24/06/2020
Apa jadi bila kita minum air suam setiap pagi?
Well, kita semua ada cara yang tersendiri untuk memulakan hari sebaik saja bangun dari katil.
Ada orang tengok hp dulu, ada orang minum kopi dulu, ada juga yang terus bersarapan dan ada yang mandi dulu.
Tahu tak kalau korang mulakan hari dengan minum segelas air suam bukan air suhu bilik ye, ketika perut kosong setiap pagi akan memberi kesan yang baik pada sistem pencernaan, meningkatkan kadar metabolisma dan juga membantu menyingkirkan toksin dalam badan.
Jom nak share sikit dengan korang apa yang bagusnya minum air suam setiap pagi ni.
1. Detoks badan
Minum segelas air suam setiap pagi dapat membantu badan menyingkirkan segala toksin dalam badan yang terkumpul disebabkan oleh cara hidup tak sihat. Contohnya, makan makanan segera, makanan ringan, terlalu banyak benda manis, merokok etc. Dengan pengambilan air suam, makanan akan mudah tercerai didalam perut dan meningkatkan fungsi sistem pencernaan.
2. Membantu mengurangkan berat badan.
Betolke??
Ye sangat betol sebab air suam ni boleh jadi booster 'weight loss' bila kita buat exercise dan kawal pemakanan. Air suam akan meningkatkan suhu badan serta kadar metabolisma badan jadi sekaligus membantu membakar kalori. Kalau dah bakar kalori, maka terbakarla lelemakss tu.
3. Membantu mengurangkan sakit pada perut dan badan.
Siapa sini selalu senggugut? Atau tiba-tiba rasa sakit sekitar perut, sembelit atau kembung, boleh cuba minum air suam. Selepas seketika, rasa sakit tu akan berkurang. Yang kembung tu akan mula sendawa atau terkentut-kentut. Ini disebabkan haba dari air suam membantu me 'rileks' kan otot-otot. Jadi, yang mana otot dalam keadaan tegang akan mula kembali ke keadaan normal dan rasa sakit tu akan beransur hilang.
Cukuplah share 3 benefits je. Sebenarnya banyak lagi manfaat. So, lepasni bolehla mulakan hari dengan air suam untuk capai kesihatan yang lebih optimum.
Selamat beramal π