05/03/2026
Ramai wanita sangat takut bila doktor jumpa cyst di ovari.
Terus fikir: “Kena operate ke doktor?”
Sebenarnya tidak semua cyst perlu pembedahan.
Dalam banyak kes, doktor akan cadangkan pemantauan dahulu.
Contohnya kalau:
• Cyst nampak benign (simple cyst) pada ultrasound
• Anda tidak ada sakit perut yang kuat
• Saiz cyst tidak terlalu besar
• CA-125 rendah, biasanya kurang daripada 100
• Dan tiada tanda yang mencurigakan untuk kanser
Dalam keadaan ini, apa yang kita biasanya buat ialah:
➡️ Ulang ultrasound selepas 2 hingga 6 minggu
Kenapa?
Kerana banyak cyst sebenarnya adalah functional cyst.
Ia terbentuk akibat perubahan hormon semasa ovulasi dan boleh hilang sendiri.
Ramai pesakit datang balik selepas beberapa minggu dan cyst itu sudah mengecil atau hilang terus.
Jadi tidak semua cyst bermaksud pembedahan.
Tetapi anda perlu pemantauan doktor supaya kita boleh pastikan cyst itu tidak berubah menjadi sesuatu yang lebih serius.
Kalau anda nak check ovari anda ada cyst atau tidak,
boleh buat ultrasound di pusat ultrasound Putrajaya ini.
Call: 017-456 7689
Pemeriksaan awal boleh bantu kita kesan masalah sebelum jadi serius.