Wellness Hub Bagan Pinang - Port Dickson

Wellness Hub Bagan Pinang - Port Dickson Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wellness Hub Bagan Pinang - Port Dickson, Jalan Pantai Batu 4, Port Dickson.

Pusat Perkhidmatan Kesihatan komuniti yang menawarkan perkhidmatan kesihatan antaranya pengurusan berat badan, pengurusan makanan sihat, pengurusan kesihatan mental dan juga konsultasi kesihatan secara percuma bertempat di Bagan Pinang bersebelahan KFC

βœ¨πŸŽ‰ Pertandingan Aerodance & Aerobikton Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2025 Anjuran Jabatan Kesihatan Negeri, Neg...
09/09/2025

βœ¨πŸŽ‰ Pertandingan Aerodance & Aerobikton Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2025 Anjuran Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Kecergasan Negeri Sembilan πŸŽ‰βœ¨

Ayuh sertai acara penuh meriah ini dan buktikan kehebatan anda di pentas kecergasan! πŸ’ͺπŸ”₯

πŸ“Œ Kategori Pertandingan Aerodance :
πŸ’ƒπŸΌTerbuka
πŸ’ƒπŸΌMyChampion

πŸ“Œ Kategori Pertandingan Aerobikton :
πŸ‘Ÿ13 - 18 tahun
πŸ‘Ÿ 19 - 40 tahun
πŸ‘Ÿ 41 tahun ke atas

πŸ† Hadiah Wang Tunai menanti anda!

πŸ—“ Tarikh: 20 September 2025 (Sabtu)
⏰ Masa Pertandingan Aerodance : 9.00 pagi
⏰ Masa Pertandingan Aerobikton : 5.00 - 7.00 petang
πŸ“ Lokasi: Mydin Seremban 2

πŸ“Œ Tarikh Tutup Penyertaan: 12 September 2025

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
πŸ“ž Syafiqah (Aerodance) – 011 1659 3704
πŸ“ž Zin Kaizer Rizal (Aerobikton) – 012 634 6735

πŸ“² Jangan lupa scan QR untuk pendaftaran segera!

πŸ”₯ Jom bersama kita jayakan gaya hidup sihat, ceria dan bertenaga. Jangan lepaskan peluang – daftar sekarang dan jadilah sebahagian daripada kemeriahan!

BMSS Nismilan datang lagi!Tahun ini, BMSS Nismilan membawakan kepada anda Pertandingan Aerodance@BMSS buat semua peminat...
27/08/2025

BMSS Nismilan datang lagi!

Tahun ini, BMSS Nismilan membawakan kepada anda Pertandingan Aerodance@BMSS buat semua peminat tegar senamrobik. Pertandingan secara berkumpulan ini melibatkan 2 kategori pertandingan iaitu kategori Terbuka dan Tertutup MyCHAMPION.

Bukan itu sahaja!

Kami juga turut menanjurkan Pertandingan Aerobikton@BMSS iaitu pertandingan senamrobik tanpa henti selama 1 jam 30 minit dan penyertaan secara individu. 3 kategori dibuka bagi pertandingan ini iaitu kategori bawah 18 tahun, kategori 19 hingga 40 tahun dan kategori 41 tahun ke atas.

Pastinya hadiah lumayan menanti pemenang.

Jangan tunggu lagi! Ayuh daftar segera penyertaan anda, kerana penyertaan terhad kepada 10 pasukan bagi setiap kategori Aerodance@BMSS manakala penyertaan juga terhad bagi Pertandingan Aerobikton@BMSS.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan bersama Persatuan Kecergasan Negeri Sembilan.

Semua ini akan berlangsung pada 20 September 2025 (Sabtu) di Mydin Mall Seremban 2 bersempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera peringkat Negeri Sembilan.




Bersempena Fitness Dance bersempena Sambutan Hari Antidadah Peringkat Negeri Sembilan, team MyChampion Wellness Hub Port...
04/07/2025

Bersempena Fitness Dance bersempena Sambutan Hari Antidadah Peringkat Negeri Sembilan, team MyChampion Wellness Hub Port Dickson turut akan menghantar dua team untuk pertandingan kali ni.

Kalah atau menang kita tak peduli, asalkan kita hantar team & training all out dulu. Sampai ke malam. 😁

Sabtu (28/6/2025) telah berlangsungnya Hari Terbuka Wellness Hub Port Dickson bersama Persatuan Veteran Tentera (Pegawai...
01/07/2025

Sabtu (28/6/2025) telah berlangsungnya Hari Terbuka Wellness Hub Port Dickson bersama Persatuan Veteran Tentera (Pegawai Kadet Tauliah Jangka Pendek 39).

Program yang dijalankan kali ini turut disokong dan dialu-alukan dengan keberangkatan oleh YAM Lt.Kol Tengku Dato' Seri Kamarul Zaman Ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar, Kerabat Diraja Pahang selaku penasihat utama bagi persatuan veteran tersebut.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bersama pihak kesihatan bertujuan dalam mempromosikan perkhidmatan di Wellness Hub serta unit dan agensi kerajaan yang berkaitan dengannya.

Program turut dihadiri oleh Persatuan Warga Emas (PAWE) Port Dickson, komuniti kampung Bagan Pinang serta MyChampion dari daerah Port Dickson dan Seremban.

Kolaborasi Wellness Hub Port Dickson bersama Oilislove dalam menjalankan aktiviti Minda Sihat & taklimat berkaitan terap...
22/06/2025

Kolaborasi Wellness Hub Port Dickson bersama Oilislove dalam menjalankan aktiviti Minda Sihat & taklimat berkaitan terapi minda kepada penduduk di Port Dickson.

Program turut melibatkan aktiviti yang telah disusun atur oleh MyChampion Port Dickson & komuniti Kampung Bagan Pinang Port Dickson melibatkan penyertaan seramai lebih 70 orang. ❀️

Discovery Tour bersama Wellness Hub Port Dickson  kerjasama bersama Oilislove. Jom ramai-ramai orang Port Dickson memeri...
20/06/2025

Discovery Tour bersama Wellness Hub Port Dickson kerjasama bersama Oilislove. Jom ramai-ramai orang Port Dickson memeriahkan program di Wellness Hub Port Dickson esok.

Bersama Zin Yus & MyChampion Kampung Bagan Pinang untuk kekal sihat & aktif.

Jomm!!!🌹

21/03/2025

Saksikan Live Facebook PKD Port Dickson & Wellness Hub Port Dickson petang ini!!!

Bersama Unit Pemakanan PKD Port Dickson dalam membincangkan topik *"Raya Bergaya: Tips Makan Sihat Tanpa Rasa Bersalah"*.

*Tarikh : 21 Mac 2025/ Jumaat*
*Masa : 3.00 petang*

Jangan lupa temujanji kita!πŸ˜„

16/03/2025

Saksikan esok Live Facebook Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson & Wellness Hub Port Dickson.

Bagi membincangkan tajuk Curhat Positif: Seni Berbicara Untuk Menguatkan Mental.

Bersama Terapi Cara Kerja, Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson. πŸ˜„

11/03/2025

Saksikan esok Live Facebook PKD Port Dickson dan Wellness Hub Port Dickson dalam membincangkan tajuk berkaitan Keselamatan Makanan di Bulan Ramadan.

Bersama panel Ts Muhammad Rafidi bin Ramli, PTM PKD Port Dickson & En Nik Zulkifli bin Amin Hashim, Ketua Unit Inspektorat PKD Port Dickson serta moderator En Mohd Rahmat bin Anuar, PPKP PKD Port Dickson.

Jom esok beramai-ramai senamrobik komuniti bersama Zin Yus!!!Hanya di Wellness Hub Port Dickson.. Jumpa anda di sana!!!
21/02/2025

Jom esok beramai-ramai senamrobik komuniti bersama Zin Yus!!!

Hanya di Wellness Hub Port Dickson.. Jumpa anda di sana!!!

Sekitar aktiviti program IFitEr Siri.1 dan 2 Wellness Hub Port Dickson tahun 2025.Baru minggu kedua nampaknya masing-mas...
14/02/2025

Sekitar aktiviti program IFitEr Siri.1 dan 2 Wellness Hub Port Dickson tahun 2025.

Baru minggu kedua nampaknya masing-masing berada pada tahap yang begitu positif. Sangat progress dan ada yang berjaya turunkan lebih 5kg berat badan.

Tapi ada juga yang naik dan sudah semestinya denda tahun ni kita terus bagi untuk motivasikan diri masing-masing semula.

Harap anda semua terus kuat & bertahan. Ada masa 5 bulan setengah lagi. πŸ˜„

Address

Jalan Pantai Batu 4
Port Dickson
71050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wellness Hub Bagan Pinang - Port Dickson posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Wellness Hub Bagan Pinang - Port Dickson:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram