04/07/2018
Special project utk anak cucu generasi masa depan Malaysia Baru dari ayah2 PPTSP Neighborhood.... Insyaallah kalau pasni tak berjaya, kami tubuh NGO dulu, kalau Gov baru keras jugak, kami tubuh Parti Buruh terus..hahaha.. 14 juta kot pekerja swasta kt Malaysia ni.. Haha..
Tuntutan-Tuntutan kami pekerja-pekerja sektor swasta bagi Pindaan/ Perubahan didalam Akta Pekerjaan 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan, adalah seperti dibawah:
1. Waktu Kerja 40 jam seminggu, 8 jam sehari (tidak termasuk rehat makan), 5 hari seminggu bekerja (seperti sektor awam & kerajaan negeri selama 38.5 jam seminggu tidak termasuk rehat, 40 jam kerja seperti dinikmati oleh anak-anak syarikat dibawah kerajaan negeri, bank-bank, badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat GLC)
2. Cuti Hujung Minggu sebanyak 2 hari , Sabtu dan Ahad atau Jumaat dan Sabtu, seperti yg dinikmati pekerja2 sektor awam, kerajaan negeri, anak-anak syarikat dibawah kerajaan negeri, bank-bank, badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat GLC.
3. Selaraskan gaji minima berperingkat-peringkat sehingga RM 2000 sebulan kepada sektor swasta
4. Wajibkan Kesatuan Sekerja/Workers Union di tempat kerja sekiranya majikan memiliki 30 org pekerja, sekiranya kurang dari 30 org, pekerja berhak mendaftar dengan memana NGO atau agensi kesatuan sekerja yang lain diluar tempat kerja
5. Tidak meletak had maksima gaji dalam Akta Pekerjaan 1955 RM2000 kebawah dan meminda maksud Employee didalam akta EA55 selaras dengan kehendak peredaran zaman masa kini. Maksud Workmen didalam IRA1967 juga perlu dipinda agar maksudnya mudah di fahami oleh pekerja2 dan majikan2. Maksud jawatan Managerial, Executive atau Security sukar difahami dan perlu di perkemaskan agar majikan tak menggunakan term-term ini tanpa memberi faedah seorang excecutive kepada pekerja.
6. Pekerja di bayar kerja lebih masa yang setimpal oleh majikan di hari normal, cuti hujung minggu dan cuti umum serta hari-hari kelepasan Am yg lain, kerana kerana majikan telah mengambil masa-masa tadi dari pekerja yang mana masa tadi seharusnya pekerja gunakan untuk berehat, riadah, quality time bersama keluarga. Pekerja-pekerja yang diberi taraf level Managerial, Executive atau Security perlu di berikan faedah-faedah seorang executive seperti elaun rumah, elaun kenderaan dan parking, elaun telefon dan sebagainya agar majikan tidak menindas pekerja-pekerja, dengan memaksa pekerja-pekerja ini bekerja lebh masa tanpa apa-apa bayaran lebih masa hanya kerana berstatus Executive kepadanya.
7. Bonus 13th Month Salary and 14th Month Salary.
13th Month Salary Bonus- Meletakkan had minima Bonus Tahunan sebanyak Sebulan Gaji kepada pekerja yg berkhidmat genap setahun. Ini merujuk kepada jumlah hari setahun adalah 365 hari dan 52 minggu setahun. Sekiranya jumlah sebulan dikira 4 minggu sebulan, akan terdapat 13 bulan setahun. Bonus ini telah di praktikkan di b*k negara.
14th Month Salary Bonus - Bonus Perayaan sebanyak 1 Bulan Gaji sebelum atau pada 7 hari sebelum pekerjaan menyambut perayaan utama mengikut kepercayaan agama yang dia anuti.
8. Meletakkan Had minima kenaikan gaji tahunan ssebanyak 5% setahun
9. Employee Health Care Benefit (menyeluruh kepada pekerja dan isteri dan anak-anak) perlulah disediakan oleh pihak majikan kepada semua pekerja-pekerjanya bagi memastikan pekerja akan dapat rawatan kesihatan sebaiknya dan lebih pilihan dalam rawatan kesihatan, tidak sepenuhnya bergantung kepada kerajaan menanggung kesihatan pekerja-pekerja swasta bagi pihak majikan di Hospital dan Klinik kerajaan. Banyak negara telah mewajibkan majikan menyediakan Employee Health Care Benefit ini, dan ini bukan saja menguntungkan pekerja-pekerja tetapi juga menguntungkan para majikan-majikan kerana majikan akan dapat pelepasan cukai dari benefit yang telah di berikan ini. Kerajaan juga dapat menjimatkan peruntukan belanjawan tahunan bagi kos Kesihatan rakyat kerana telah ditanggung oleh majikan dari benefit ini.
10. Retrenchment & Redundancy benefit perlu di kemaskini agar majikan tidak sewenang-wenang memberhentikan pekerja dengan saguhati & pampasan yang rendah kepada pekerja. Satu kadar baru dikira dari jumlah tahun perkhimatan pekerja itu seperti sekiranya pekerja itu berkhidmat 5 tahun hingga 10 tahun, 2 X gaji akhir X jumlah tahun dia berkhidmat. Sekiranya pekerja bekerja 10 tahun keatas dengan kadar 2.5 X gaji akhir X jumlah tahun dia berkhidmat berserta benefit perubatan dan lain lain benefit. Kadar sebegini adalah sangat wajar dan relevan bagi menjamin kepentingan dan hak pekerja itu dapat terus bekerja sehingga genap tempoh persaraan 55 tahun tanpa sebarang ekspotasi dan penindasan kerana kelemahan dalam akta2 berhubung dengan pekerjaan.
11. Benefit Persaraan Atau Penamatan Perkhidmatan, satu kadar wang saguhati kepada pekerja yang ingin berhenti bekerja atau ditamatkan kontrak atau kerja dibayar kepada pekerja berdasarkan tempoh perkhimatannya dengan majikan. Dan sekiranya pekerja telah genap tempoh 55 tahun, satu kadar saguhati seperti 12 Bulan Gaji tanda terima kasih majikan kepada pekerja yang telah mencurahkan khidmat kepada majikan tersebut.
12. Meletakkan syarat ketat kepada majikan yang ingin mengaji pekerja asing bagi menjamin masa depan dan peluang rakyat Malaysia bekerja. Sekiranya perlu, bagi pekerja warga asing golongan professional, kerajaan perlu menghadkan tempoh visa perkerja warga asing seperti 1 tahun + 6 bulan tanpa melanjutkan lagi visa permit kerjanya . Ini kerana bagi membolehkan peluang pekerjaan ini dibuka kepada pekerja warganegara Malaysia dan proses permindahan kepakaran teknologi dan kerjasama berlaku hasil dari menggaji pekerja warga asing golongan professional.
13. Sekiranya terdapat Redundancy di syarikat tersebut, bagi menjamin masa depan rakyat Malaysia, semua pekerja-pekerja asing perlu di berhentikan terlebih dahulu sebelum pekerja-pekerja2 warga Malaysia di berhentikan. Last In First Out juga bagi pekerja-pekerja warga Malaysia harus di praktikkan bg menjamin pekerja-pekerja yang telah lama berkhidmat untuk majikan itu, kerana di masa kini, pekerja2 yang telah berusia sukar di berikan tempat di syarikat baru dan perlu berebut-berebut dengan golongan muda mendapatkan pekerjaan.
14. Majikan seharusnya membayar sejumlah upah yang dikira dengan kadar yang munasabah kepada mana-mana pekerjanya yang diarah “Standby” setelah tamat kerja atau di hari cuti mingguan dan cuti umum. Ini kerana pekerja tadi kehilangan masanya kerana dia tidak dapat menggunakan masa dan cuti tadi sepenuh kerana dia perlu cepat ke tempat kerja sekiranya di panggil oleh majikan. Tetapi sekiranya tidak dipanggil, pekerja tidak dibayar apa-apa kerja lebih masa, meskipun dia telah berkorban masa dan cuti nya kepada majikan. Satu kadar upah kepada pekerja yang diarahkan utk “Standby” perlu di masukkan kedalam akta ini.
15. Satu peruntukan didalam akta mestilah dimasukkan bagi menghalang pihak majikan menganggu pekerja-pekerja di luar waktu kerja seperti, pekerja diarah melakukan kerja-kerja dari rumah, menjawab telefon, menjawab dan membalas email, setelah tamat waktu kerja dan hari cuti. Ini akan menganggu pekerja yang pada ketika itu sedang menggunakan waktu bersama keluarga serta mengurus kehidupannya.
16. Meletakkan syarat wajib kepada Syarikat-Syarikat di bidang perlombongan khususnya Oil & Gas Malaysia yang di anugerahkan tender kerja-kerja berhubungan dengan Oil & Gas dari kerajaan Malaysia, kerajaan Negeri atau Petronas supaya, 90% pekerja-pekerjanya mestilah warganegara Malaysia supaya rakyat dapat menikmati taraf gaji yang baik dan hasil bumi negara kita kembali kepada rakyat Malaysia yang sekarang ini dibelenggu masalah pengangguran yang serious.
Kami pekerja-pekerja swasta yang telah menandatangi Petition ini semuanya sepakat berpendapat semua tuntutan kami ini tidak terlalu tinggi untuk dilaksanakan di negara kita Malaysia kerana sudah lebih 60 tahun kita merdeka, bebas dari penjajahan dan sewajarnya sektor swasta juga di beri keutamaan dan tuntutan kami ini relevan untuk dilaksanakan. Ini juga merujuk kepada beberapa sektor lain telah lama menikmati semua benefit-benefit ini hasil dari dengan adanya rundingan Perjanjian Kolektif bersama pihak majikan mereka seperti sektor awam Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, Syarikat-Syarikat Di Bawah Badan-Badan Berkanun, Agensi-Agensi Perbankan, Syarikat-Syarikat GLC dan swasta yang lain, telah menerima dengan baik hasil perjanjian kolektif majikan dengan pekerja. Adalah tidak adil sekiranya pekerja-pekerja swasta yang lain tidak dapat merasa dan menikmati benefit-benefit yang sama seperti yang lain, adalah lebih baik kandungan-kandungan didalam Perjanjian Kolektif ini di terjemahkan kedalam akta-akta pekerjaan supaya generasi akan datang juga sama-sama menikmatinya.