19/09/2025
🎉 Karnival Kesihatan Kuala Selangor 2025. Bersama Ahli Majlis - Majlis Perbandaran Kuala Selangor ( MPKS) Zon 6
Dengan sukacitanya menjemput anda ke *Karnival Kesihatan Kuala Selangor 2025 — Satu acara komuniti penuh manfaat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan *secara PERCUMA* untuk semua!
✨ *Antara perkhidmatan & aktiviti menarik yang disediakan:*
✅ Saringan Kesihatan *Peka B40* & Pemeriksaan Kesihatan *PERKESO HSP 4.0*
✅ *Bantuan alat perubatan* sehingga RM20,000
🔗 Semak kelayakan anda:
https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan
https://sehati.perkeso.gov.my/check
👁 *Pemeriksaan mata PERCUMA* untuk semua peserta
👓 *Subsidi Cermin mata* khas untuk semua yang hadir
🩺 *Saringan kesihatan lain secara PERCUMA*, termasuk:
* Ujian kanser
* Ujian Antibodi Hepatitis B & C
* Ujian kandungan karbon monoksida (CO) dalam nafas *(sangat disarankan kepada perokok)*
* Pemeriksaan Payudara
* *Mamogram percuma* (jika perlu)
* *Pap Smear percuma* (jika perlu)
* Ujian gula dalam darah
🤝 *Khidmat nasihat* daripada *Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)*
📍 *Lokasi*: Dewan MPKS Bandar Baru
Jalan 2/3 Bandar Baru Kuala Selangor , Selangor D.E
🕘Masa*: 9.00 pgi - 2.00 ptg. *Tarikh*: 20 September 2025
Sabtu.
🎈 *Jangan lepaskan peluang keemasan ini! . Bawalah keluarga dan rakan-rakan anda bersama hadir ke *Karnival Kesihatan Kuala Selangor 2025 . Semua dijemput hadir!
Saringan kesihatan TIDAK PERLU Berpuasa !!!*
Jom beramai ramai ke.
🎉 Dewan MPKS Bandar Baru Kuala Selangor.
Participation in Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) is automatic based on the set criteria, namely recipients of Sumbangan Tunai Rahmah (STR) and their registered spouses who are aged 40 years and above. No registration is required to join PeKa B40.