01/02/2021
8 Langkah Mudah Kawal Darah Tinggi
Tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan faktor risiko untuk penyakit jantung. Ia secara senyap boleh merosakkan tubuh manusia sebelum mereka menunjukkan apa-apa gejala.
Apabila seseorang menghidap darah tinggi, ubat-ubatan akan menjadi kawan rapat selagi hayat dikandung badan.
Perit bukan?
Ikuti 8 cara yang kami senaraikan ini bagi mengawal masalah darah tinggi dengan berkesan.
1. Mengekalkan berat badan normal
Tekanan darah sering bertambah dengan peningkatan berat badan. Malah kesan daripada penurunan berat badan dikalangan orang gemuk boleh menurunkan tekanan darah juga. Dan faedah kehilangan berat badan adalah berpanjangan. Selain mengurangkan berat badan, anda juga perlu mengekalkan ukuran lilitan pinggang anda.
2. Berhenti merokok dan mengelakkan terhidu asap rokok
Merokok boleh juga meningkatkan tekanan darah. Selain bahaya merokok, nikotin dalam produk tembakau boleh meningkatkan tekanan darah setinggi mmHg 10 atau lebih dalam waktu sejam selepas merokok. Cuba elakkan daripada menghidu asap rokok kerana ia juga boleh meletakkan anda pada risiko masalah kesihatan
3. Diet: Makan makanan yang sihat
Makan makanan yang kaya dengan gandum, buah-buahan, sayur-sayuran dan produk lemak yang rendah boleh mengurangkan SBP anda secara purata 11mmHg dan DBP dengan purata sebanyak 5.5 mmHg. Ini pelan makan dikenali sebagai Pendekatan Pemakanan untuk Hentikan Hipertensi atau Dietary Approach to Stop Hypertension (DASH).
4. Tidur secara sihat
Pesakit hipertensi perlu memberi perhatian untuk mendapat tidur yang mencukupi dan secara teratur. Anda perlu mengatur rehat anda dan tidur. Tekanan darah akan menurun secara semulajadi semasa tidur. Dan jika anda mempunyai masa tidur yang tetap, badan anda boleh menyediakan sistem yang teratur dan akan membantu untuk mengawal tekanan darah.
5. Bersenam
Senaman fizikal untuk sekurang-kurangnya 30-60 minit kebanyakan hari dalam seminggu boleh mengurangkan tekanan darah sistolik (SBP) 5mmHg dan penurunan tekanan darah diastolik (DBP) kira-kira 4mmHg. Selain itu, untuk orang-orang yang sudah mendapat penyakit hipertensi, senaman boleh menurunkan tekanan darah mereka ke tahap yang lebih selamat.
6. Kurangkan pengambilan garam
Bukti menunjukkan bahawa bagi individu dengan hipertensi, pengurangan garam didalam diet boleh mengurangkan SBP kira-kira 4 mmHg dan DBP kira-kira 2 mmHg secara purata.
Cadangan untuk mengurangkan garam atau sodium adalah menghadkan sodium untuk 6 gram atau kurang sehari. Ini adalah bersamaan dengan kurang daripada 1 ¼ sudu teh garam atau 3 sudu teh monosodium glutamat sehari.
7. Alkohol
Adalah dinasihatkan untuk menyekat pengambilan tidak lebih daripada 21 unit untuk lelaki dan 14 unit untuk wanita seminggu. 1 unit adalah bersamaan dengan ½ pain bir, 100 ml wain atau 20 ml wiski. Satu-satunya cara untuk mengurangkan tekanan darah secara berkesan adalah dengan mengurangkan atau menghentikan pengambilan alkohol sama sekali.
8. Kurangkan pengambilan gula putih
Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan yang seterusnya boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Obesiti meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari serta beberapa jenis kanser.
Ingat pesanan kami, tekanan darah yang tinggi, sekiranya tidak dirawat, boleh membawa risiko serangan jantung, strok, dan penyakit buah pinggang.