
25/08/2022
RAWATAN SAKIT LUTUT OSTEOARTRITIS
Klinik DR HASBI juga menawarkan rawatan suntik gel HA (hyaluronic acid) dan PRP (platelet rich plasma) untuk merawat sakit lutut Osteoartritis.
Osteoartritis lutut terjadi bila rawan kartilaj sendi lutut semakin tipis dan rosak menyebabkabkan tulang sendi bergesel dan akhirnya luka dan menyakitkan.
Jika tidak dirawat dari awal, kerosakan sendi dan kesakitan akan bertambah teruk sehingga tidak dapat dihilangkan dengan ubat penahan sakit.
Malah jika terlalu kerap mengambil ubat tahan sakit boleh memberi kesan sampingan yang serius seperti pendarahan dalam usus, kerosakan buah pinggang dan serangan jantung.
Oleh itu silalah datang untuk pemeriksaan, rawatan awal mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk sembuh malah dapat mencegah risiko pembedahan tukar lutut.
Apakah rawatan suntik gel dan PRP lutut?
+ gel atau HA (hyaluronic acid) disuntik kedalam sendi lutut untuk memberi pelinciran dan melegakan sakit lutut
+ PRP (platelet rich plasma) adalah darah kuning berfungsi untuk menyembuhkan luka dalam sendi lutut dan melegakan kesakitan.
Rawatan suntik gel dan PRP adalah selamat.
Kelebihan mendapat rawatan dari kami :
> dilakukan oleh Dr Hasbi yang berpengalaman
> rawatan terus dibuat selepas sesi konsultasi
> proses tidak sakit kerana doktor guna ubat bius
> kami guna gel HA dan PRP berkualiti tinggi
> rawatan susulan secara berkala dan berterusan
Hubungi kami sekarang:
Klinik DR HASBI
Bandar Puteri Puchong
03-5882 3894
www.wasap.my/60123433661/rawatanlutut