Pemuda UMNO Bagan Pinang

Pemuda UMNO Bagan Pinang Official page for Pemuda UMNO Bagan Pinang
- Port Dickson, Negeri Sembilan -

Tak lari bila kapal mula tenggelam. Dikerah seluruh tenaga untuk menampal mana yang bocor, mana yang kurang. Kemudian hi...
05/12/2025

Tak lari bila kapal mula tenggelam. Dikerah seluruh tenaga untuk menampal mana yang bocor, mana yang kurang. Kemudian hidupkan semula dengan kelasi dan pelayar muda. Malah jika ada taufan dan ribut melanda, beliau tadahkan dada menerima semua bagi melindungi kapal yang beliau sayangi. Kapalmu tidak akan pernah lupa perjuanganmu. Mereka akan rindukan arahan, marah dan sayangmu.

Semoga Allah mengampuni dosa dosamu dan memudahkan urusan keluarga yang ditinggalkan.

Innalillahi Wainna Ilayhi Rojiun
Salam Takziah

Buat Seluruh Ahli Keluarga
Datuk Seri Panglima B**g Moktar bin Radin
PENGERUSI BARISAN NASIONAL SABAH

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan bertaqwa serta diampuni dosa dosanya dan tempatkannya dikekasih kekasih Allah.

Al-Fatihah
Salam Takziah daripada seluruh
kepimpinan Barisan Nasional

terasa sunguh kehilangan. seorang yang berjiwa besar, setia pada parti, lantang bersuara dan pejuang untuk rakyat sabah....
05/12/2025

terasa sunguh kehilangan. seorang yang berjiwa besar, setia pada parti, lantang bersuara dan pejuang untuk rakyat sabah.

Al- fatihah Datuk Seri Dr B**g Moktar Radin

02/12/2025
Admin | 28 November 2025 Jumaat | Edaran Awam (DUN Bagan Pinang)Untuk pengetahuan semua, apabila berlaku bencana seperti...
28/11/2025

Admin | 28 November 2025 Jumaat | Edaran Awam (DUN Bagan Pinang)

Untuk pengetahuan semua, apabila berlaku bencana seperti pokok tumbang, ribut, tanah runtuh, banjir, dan kebakaran perlu membuat langkah-langkah seperti berikut ;

* Mengambil gambar kejadian
* Membuat laporan di Balai Polis yang berhampiran berkaitan bencana yang dialami.
* Perlu mendapatkan borang bencana dari Ketua Kampung / Penghulu atau Pejabat Daerah Dan Tanah Port Dickson dan diisikan dan menyertakan salinan yang berikut.

(𝙖)π˜½π™€π™§π™–π™£π™œ π™—π™šπ™£π™˜π™–π™£π™–
(𝙗) π™Žπ™–π™‘π™žπ™£π™–π™£ 𝙑𝙖π™₯𝙀𝙧𝙖𝙣 π™—π™–π™‘π™–π™ž π™₯π™€π™‘π™žπ™¨
(π™˜)π™Žπ™–π™‘π™žπ™£π™–π™£ 𝙠𝙖𝙙 π™₯π™šπ™£π™œπ™šπ™£π™–π™‘π™–π™£
(𝙙) 𝙂𝙖𝙒𝙗𝙖𝙧-π™œπ™–π™’π™—π™–π™§ π™ π™šπ™Ÿπ™–π™™π™žπ™–π™£

Semoga penerangan ini dapat membantu dan memanfaatkan kepada masyarakat yang ditimpa dalam bencana alam.

Kami mengalu-alukan masyarakat untuk membuat laporan polis (bencana alam) secara online melalui aplikasi e-Reporting

https://ereporting.rmp.gov.my/index.aspx tanpa perlu hadir ke balai polis.

Hubungi untuk maklumat lanjut :-

π—π—£π—žπ—ž 𝗗𝗨𝗑 Bagan Pinang

Tok Hassan : +60 19 759 9808 - Kg Bagan Pinang

08/11/2025

tak paham Logik sesetengah Penyokong PH dan PPBM ( dulu PPBM adalah sebahagian daripada PH)

LYNAS
- zaman Najib, bahaya kesihatan
- zaman PMX mineral strategik untuk eksport ke US

BR1M
- zaman Najib, rasuah rakyat
- zaman PMX, STR bantu rakyat

ZAHID HAMIDI
- zaman PN-BN, penyamun
- zaman Madani, pemimpin

ECRL
- zaman Najib, membazir duit rakyat
- zaman PMX, tambah bajet untuk teruskan

PROTON-GEELY
- zaman Najib, β€œ bagai kehilangan anak”
- zaman PMX, X70, X90 kebanggan negara

SAPURA bailout
- zaman PN-BN, tak Boleh bail out, sampai PMX berdebat dengan Najib
- zaman PMX, bail out Sapura

HUTANG NEGARA
- zaman Najib, 686 Billion = Negara Bankrap
- zaman PMX, 1.3 Trillion = Ekonomi Negara stabil

PRESIDEN US MELAWAT
- zaman Najib, gadaikan perjuangan Palestin
- zaman PMX, Malaysia Berjaya !

PEUNDANGAN
- zaman Najib, Peguam Negara memihak kerajaan - ini campurtangan politik!
- zaman PM7, Peguam Negara adalah bekas peguambela ahli politik DAP PH dan gugurkan kes terhadap bekas anak guaman - OK Je

MACC
- zaman Najib, KP SPRM memihak kerajaan - ini campurtangan politik!
- zaman PM7, Bekas Ahli Politik PH dilantik sebagai KP SPRM - OK je

PELABURAN CHINA
- zaman Najib, β€œ jual Negara”
- zaman PMX, Berjaya mendapatkan Pelaburan Asing!

CUKAI
- zaman Najib, Cukai GST 6% membebankan rakyat
- zaman PMX, Cukai SST 5/6/8/10 % dengan peluasan skop, FSI, peningkatan Cukai Individu, Cukai CGT, Cukai Dividen - membantu perkembangan ekonomi

Palestin
- zaman Najib, Najib lawat Gaza & beri bantuan - itu duit rakyat ! Wayang je !
- zaman PMX, PMX sumbangkan 200juta duit rakyat, PMX wira Palestin!

Logik apa ni?

Saya lebih s**a PM Malaysia dan President Amerika ni.Satu tidak mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai Ibukota Isr.Satu pernah...
26/10/2025

Saya lebih s**a PM Malaysia dan President Amerika ni.

Satu tidak mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai Ibukota Isr.

Satu pernah menjejaki Gaza sebagai PM.

Masa itu, AS tidak kenakan tariff terhadap eksport Malaysia macam-macam seperti harini.

Malaysia juga banyak melabur di AS dan Sebaliknya.

Terima kasih kepada PM ini, telah buka banyak jalan kepada banyak PM selepas beliau, yang telah menjadikan ASEAN dan Malaysia sebagai satu kuasa yang tidak boleh dikecil-kecilkan di pentas antarabangsa.

Dari Battersea jadi Bettersell.
25/10/2025

Dari Battersea jadi Bettersell.

KUALA LUMPUR: Bangunan utama Battersea Power Station yang menempatkan ibu pejabat Apple Inc di United Kingdom (UK) serta pusat beli-belah yang luas kini dimasukkan ke dalam senarai untuk dijual.

Tiga bulan selepas PMX jumpa dia pada Okt 2024, Trudeau terpaksa letak jawatan sebagai PM Kanada.Belum sampai 8 bulan se...
09/09/2025

Tiga bulan selepas PMX jumpa dia pada Okt 2024, Trudeau terpaksa letak jawatan sebagai PM Kanada.

Belum sampai 8 bulan selepas Ishiba bertemu PMX pada Jan 2025 dan memuji kononnya kerangka Madani sebagai asas kerjasama Jepun-Malaysia, dia terpaksa letak jawatan sebagai Perdana Menteri Jepun selepas partinya kalah teruk dalam pilihan raya.

Belum sampai 2 bulan selepas Paetongtarn menerima lawatan PMX pada Jun 2025 yang kononnya akan naikkan kerjasama Malaysia-Thailand ke paras tertinggi, dia p**a dipecat sebagai Perdana Menteri Thailand oleh Mahkamah Perlembagaan.

Dan juga belum sampai 2 bulan selepas PMX melawat dia pada Julai 2025 yang kononnya membuka lembaran baharu kerjasama Malaysia-Perancis, Bayrou terpaksa meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Perancis selepas kalah undi tidak percaya.

Sri Mulyani, yang sebelum ini diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik dunia, turut dipecat di Indonesia semalam - hanya setahun selepas bertemu PMX yang kononnya pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia.

Dan tak sampai 9 bulan selepas PMX lantik dia sebagai penasihat pada Disember 2024, Thaksin dihukum penjara 1 tahun hari ini.

Siapa p**a selepas ini?

Mari Sahabat Semua Share Post ini agar ramai akan membantu..SUMBANGAN UNTUK KELUARGA SHARUL AFFENDY – RUMAH TERBAKAR DI ...
03/09/2025

Mari Sahabat Semua Share Post ini agar ramai akan membantu..

SUMBANGAN UNTUK KELUARGA SHARUL AFFENDY – RUMAH TERBAKAR DI KAMPUNG PAYA
πŸ—“οΈ Rabu, 3 September 2025
πŸ“ Kampung Paya

Dengan penuh rasa simpati dimaklumkan bahawa rumah keluarga Mohd Sharul Affendy di Kampung Paya telah musnah akibat kebakaran.

Pihak JKM juga telah dimaklumkan dan akan memastikan bantuan sewajarnya disalurkan.

Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa berlaku. Tahniah dan terima kasih kepada anggota Bomba Port Dickson yang bertindak pantas mengawal kebakaran.

Keluarga mangsa seramai 11 orang, termasuk seorang ahli keluarga yang sarat mengandung menunggu hari bersalin,ayah serta adik-beradiknya kini terkesan dengan ujian besar ini.

🀝 Sumbangan ikhlas boleh terus disalurkan melalui:
🏦 Bank CIMB – 7636594644
πŸ‘€ Mohd Sharul Affendy
πŸ“Œ (Atas nama keluarga mangsa)

Semoga segala sumbangan dapat meringankan beban keluarga mangsa. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas budi baik para penyumbang dengan limpahan rezeki dan keberkatan.

πŸ™ Jutaan terima kasih atas sokongan anda. Mohon dipanjangkan mesej ini agar lebih ramai dapat membantu.

πŸ’ Doakan agar keluarga ini diberi ketabahan dan dipermudahkan segala urusan

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68
31/08/2025

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68

Sejarah
31 Ogos 1957
Diturunkan bendera Union Jack
Tamatlah penjajahan
Titik mulanya kita Merdeka

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Bergema di Tanah Melayu
Dinaikkan berkibar megah
Bendera tanah air

Bermula dengan 11 Jalur
Bendera Persekutuan Tanah Melayu
Bertambah kepada 14 Jalur
Bendera negaraku

Dari bangku sekolah lagi
Kami nyanyi
Lagu Negaraku sebelum bermula kelas
Kami kibar
Bendera negaraku

Di kad pengenalan
Bendera tanah air hadir di sisi nama
Pengiktirafan
Pengenalan
Kami anak Malaysia

Setiap tahun bulan 8 dan bulan 9
Berkibar megah
Di setiap pelosok negara
Bendera negaraku

Jangan sesekali kita lupa
Pengorbanan perajurit, wira wirawati
Jangan sesekali kita lupa
Betapa susahnya perjuangan kemerdekaan
Jangan sesekali kita lupa
Bendera negaraku

Selamat menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan Ke-68.

Address

Port Dickson
71000

Telephone

+6066471557

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda UMNO Bagan Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram