13/04/2026
Dari awal kami direstui dan diijab kabulkan sebagai suami isteri
Beliau sering menyebut tentang "jika beliau pergi dahulu"
Kali pertama dengar, saya nangis
Bila berkali2 dengar, macam2 difikirkan
Pernah tanya, beliau ada sakit kronik apa2 ke
Jawabnya, tiada.
Tapi hati masih tak sedar
Yang hidup di dunia ni memang sementara
Hanya persinggahan
Sebelum ke alam seterusnya
Lama2, bila sering beliau sebut
Bila selalu dengar tazkirah tentang ujian, pahala, pinjaman
Entah kali yang ke berapa
Baru hati terdetik dan dijentik
Ya Allah
Semua ini pinjaman
Beliau, anak2, kebahagiaan
Satu hari Allah akan minta semula
Supaya hati tidak cintakan yang lain melebihi cinta kepadaNya
Selepas Allah menjemput beliau pulang
Baru sedar walau saya tidak pernah bersedia
Apa yang beliau ucapkan adalah didikan
Hakikat sebuah kehidupan
Jangan pernah meletakkan manusia dan dunia di hati
Hanya Allah dan Rasulullah bertakhta....
Ya Allah
Muliakan aku, suamiku Abdul Basyed Abdul Rahman, anak2 kami, kedua-dua ibu bapa kami, adik beradik kami dan seluruh kaum muslimin dan muslimat dengan syurga Firdaus tanpa dihitung dan tanpa diazab aamiin ❤️