
SK Andek Mori - Official

INILAH MASANYA SKAM KEARAH LESTARI β™»οΈπŸš›RCE Iskandar
01/05/2026

INILAH MASANYA SKAM KEARAH LESTARI β™»οΈπŸš›

RCE Iskandar


Address

SK Andek Mori, Pontian, Jalan Serkat
Pontian
82300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Andek Mori - SKAM Sustainable Legacy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share