Saujana Bekam

  • Home
  • Saujana Bekam

Saujana Bekam khidmat rawatan bekam di rumah

Selamat menunaikan ibadah puasa 12 Mac 2024 | 1 Ramadhan 1445HAda yang kata..puasa tidak bokeh bekam? Boleh sebenarnya d...
11/03/2024

Selamat menunaikan ibadah puasa 12 Mac 2024 | 1 Ramadhan 1445H

Ada yang kata..puasa tidak bokeh bekam? Boleh sebenarnya dan tidak membatalkan puasa.
Baca penerangan dari Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri :

Berbekam Ketika Puasa

Berbekam ataupun dalam bahasa arabnya al-Hijamah (الْحِجَامَةُ) diambil daripada kata perbuatan Hajam (حَجَمَ) yang bermaksud bermaksud menyedut, dan bekam bermaksud menyedut darah dan mengeluarkannya daripada badan.[4]

Rasulullah SAW pernah berbekam dan Baginda bersabda:

خَيْرُ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ

Maksudnya: “Sebaik-baik pengubatan yang kalian gunakan adalah bekam.”[5]

Rasulullah SAW pernah berbekam dan ia dilakukan oleh Abu Taibah. Kemudian Rasulullah SAW memberinya 2 gantang makanan.

Berkenaan berbekam ketika puasa sama ada ia membatalkan puasa ataupun tidak, para ulama’ berbeza pendapat:

Pertama: Membatalkan Puasa

Ulama’ terdahulu yang mengatakan terbatalnya puasa dengan berbekam adalah seperti Imam Ahmad, Ibn Sirin, Ato’, al-Auza’ie, Ishak, Ibn al-Munzir, Ibn Khuzaimah dan ini juga adalah pendapat yang dipilih oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah. Manakala daripada kalangan sahabat p**a adalah seperti Saidina Ali RA, Abu Hurairah RA dan ‘Aisyah R.Anha.[6]

Ulama’ dari kalangan salaf dan khalaf yang mengatakan terbatalnya puasa dengan sebab berbekam menggunakan dalil dari sebuah hadith riwayat

أَفْطَرَ الْحَاجِمُ وَالْمَحْجُومُ

Maksudnya: “Terbatal (puasa) orang yang membekam dan yang di bekam”.[7]

Antara ilmuan dalam dalam kalangan ulama’ kontemporari p**a yang menyatakan batalnya puasa bagi orang yang berbekam ialah Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin, Syeikh Soleh al-Munajjid dan juga Syeikh Soleh Fauzan.

Kedua: Tidak Membatalkan Puasa

Ini merupakan pendapat jumhur ulama’[8] iaitu pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-Syafi’ie dan selainnya. Manakala daripada kalangan sahabat yang berpendapat bahawa tidak terbatalnya puasa adalah Ibn Mas’ud, Ibn Umar, Ibn Abbas, Anas bin Malik, Abu Sa’id al-Khudri R.Anhum dan sekump**an daripada kalangan salaf yang lain.[9]

Hujah yang digunakan mereka bagi mengatakan berbekam tidak membatalkan puasa adalah sebagaiamana riwayat daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma yang mana mengatakan:

احْتَجَمَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ صَائِمٌ‏

Maksudnya: Rasulullah SAW telah berbekam dan Baginda sedang berpuasa.[10]

Zahir perbahasan melihat bahawa terdapat dua hadith sahih yang saling bercanggah. Sebuah hadith mengatakan batalnya puasa kerana berbekam dan sebuah hadith lagi sebaliknya. Bagi mereka yang berpendapat bahawa tidak terbatalnya puasa dengan berbekam, mereka mengatakan bahawa hadith (( أَفْطَرَ الْحَاجِمُ وَالْمَحْجُومُ )) telah dimansukhkan. Ia dimansukhkan dengan hadith Abi Sa’id al-Khudri RA:

“أَرْخَص النّبيّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الحِجَامَةِ لِلصَّائِمِ

Maksudnya: Nabi SAW memberikan rukhsah bagi orang yang berpuasa untuk berbekam.[11]

Ibn Hazm p**a menyebutkan bahawa: “Sanad-sanad hadith ini sahih, dan wajib berpegang dengannya kerana datangnya rukhsah setelah adanya ‘azimah dan ianya menunjukkan kepada mansukhnya hukum terbatal puasa kerana berbekam bagi yang membekam dan yang di bekam”.

Ini juga adalah pendapat al-Imam al-Syafi’e, al-Baihaqi dan juga Ibn ‘Abd al-Bar yang mana mengatakan hadith (( أَفْطَرَ الْحَاجِمُ وَالْمَحْجُومُ )) telah mansukh.[12]

Difahami juga melalui hadith (( أَفْطَرَ الْحَاجِمُ وَالْمَحْجُومُ )) ini, sebahagiannya dengan takwilan yang mana tegahan berbekam ketika berpuasa itu adalah ditakuti melemahkan badan seterusnya menyebabkan seseorang itu berbuka puasa kerana banyaknya darah yang keluar. Ini seperti mana riwayat Anas bin Malik RA yang ditanyakan tentang berbekam:

أَكُنْتُمْ تَكْرَهُونَ الْحِجَامَةَ لِلصَّائِمِ قَالَ لاَ‏.‏ إِلاَّ مِنْ أَجْلِ الضَّعْفِ

Maksudnya: “Adakah kamu membenci berbekam bagi orang yang berpuasa?” Berkata Anas bin Malik RA: “Tidak, kecuali jika ia melemahkan (tubuh badan)”.[13]

Kesimp**an

Sebagai kesimp**an, kami lebih cenderung kepada pendapat jumhur yang mana mengatakan bahawa berbekam itu tidak membatalkan puasa sebagaimana hujah yang dikemukakan. Ini juga adalah keputusan yang dikeluarkan oleh Dar al-Ifta Jordan[14] yang mana mengatakan ianya tidak membatalkan puasa kerana berbekam bukanlah dengan erti memasukkan sesuatu bahkan ianya mengeluarkan sesuatu. Ia zahir dari perkataan Ibn ‘Abbas R.Anhuma yang menyebutkan:

إِنَّمَا الفطر مِمَّا دَخَلَ وَلَيْسَ مِمَّا خَرَجَ

Maksudnya: “Adalah yang membatalkan puasa itu sesuatu yang masuk ke dalam dan bukannya sesuatu yang keluar”[15]

Akhirnya, semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.

Wallahua`lam.

https://zulkiflialbakri.com/943-berbekam-ketika-puasa/

Oleh itu, sepanjang ramadhan, kami di Saujana Bekam beroperasi seperti biasa.

Hubungi 013-496 9228 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Promosi bekam di Saujana Bekam!Dapatkan promosi bekam dengan satu harga untuk dua sesi bekam!Promosi bermula 1 Februari ...
28/01/2024

Promosi bekam di Saujana Bekam!

Dapatkan promosi bekam dengan satu harga untuk dua sesi bekam!

Promosi bermula 1 Februari 2024 sehingga 29 Februari 2024.

Hubungi kami segera untuk sebarang pertanyaan atau tempahan!

📱013-4969228

Terima kasih

Tarikh sunnah bekam : Disember 2023 | Jamadilawal 1445H• 1 Disember 2023 (Jumaat)• 17 Jamadilawal 1445H• 3 Disember 2023...
30/11/2023

Tarikh sunnah bekam :
Disember 2023 | Jamadilawal 1445H

• 1 Disember 2023 (Jumaat)
• 17 Jamadilawal 1445H

• 3 Disember 2023 (Ahad)
• 19 Jamadilawal 1445H

• 5 Disember 2023 (Selasa)
• 21 Jamadilawal 1445H

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi 013-4969228 atau tekan link whatssapp dibawah untuk tempahan slot temujanji.
http://www.wasap.my/60134969228/SaujanaBekam

Perkhidmatan hanya tersedia untuk lelaki sahaja buat masa ini.
Terima Kasih 😉




Terima kasih diucapkan kepada pelanggan kami yang telah berbekam dengan Saujana Bekam.Semoga semua pelanggan kami mendap...
17/11/2023

Terima kasih diucapkan kepada pelanggan kami yang telah berbekam dengan Saujana Bekam.

Semoga semua pelanggan kami mendapat kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa dalam rahmat Allah.

Hubungi 013-4969228 segera untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Terima kasih 🤗




Terima kasih diucapkan kepada pelanggan kami yang telah berbekam dengan Saujana Bekam.Semoga semua pelanggan kami mendap...
15/11/2023

Terima kasih diucapkan kepada pelanggan kami yang telah berbekam dengan Saujana Bekam.

Semoga semua pelanggan kami mendapat kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa dalam rahmat Allah.

Hubungi 013-4969228 segera untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Terima kasih 🤗



Terima kasih diucapkan kepada pelanggan kami yang telah berbekam dengan Saujana Bekam.Semoga semua pelanggan kami mendap...
22/10/2023

Terima kasih diucapkan kepada pelanggan kami yang telah berbekam dengan Saujana Bekam.

Semoga semua pelanggan kami mendapat kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa dalam rahmat Allah.

Hubungi 013-4969228 segera untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Terima kasih 🤗



Hubungi kami untuk tempahan slot bekam anda segera! 😉
21/10/2023

Hubungi kami untuk tempahan slot bekam anda segera! 😉



Terima kasih diucapkan kepada pelanggan kami yang telah berbekam dengan Saujana Bekam.Semoga semua pelanggan kami mendap...
01/10/2023

Terima kasih diucapkan kepada pelanggan kami yang telah berbekam dengan Saujana Bekam.

Semoga semua pelanggan kami mendapat kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa dalam rahmat Allah.

Hubungi 013-4969228 segera untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Terima kasih 🤗


Terima kasih diucapkan kepada pelanggan kami En Rauf dari Coway yang telah berbekam dengan Saujana Bekam.Semoga semua pe...
21/09/2023

Terima kasih diucapkan kepada pelanggan kami En Rauf dari Coway yang telah berbekam dengan Saujana Bekam.

Semoga semua pelanggan kami mendapat kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa dalam rahmat Allah.

Hubungi 013-4969228 segera untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Terima kasih 🤗


Klinik sudah..Doktor sudah..Hospital sudah..Ubat sudah..Masalah masih ada? Macam tiada perubahan?Jangan tinggal nasihat2...
07/09/2023

Klinik sudah..
Doktor sudah..
Hospital sudah..
Ubat sudah..

Masalah masih ada? Macam tiada perubahan?

Jangan tinggal nasihat2 dan ubatan dari doktor, tapi kita cuba p**a “add-on” rawatan berbekam.

Insyaallah dalam berbekam terkandung sunnah dan kesembuhan yang diamalkan rasulullah.

Hubungi 013-4969228 untuk pertanyaan & tempahan.


Address


47110

Opening Hours

Monday 10:00 - 21:00
Tuesday 10:00 - 21:00
Wednesday 10:00 - 21:00
Thursday 10:00 - 21:00
Friday 10:00 - 21:00
Saturday 10:00 - 21:00
Sunday 10:00 - 21:00

Telephone

+60134969228

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Saujana Bekam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram