Klinik Komuniti Puchong Permai

Klinik Komuniti Puchong Permai Untuk rawatan prosidur sahaja.(Cuci luka, buka jahitan , tukar tiub makan/ kencing, periksa bp)

14/02/2023

Salam semua...selamat malam..Jaga pemakanan yang seimbang...kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman..

07/02/2023

Pesakit dinasihati untuk datang awal ke Klinik sebelum jam 6 petang..selepas jam 6 petang pihak Klinik akan melakukan pembersihan..membuang sisa klinikal..mop lantai...menyapu klinik dan proses disinfeksi dalam klinik akan dilakukan.

Sekian Terima Kasih!

(Dermacyn® WoundCare is a super-oxidized solution intended for use in the debridement, irrigation and moistening of acut...
26/01/2023

(Dermacyn® WoundCare is a super-oxidized solution intended for use in the debridement, irrigation and moistening of acute and chronic wounds, ulcers, cuts, abrasions and burns. Through reducing the microbial load and assisting in creating a moist environment, it enables the body to perform its own healing process. )

24/12/2022

Produk sos pasta berkrim carbonara cendawan berjenama Prego keluaran Malaysia ditarik balik daripada pasaran kerana terdapat tanda-tanda kerosakan seperti,

❗️bau yang tidak menyenangkan
❗️warna berubah
❗️rupa berair
❗️lapisan cecair yang terpisah.

Produk yang terlibat dalam penarikan balik adalah
❗️Prego Sos Pasta Berkrim Carbonara Cendawan (665 gram)
❗️ batch 2022081716
❗️bertarikh luput 17 Ogos 2023
❗️kod masa 22:18 hingga 23:20.

Punca kerosakan produk tersebut disebabkan kesilapan semasa pemprosesan

Penjual hendaklah menghentikan penjualan produk terlibat dengan serta-merta , pengguna yang telah membeli hendaklah tidak memakan produk tersebut

Peringatan kepada pesakit Klinik Komuniti Puchong Permai , Klinik ini hanya menerima pesakit seperti berikut:1) Mencuci ...
22/12/2022

Peringatan kepada pesakit Klinik Komuniti Puchong Permai , Klinik ini hanya menerima pesakit seperti berikut:

1) Mencuci luka (Dressing) - operation wound/diabetic wound..dll
2) Tukar tiub kencing (Catheter Bladder drainage)
3) Tukar tiub makan (Ryles Tube)
4) Buka Jahitan (Wajib tunjukkan surat dari hospital/klinik tarikh untuk buka jahit)
5) Pemeriksaan tekanan darah
6) Pemeriksaan bacaan gula
7) Suntikan ubat (Pastikan ada surat dan arahan dari doktor sahaja)
8) Pemberian dots ubat Tibi

Nota::

-Untuk pesakit luar, sila pergi ke Klinik Kesihatan Puchong atau mana2 klinik berdekatan di kawasan anda.

-Disini tiada ubatan! Untuk sambung ubat kencing manis , darah tinggi / kolesterol sila ke Klinik Kesihatan Puchong Batu 14 atau mana2 klinik kesihatan yang berdekatan!

Terima kasih.

20/11/2022
18/11/2022

Klinik ditutup esok 19.11.2022 (Sabtu) sempena pilihan raya umum ke-15.

Apa itu "Gangrene"? Gangrene ialah satu istilah medikal merujuk kepada kematian tisu-tisu badan disebabkan kurangnya ali...
06/11/2022

Apa itu "Gangrene"? Gangrene ialah satu istilah medikal merujuk kepada kematian tisu-tisu badan disebabkan kurangnya aliran darah ke tisu tersebut.

Tanda-tanda Gangrene:

1) Terdapat perubahan warna pada kulit ( Suface and subsurface discoloration)

2) Terdapat cecair yang bau keluar pada tisu

Sila dapatkan rawatan segera ke Klinik Kesihatan berdekatan!

Tanda-tanda jangkitan kuman pada luka.1) Sakit pada bahagian luka.2) Terdapat nanah pada bahagian luka.3) Demam secara m...
06/11/2022

Tanda-tanda jangkitan kuman pada luka.

1) Sakit pada bahagian luka.
2) Terdapat nanah pada bahagian luka.
3) Demam secara mengejut
4) Terdapat tanda-tanda kemerahan pada kulit

Sila datang ke Klinik Kesihatan berdekatan anda! Jangan tunggu lama-lama. Apabila jangkitan semakin teruk, kuman boleh masuk ke dalam saluran darah ( bacteremia) dan menjadi sepsis.

05/11/2022

Pentingnya penjagaan luka kencing manis..

Untuk rawatan pesakit luar seperti demam, batuk dan selsesma sila pergi ke Klinik Kesihatan Puchong Batu 14 untuk rawata...
05/11/2022

Untuk rawatan pesakit luar seperti demam, batuk dan selsesma sila pergi ke Klinik Kesihatan Puchong Batu 14 untuk rawatan. Klinik Komuniti hanya menerima prosidur rawatan seperti berikut:

1) Pencucian Luka
2) Tukar tiub makan (Ryles Tube)
3) Tukar tiub kencing
4) Buka Jahitan luka
5) Pemeriksaan tekanan darah
6) Pemeriksaan Gula
7) Pemberian dots Ubat Tibi
8 ) Suntikan ubat-ubatan

Address

Klinik 1Malaysia Taman Puchong Permai F6-0-01, Blok F6, Jalan Permai 2/3, Taman Puchong Permai
Puchong
47100

Opening Hours

Monday 12:00 - 21:00
Tuesday 12:00 - 21:00
Wednesday 12:00 - 21:00
Thursday 12:00 - 21:00
Friday 12:00 - 21:00
Saturday 12:00 - 21:00
Sunday 12:00 - 21:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Komuniti Puchong Permai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram