Sacha Inchi Malaysia

Sacha Inchi Malaysia Seramai 50,000 telah menggunakannya.

Banyakkan berdoa.
09/08/2022

Banyakkan berdoa.

Sentiasa bersyukur.
08/08/2022

Sentiasa bersyukur.

04/08/2022

Biasa manusia tengok harimau di Zoo, ni dah terbalik nampaknya 😅
Pak Belang nak beritahu, hidup ni memang penjara dunia

Antara Manfaatnya..
04/08/2022

Antara Manfaatnya..

Kunci hidup aman tenteram,Saling jaga ikatan keluarga dan persahabatan.
03/08/2022

Kunci hidup aman tenteram,
Saling jaga ikatan keluarga dan persahabatan.

Kunci hidup aman tenteram,
Saling jaga ikatan keluarga dan persahabatan.

Special untuk yang terawal.
03/08/2022

Special untuk yang terawal.

Teruslah terbang tinggi,demi mencari sesuap rezeki yang Allah redhai.
02/08/2022

Teruslah terbang tinggi,
demi mencari sesuap rezeki yang Allah redhai.

Teruslah terbang tinggi,
demi mencari sesuap rezeki yang Allah redhai.

Seronok tengok ramai artis berhijrah. Kalau yang perempuan, bertudung labuh. Menutup aurat sepenuhnya.
01/08/2022

Seronok tengok ramai artis berhijrah. Kalau yang perempuan, bertudung labuh. Menutup aurat sepenuhnya.

Seronok tengok ramai artis berhijrah. Kalau yang perempuan, bertudung labuh. Menutup aurat sepenuhnya.

Lelaki p**a nampak ketenangan pada wajah. Tutur kata tersusun penuh santun. Lidah mereka tak lepas dari memuji kebesaran Allah SWT.

Saya gembira bila artis, selebriti, anak muda, penagih atau siapa saja berhijrah. Terasa kebesaran Allah SWT dengan sifatNya, Al-Hadi. Maha Memberi petunjuk dan hidayah.
Saya ada satu kisah. Seorang penagih dadah. Dia ni memang betul-betul jahat. Dari penagih sampai jadi pengedar dadah. Masa tu dia tinggal di Chow Kit.

Penagih ni pernah cakap pada saya,

“Mak aku ustazah. Kenapa aku jadi macam ni, Ustaz? Aku tak berubah sebab Allah tak bagi hidayah”.

Saya ingat lagi. Masa tu zaman handfon Nokia 3310. Dia bagi pada saya handfon,

“Nah, Ustaz. Ni telefon aku. Ustaz ambik telefon ni. Telefon Allah. Minta Allah siapkan neraka yang paling VIP. Ustaz nak tahu, mak aku sendiri pun cakap aku anak derhaka. Ustaz tempah satu bilik dalam neraka. Mati nanti aku terus check in kat sana.”

Astaghfirullahaladzhim. Istighfar panjang saya bila dengar dia cakap macam tu.
Saya pun cakap kat dia.

“Dik, kau balik lah jumpa mak kau. Kau minta ampun. Minta doa pada mak kau”.

Apa dia cakap, “Hmm… tak ada makna lah ustaz. Saya tak pernah minta ampun daripada mak.”
Apa yang saya dapat tahu lepas tu, ada sekali hari raya dia balik kampung. Minta ampun dan doa. Dia ikut macam yang saya saya cakap.

“Mak ampunkan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Halalkan makan minum saya. Mak doakan saya jadi orang baik.”

Lepas saja cakap macam tu kat mak dia, tak sampai malam dia edar p**a dadah pada anak muda kampung. Ya lah, balik kampung bawa stok. Alang-alang, juallah pada orang kampung p**a.

Ya Allah…

Apa berlaku seterusnya, malam lepas tu mak dia meninggal dunia. Si penagih ni p**ak bukan nak insaf tapi jadi bertambah jahat.
Tak lama lepas tu saya dapat tahu dia dah berubah. Jadi pendakwah. Ajak orang-orang macam dia kembali ke pangkal jalan. Alhamdulillah

Saya juga dapat tahu, dia jadi siak kat masjid. Masjid mana? Masjid kat kampung dia sendiri. Sebelah masjid ada tanah perkuburan. Di tanah perkuburan tu lah mak dia dikuburkan.

MashaAllah.
Wahai ibu, wahai ayah…

Jangan pernah berputus asa dan putus doa kepada Allah agar anak kita berhijrah. Jadi anak yang baik.

Kadang-kadang semasa mak ayah masih hidup anak-anak tak berubah. Tapi bila mak ayah dah meninggal dunia, mereka berubah.

Tuan puan nak tahu?

Anak yang berhirah ni, kadang-kadang mereka ni lebih baik dari anak yang sebelumnya dah baik.
Kata penagih yang dah berhijrah tadi,

“Ustaz, sepanjang hidup saya lepas kembali ke jalan yang betul ni, saya tak pernah lupa sebut nama arwah emak dan arwah ayah tiap kali lepas solat."

"Allah nak ke ampunkan dosa saya pada ibu dan ayah, yang saya pernah derhaka semasa mereka masih hidup? Allah nak ka ampunkan dosa saya?”

Saya peluk dia. Saya cakap,

“Wallahi. Kau berubah berkat doa emak kau. Kau berhijrah berkat doa ibu ayah kau yang telah meninggal dunia. Allah Maha Pengampun. Allah pasti ampunkan dosa sesiapa saja yang betul-betul bertaubat kepadaNya.”

Tuan puan, percayalah!

Bila berhijrah.

Allah tak pandang berapa tebal serban yang kita pakai, berapa labuh jubah dan tudung kita,
berapa ribu zikir kita setiap hari,
berapa ratus ribu sedekah yang kita bagi.

Allah tak pandang semua itu selagi kita tak dapat doa dan redha dari ibu ayah.
Allah tak pandang selagi kita masih jadi anak derhaka.

Jangan main-main tuan puan, tempat bagi anak yang derhaka kepada ibu ayah adalah neraka.
Sedikit pesan saya kepada diri sendiri dan kita semua,

1. Buat anak-anak yang masih ada ibu ayah,

Cepat-cepat minta ampun dari mereka. Minta restu dan doa. Banyak-banyak buat baik kepada mereka.
2. Bagi anak yang ibu bapanya sudah meninggal,

Bertaubatlah kepada Allah. Kita tak tahu mungkin ada salah kita pada mereka. Mungkin ada perkara yang membuatkan hati ibu ayah terluka.

Mohon ampun. Banyak-banyak lakukan amal soleh dan sedekah pada mereka di alam sana. Moga Allah terima taubat dan amal kita.
3. Buat ibu ayah p**a,

Jangan pernah putus asa dengan anak-anak. Ampunkan mereka. Doakan mereka. Mudahkan perjalanan mereka ketika melalui titian sirath di alam sana.
4. Buat kita semua yang, Alhamdulillah, Allah beri hidayah berada di jalan benar. Samada baru atau telah lama berhijrah.

Jangan sangka Allah pilih kita untuk dapat hidayah sebab usaha dan pilihan kita semata. Jangan sesekali sangka semuanya dari diri kita.

Kita tidak pernah tahu. Mungkin ibu ayah kita saban malam sujud merintih bermohon padaNya. Minta Allah beri kita hidayah. Minta Allah beri kita jalan yang benar.

Minta Allah mudahkan segala urusan kita. Minta Allah kurniakan kebaikan dunia dan akhirat.

Kita tidak pernah tahu, siapa kita hari ini mungkin berkat doa dan amalan mereka berdua.
Ingat betul-betul tuan puan,

Tanpa doa dan redha dari ibu ayah,
Hidup kita tak ada maknanya.

Berpenat-penat di dunia,Berehat-rehat di syurga...
01/08/2022

Berpenat-penat di dunia,
Berehat-rehat di syurga...

Berpenat-penat di dunia,
Berehat-rehat di syurga..
Kita orang Islam kena kuat.
Kuat untuk kebahagiaan akhirat.

29/07/2022

Kegunaan minyak sacha inchi go nature.

Jumaat penuh berkah.
29/07/2022

Jumaat penuh berkah.

Jumaat penuh berkah.
Moga Allah beri kita kesembuhan dari apa jua jenis penyakit.

Baik penyakit pada jasad,
penyakit pada akal,

Mahupun yang paling bahaya,
penyakit pada hati.

Nikmat sepatutnya diiring dengan syukur,
28/07/2022

Nikmat sepatutnya diiring dengan syukur,

Nikmat sepatutnya diiring dengan syukur,
Bukan sombong merasa diri miliki segalanya.

Kaya manusia hanya pinjaman belaka..
Tiba masa, pasti akan hilang dan sirna.
Berpada-padalah pada kehidupan yang sementara.

Address

Persiaran Taman Tasik Prima
Puchong
47150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sacha Inchi Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Sacha Inchi Malaysia:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram