Durian Land

Durian Land Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Durian Land, Jalan andalas jaya, Puchong.

20/11/2023

Setiap orang ada kepercayaan dan agama masing-masing. Bagi mereka yang menganut agama Islam, di sini saya kongsikan satu amalan atau doa sebelum menanam pokok. Semoga dengan doa ini, pokok akan subur dan berbuah dengan lebat.

APA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MAKAN DURIAN? a. Durian kaya bahan asid amino tryptophan - Bahan ini menenangkan fikira...
14/06/2022

APA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MAKAN DURIAN?

a. Durian kaya bahan asid amino tryptophan - Bahan ini menenangkan fikiran dan sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur).

b. Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur. Bahan organosulfur (bahan bau) bersifat antikanser, antioksidan, antimikrob dan melindungi jantung.

c. Jika kita makan 100 g durian, kandungan kalorinya adalah 147 berbanding nasi - 151

d. Pesakit kencing manis tidak boleh makan durian secara berlebihan. Ada kajian menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis. Namun, peratus penurunan gula darah oleh kulit durian lebih rendah berbanding glibenklamid (‘ubat’ hospital)

f. Ada kajian menunjukkan makan isi durian pada kadar tinggi boleh tingkatkan kadar denyutan jantung. Justeru makan ikut kadarnya

g. Durian kaya potassium. Kandungan potassium dalam isi durian adalah 426 mg dalam 100g isi durian. Justeru untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang, dinasihatkan jangan makan berlebihan

h. Elak makan durian bersama paracetamol. Ini kerana dikhuatiri boleh sebabkan kesan toksik. Ujian ke atas tikus mendapati kombinasi durian dan paracetamol boleh menyebabkan suhu badan turun mendadak dan ia mungkin mendatangkan kesan toksik.

i. Durian juga tidak boleh dimakan bersama-sama minuman alkohol. Kes klinikal menunjukkan seorang wanita di India mati selepas makan durian bersama minuman beralkohol. Kombinasi alkohol dan durian boleh menyebabkan kembung perut. Memandangkan tapai juga mengandungi alkohol walaupun pada kadar yang rendah, memakan buah durian bersama tapai sebaiknya dielakkan.

Justeru makanlah durian ikut kadarnya dan mengikut cara yang betul

Ph.D KMN
Principal Scientist

Rujukan;
a. Methods Find Exp Clin Pharmacol 2008, 30(10): 739
b. Tocmo, R. et al. doi: 10.3389/fnut.2015.00001
c. Michael J. Brown. Durio - A Bibliographic Review
d. Roowi, S. (2017). Petua dan Penawar (Siri 5). Utusan Malaysia. 19 Jan 2017.
e. Buku Ubat Dari Dapur

Kredit: Dr. Suri Roowi

Artikel pertama di bulan Ramadhan s**a untuk saya kupaskan berkenaan salah satu penyakit yang menyebabkan berlaku kloros...
07/04/2022

Artikel pertama di bulan Ramadhan s**a untuk saya kupaskan berkenaan salah satu penyakit yang menyebabkan berlaku klorosis (kekuningan) pada daun. Sering menjadi tanda tanya apakah diagnosis sebenar terhadap penyakit yang sedang saya kongsikan ini?

Ringkasnya, daun yang kuning seperti dalam gambar ini hampir sama dengan serangan kulat phomopsis tapi dapat dibezakan dengan dengan urat hitam yang timbul di permukaan daun. Bintik nekrotik p**a berlaku serentak pada daun menyebabkan pigmen hijau daun merosot. Kemudian, daun berkenaan akan gugur bermula dari hujung ranting setiap hari hingga akhirnya kering layu dan mati. Jika kita perasan lagi, tunas yang baru keluar pun akan stunted (terbantut) dengan rupa hitam dan kaku.

Sebenarnya ia berpunca dari "mati rosot anak benih (dieback disease)". Agen pembawa penyakit ini adalah dari kulat Fusarium. Saya pernah share dalam artikel sebelum ini, jangkitan awal kita tak dapat kesan dari mana patogen ini bertapak, cuma daun kekuningan dan gugur sahaja. Tapi setelah daun kering, kita akan dapati tompok cedawan putih tumbuh pada batang dan diikuti p**a pada dahan. Ya, itulah jangkitan kulat "Fusarium Solani". Jika kita dah terlewat sedar akan penyakit ini, tak ada lagi rawatan melainkan sekadar mengawal dengan racun tertentu supaya jangkitan tidak merebak ke dahan-dahan yang lain. Adapun dahan yang dah terkena jangkitan perlu dibuang dan dibakar.

Untuk makluman, hotspot serangan kulat Fusarium ini adalah bermula dari tanah. Sekiranya daun lembap lagi cepat ia serang. Justeru, siraman cukup sahaja pada akar, bukan daun. Racun yang hendak digunakan perlu disiram diperdu juga dan disembur pada atas dan bawah daun. Bahan aktif yang lebih tepat disyorkan adalah:

✓ Hymexazol 36%W/V SL
✓ Copper Hydroxide 77% Wp
✓ Pyraclostrobin

**Guna secara selang seli bagi mengelakkan kulat membina imun dari semburan

Nasihat saya, jika pokok yang baru tanam sekitar 6bulan kebawah mengalami penyakit ini. Rawatlah segera jika perasan dari awal, namun jika dah terlewat. Gantikan sahaja dengan benih yang sihat pada lubang tanaman yang baru, lubang tanaman yang lama perlu dilayurkan api dan diberi Trichoderma untuk pemulihan. Setiap penyakit yang berpunca dari kulat mengambil tempoh yang lama untuk pulih. Dalam tempoh ini tak menjamin pokok akan melangsungkan hidup dengan baik tambah lagi masa dan kos pun melayang begitu sahaja. Cegahlah sebelum kena! 😊

𝗕𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗶𝗸𝗶 𝘀𝘁𝗿𝘂𝗸𝘁𝘂𝗿 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵? Tanah yang bermasalah akan memberi dampak yang buruk pada progress p...
21/03/2022

𝗕𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗶𝗸𝗶 𝘀𝘁𝗿𝘂𝗸𝘁𝘂𝗿 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵?

Tanah yang bermasalah akan memberi dampak yang buruk pada progress penanaman kita. Kita membaja pun kesudahannya membazir dan tak memberi kesan positif langsung pada pokok.

Terlalu obses kepada pembajaan semata ianya membuat kita alpa terhadap struktur dan saliran air juga udara di dalam tanah. Sedangkan ini adalah kunci utama yang perlu diberi cakna sebelum apa-apa penyelengaraan dalam pengurusan durian diteruskan. Disini s**a untuk saya kongsikan 3jenis tanah yang pop**ar menjadi kawasan penanaman durian dan bagaimana boleh kita mengolah tanah tersebut menjadi tanah yang sesuai untuk tanaman durian pada paras pH 6.0-6.5.

1.) Tanah liat- dibetulkan dengan tambah Humic Acid dan Fulvic Acid sedikit demi sedikit setiap bulan. Tanah ni pop**ar, ramai yang buat semaian benih menggunakan tanah ini, sebenarnya tanah ini tidak sesuai di lapangan dan juga polybeg kerana tanah liat tidak dapat meresap air dengan baik malah ia memegang air lebih lama sehingga boleh menyebabkan reput akar (phythopthora parasitica) berlaku.

2.) Tanah berpasir- diselesaikan dengan menambah bahan organik/baja organik dengan kenaikan sederhana setiap 10 hari. Hal ini kerana tanah berpasir cepat kering dan tidak dapat memegang air lebih lama.

3.) Tanah yang sangat berasid- diselesaikan dengan tambahan kapur/gml/dolomite. CaCO3 dlm dolomite ni sangat bermanfaat dalam penyerapan kepada tanah. Kemana air masuk, disitu Calcium Carbonate ini menyerap. Gunakan sederhana, jangan melampau. 300-500gram sahaja satu lubang. Tanah pun boleh keras jika terlalu banyak pengapuran. Manakala tanah yang sangat beralkali p**a boleh diselesaikan dengan tambahan baja organik sahaja.
Itu sahaja, moga bermanfaat buat semua.. kalau rasa info ni membantu pekebun jangan lupa ya!

Durian gombak.Rasanya not bad.
29/06/2021

Durian gombak.Rasanya not bad.

16/06/2020
Assalamualaikum wbt... Ada sesiapa yang berminat nak order D197 Musang King.... Gred A. Buah bulat.... Boleh pilih.... D...
08/06/2020

Assalamualaikum wbt... Ada sesiapa yang berminat nak order D197 Musang King.... Gred A. Buah bulat.... Boleh pilih.... Di bawah harga pasaran semasa. Berapa kurangnya?. Call atau WhatsApp dulu (0196103136) en mizo. Pasti anda tidak kecewa.

Antara jenis-jenis durian di Malaysia yang patut kita tahu..
09/07/2018

Antara jenis-jenis durian di Malaysia yang patut kita tahu..

15/02/2018

Musang King bakal bersiaran. Jangan lupa saksikannya di TV 3..

11/02/2018

Kata Mr.Chong..'kepada peminat durien dan yang nak tanam durien patut datang kursus ni'.

11/02/2018

Puan Yuzaini dari Melaka, untuk kursus pembangunan tanaman durian ni, dia bagi 5 bintang.

Kepada pengusaha-pengusaha Durian.  Pertengahan bulan 3 nanti lapangkan masa anda.
11/02/2018

Kepada pengusaha-pengusaha Durian. Pertengahan bulan 3 nanti lapangkan masa anda.

Mini Kursus Pembangunan Tanaman Durian Sesi Ke-4Program Sabtu 10.02.2018, berjaya sudah penganjuran untuk sesi ke-4 Mini...
11/02/2018

Mini Kursus Pembangunan Tanaman Durian Sesi Ke-4

Program Sabtu 10.02.2018, berjaya sudah penganjuran untuk sesi ke-4 Mini Kursus Pembangunan Tanaman Durian bertempat di Raub Pahang. Dengan kehadiran peserta dari seluruh pelusuk negeri termasuk dari negara kejiranan Brunai Darusalam.

Rasanya sudah cukup untuk penganjuran kursus yang berskala kecil seperti ini. Pengalaman demi pengalaman telah dikutip. Setelah diambil kira dari keseluruhan aspek, maka insyaallah saya akan menganjurkan satu kursus yang sama dengan pengisian yang lebih padu lagi. Yang ini melibatkan skala yang lebih besar. Sasaran penyertaan dalam lingkungan seribu orang peserta. Kursus ini dijangka pada pertengahan bulan tiga nanti. 👌💪

Info yang sangat bermanfaat untuk pengusaha Durian.https://youtu.be/aIoTFiPI4Cc
03/02/2018

Info yang sangat bermanfaat untuk pengusaha Durian.

https://youtu.be/aIoTFiPI4Cc

Tahu bagaimana cara buat cantuman dewasa pokok durian? Kru Agrotek kini berada di Kg Pamah Rawas Ulu D**g Raub Pahang, berkongsi cara nya untuk anda.. Kredit...

03/02/2018

Program Agrotek RTM 2018 : Durian Sumber Kekayaan Baharu Negara.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Menarik Dalam Agrotek RTM Sabtu ini (3 Februari 2018):

- Saksikan bagaimana usaha Jabatan Pertanian Malaysia dalam pembangunan kluster DURIAN sebagai Sumber Kekayaan Baharu Negara dan kejayaan projek kelompok & individu dalam penanaman durian. Pelbagai teknik ditunjukkan seperti kaedah yang betul menanam durian di ladang, teknik cantuman dewasa, teknik cantuman mata tunas serta kawalan penyakit & perosak tanaman durian.

Saksikan pada hari Sabtu (3 Februari 2018), jam 6.00 Petang di TV1 RTM. Selamat Menonton !!.

Boleh juga dilayari melalui online Live...
http://myklik.rtm.gov.my/live

Dan rakaman siaran melalui online
http://myklik.rtm.gov.my/berkala-program/539/7829

📺📺📺

30/01/2018

En.Nizam dari gemas. Setelah selesai mengikuti kursus, Kata beliau, 'sekarang dah tahu peringkat asas, kalau boleh lepas ni mahu tahu peringkat medium p**a.'💪

30/01/2018

Ini Mr.Hee dari Kajang Selangor. Meredah perjalanan yang jauh semata-
mata untuk mendapat ilmu. Berbaloikah? Apa kata beliau.

Address

Jalan Andalas Jaya
Puchong
47100

Telephone

+60196103136

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Durian Land posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Durian Land:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram