07/02/2023
👉 FIKIR YANG MUDAH-MUDAH TAPI JANGAN BERSIKAP AMBIL MUDAH ✔
Samada dalam perhubungan, kewangan, kekeluargaan, pekerjaan, kesihatan atau apa sahaja, banyak keadaan negatif yg berlaku disebabkan oleh kurangnya sikap syukur dalam jangka masa yang panjang.
Tanda orang yang tidak bersyukur adalah bersikap sambil lewa atau ambil mudah terhadap banyak perkara.
Sedangkan bersikap sambil lewa atau ambil mudah itu adalah punca utama banyaknya perkara negatif berlaku dalam hidup.
Sedarkah kita, setiap pemberian yang kita terima pasti datang dari yang memberi - Dia adalah yang Maha Memberi. (Allah ). Jika kita sambil lewa dan ambil mudah itu bermakna kita tidak menghargai dan berterima kasih kepada yang Maha Memberi yaitu Allah.
Oleh itu pilih lah jalan untuk selalu bersyukur kerana dengannya nikmat akan sering bertambah dan dapat membentengi diri dari diselubungi banyak perkara-perkara negatif.